Monday, December 24, 2018

Review | Lepas sebulan guna Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream


Diam tak diam dah sebulan lebih Sally guna produk Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream. Disebabkan ramai yang bertanya macam mana kesan penggunaan lepas dah sebulan ini, jadinya Sally nak kongsi la jugak. Pada yang selalu tengok muka Sally, mmg tau muka Sally jenis kulit kombinasi, berminyak dan kering dalam masa yang sama.



Lepas guna Aqua Whitening Cream ini ada la sedikit perubahan, salah satunya mmg kulit muka nampak sekata, nak kata cerah tu macam tak berapa cerah lagi laa...hahaha...almaklum la jenis yang pemalas nak guna sunscreen bila keluar daripada rumah...hahaha...tapi tak takut sunburn sebab dah ada Aqua Whitening Cream.

Baca : Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream | Repair Redness & Sun Burn Damaged Skin.



Kenapa Sally suka sangat dengan krim ini?

Pertama sekali sebab Aqua Whitening Cream merupakan krim pelembap dengan formulasi ekstrak herba yang boleh menembusi lapisan kulit dan membaikpulih kulit...Pasal tu kalau korang sunburn mmg krim ni terbaik sebab ianya boleh membantu merawat kesan sunburn, atau muka merah-merah sbb panas matahari.

Kandungan utamanya, Niacinamide (juga dikenali sebagai Vitamin B3) yang membantu memperbaiki tona kulit...disamping mendapatkan kulit yang cerah ianya juga membersih dan menegangkan kulit...Camellia Japonica Seed Oil pula tidak memberikan peluang kepada jerawat untuk keluar...Ianya juga membaikpulih kekeringan dan kerosakkan kulit akibat sunburn dan yang paling penting ianya boleh menyimpan kelembapan jauh ke dalam lapisan kulit yang paling bawah.



Minggu lepas Sally bawak krim ni masa bercuti ke Bukit Merah Laketown Resort, paling best sebab walaupun terik matahari kulit kekal terhidrat dan tak kering tau...hehehe...suka betul la guna! Walaupun seharian habiskan masa dekat waterpark, pergi berkayak dan buat aktiviti luar, masih lagi kekal terhidrat!



Tekstur awal dia krim jernih yang lembut, walaupun nampak milky tapi dia sebenarnya jernih bila kita dah sapu kat muka. Lepas pakai akan rasa berangin sikit tapi bukan berangin macam menthol tu cuma rasa soothing effect yang melegakan.



Perlahan-lahan berubah jadi titisan air. Krim ni sangat lembap, walaupun dia jadi titisan air pada muka, lepas kita sapu rata akan mudah diserap ke dalam kulit. Tekstur dia tak melekit tapi mmg rasa la macam kita pakai krim pelembap.


Lebih banyak titisan air yang dapat kita tengok...ini sebelum Sally oleskan sepenuhnya laa...saje nak tunjuk betapa banyak titisan air yg terhasil, dan nak bagi korang rasa sendiri macam mana bestnya kulit muka kalau kita guna krim ini...

Cumanya Sally masih lagi perlukan toner sebelum guna Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ini sebab kalau tidak, mmg rasa macam kering sikit...bila gunakan toner sekali dengan krim lebih selesa dan mekap pun jadi tahan lama tidak berminyak. Korang boleh gunakan pada waktu pagi atau malam, sebab krim ini memang sesuai untuk penggunaan malam atau siang. Sally bawak satu krim je masa pergi travel minggu lepas...hahaha...senang keja!

Kalau korang mencari krim untuk menyelesaikan masalah sunburn dan yang sesuai dengan semua jenis kulit wajah, tidak merengsakan kulit, melembapkan dan dalam masa yang sama memberi efek pemutihan dan membantu sekatakan tona kulit muka, Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream memang pilihan yang tepat untuk korang. Sally pun rasa nak kena beli lagi nanti...tapi jangan risau, satu botol 50g ni boleh tahan 2-3 bulan, bergantung kepada cara pemakaian kita.



šŸWebsite: www.hansaegee.com/shop
šŸFacebook: www.facebook.com/HansaegeeNature
šŸInstagram: www.instagram.com/hansaegeenature/
šŸYouTube: www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia

10 comments:

  1. nampak menarik la..mesti best je guna guna ni

    ReplyDelete
  2. Nampak perubahan, makan cantik kulit sally sekarang

    ReplyDelete
  3. macam sesuai ni dengan mak. nanti g rumah sally mak nak try!

    ReplyDelete
  4. Kita dah guba.. Memang best.. Best sangat.. Giler2 best

    ReplyDelete
  5. Ni kalau pakai masa muke pedih burn ni mesti sedap sebab sejuk sejuk gitu kan

    ReplyDelete
  6. paling suka kalo bab pakai2 krim ni.. x melekit. kalo melekit tu aiseh rimas =D

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!