Pertama kali staycation di The Pearl Kuala Lumpur.


The Pearl Kuala Lumpur, Jalan Klang Lama | The Pearl Kuala Lumpur yang dikenali sebagai Pearl International Hotel sebelum ini bukanlah hotel baru di Kuala Lumpur ini, walaupun mencecah usia 20 tahun tapi hotel ini masih lagi releven sebagai sebuah hotel yang selesa di Kuala Lumpur, lagi-lagi selepas menerima Anugerah Best Muslim-Friendly Hotel pada tahun 2017 yang diiktiraf oleh JAKIM. Untuk ke Mid Valley Megamall hanya mengambil masa 5 minit kalau naik kereta tau!



Sebelum ini Sally pernah hadir ke hotel ini beberapa kali tapi untuk food review je, cuma baru kali ini dapat peluang untuk staycation dekat hotel ini...kebetulan ada beberapa unit pula baru dinaiktaraf, jadinya saje la datang menjengah kan...hehehe





Mungkin juga sebab hotel yang sudah lama bertapak, biliknya sangat luas dan mmg selesa la walaupun duduk berdua takde la rasa sesak sangat macam certain bilik hotel yang agak kecil sekarang.

Selain daripada bilik yang selesa, kat bilik ni juga ada disediakan seterika dan papan menggosok, jadinya takde masalah nak selamatkan tudung renyuk...hahahaada juga peti keselamatan untuk simpan barang berharga, air mineral, kopi dan teh...eh semuanya cukup la!





Salah satu sebab lagi kenapa Sally suka The Pearl Kuala Lumpur, sebab ada bathub! yeay...boleh berendam lama-lama...hahahaha...dan yang paling penting sekali, tak perlu risau kalau lupa bawak toiletries, sebab dalam bilik air tersedia rapi untuk kegunaan korang.



Kalau korang rasa bosan duduk dalam bilik, korang boleh jalan-jalan di Pearl Shopping Gallery yang telah dibaikpulih dan ada banyak attraction terbaru tau, atau korang boleh lepak di kedai-kedai kopi yang ada kat lobby, KyoChon pun ada tau, eh..pendek kata banyak la benda yang korang boleh buat...Selain tu korang boleh gunakan hotel facilities macam swimming pool, gym..

The Pearl Kuala Lumpur
Batu 5, Jalan Klang Lama, 58000 Kuala Lumpur
Phone : 603-7983 1111 | Fax : 603-7621 9777
Email : enquiry@pearl.com.my
Website : http://www.pearl.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/thepearlkualalumpur

KING OF THE GRILL - ITALIAN BARBEQUE BUFFET


Malam tu Sally berkesempatan untuk makan Italian BBQ, lama gila tak makan BBQ, yang fresh pulak tu! Sempena King Of The Grill - Italian Barbeque Buffet kat The Pearl Kuala Lumpur, korang boleh cuba itik, ayam belanda dan most important, oyster!! Makan pulak kat Executive Lounge, di tingkat 23...fuhhh...pemandangan malam nampak highway..hihihi...











Kalau dah melepak dengan rakan blogger, daripada buka bufet jam 6.30 petang sampai la dah nak kena halau pun masih lagi ada kat meja makan...memang semua menu sangat memuaskan deria rasa dan kenyang sampai ke pagi la ceritanya!

Basically konsep memang makanan dan style Itali, jadinya tak hairanlah most of the menu mmg berkonsepkan makanan dan masakan Itali...Korang boleh cuba pelbagai jenis pasta dengan cara masak yang berbeza, dan semua desserts sangat la perfect untuk tastebuds golongan marhaen macam Sally ni haaa...hahaha





Disini juga terkenal dengan Braised Oxtail, Balsamic Duck Breast, Sauteed Baby Lobster with Olive Oil dan banyak lagi...kalau korang meat-eater macam Sally, korang boleh request daging korang untuk dimasak mengikut selera...for me as usual la kan mmg kalau beef atau lamb selalunya medium rare...ada mentah-mentah sikit...fuhhhh~





Harga untuk bufet ini hanya RM98+ untuk dewasa dan juga RM45+ untuk kanak-kanak usia 5-12 tahun. Selain tu juga, ada promosi lain yang akan datang sempena dengan Tahun Baru Cina.

Chinese New Year Buffet

Harga bufet :
RM98++ untuk dewasa  | RM45++ untuk kanak-kanak
Tarikh : 1 Januari 2019 – 17 Februari 2019

Harga ‘Chinese New Year Eve’, untuk sambutan 'makan besar' pada malam Tahun Baru Cina.

Harga bufet :
RM118++ untuk dewasa | RM45++ untuk kanak-kanak
Tarikh : 4 Februari 2019

Pada ‘Chinese New Year Eve’, pihak hotel akan membuka buffet dinner ini sama di Cafe 5 tingkat 5.

Harga bufet :
RM98++ untuk dewasa  | RM45++ untuk kanak-kanak
Tarikh: 4hb Februari 2019

Post a Comment

10 Comments

  1. hotelnya amat mewah ya, terus kulinernya menggoda gitu

    ReplyDelete
  2. Bilik dia nampak ekslusif dan mewah. Nak masuk dalma list emi la nanti hotel ni. Hehe

    ReplyDelete
  3. Lama dah hotel tu beroperasi.. Hiasan dalam bilik pun lawa sangat.. Harga untuk buffet boleh tahan la gak.

    ReplyDelete
  4. dah 3 tahun lepas kami sekeluarga staycation sini, banyak berubah. Tapi kolin suka tempat makan yang nampak satu kl tuu...best !

    ReplyDelete
  5. Bestnya Hotel tu..siap semua ada dalam bilik. Makanan pun semua nampak sedap..Bebraloi la dengan harganya..

    ReplyDelete
  6. menariklah ada bathtub dan buffet pun sedap sedap menunya.

    ReplyDelete
  7. Wow..stay hotel mewah.. Hehhe.. Bestnya dh mcm full pakej nk kawen dh tgok.. Design simple tp menarik sedap mata tgok..menu mknn jgn ckpla...terliur kita

    ReplyDelete
  8. Wow! best nyer staycation in the city, I love their buffet too.

    ReplyDelete
  9. Selesanyaaa nampak hotel ni. Boleh lah nanti bila bila check in hotel ni.

    ReplyDelete
  10. nampak bilik pun besar. bestnya dapat staycation untuk wiken. dapat tdo semalam pun dah seronok.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!