Restoran Korea Ko Hyang.


Ko Hyang Review | Dah lama sangat dah rasanya Sally tak story pasal makanan Korea...Sebenarnya restoran Korea dah bercambah macam cendawan lepas hujan kat Malaysia ni...biasa la bila ada banyak permintaan, banyak la yang cuba ambil peluang kan?

Untuk edisi kali ini Sally ke Restoran Korea Ko Hyang @ Sunway Velocity Mall. Sally dah banyak kali tengok restoran ni cuma macam biasa la takde geng nak masuk memang sendu sikit la kan...kadang tu ada yang nak cuba tapi bila ajak krik krik krik pulak...

Ko-Hyang sendiri bermakna hometown atau kampung la kan...Jadinya bila #KakakKimchi rindu nak balik kampung, dia pi la makan makanan Korea...motipppp sangat! Ko Hyang telah menapak di Malaysia sejak tahun 2008 lagi. Lama kan baru Sally masuk kedai dia...hahaha...Ada 19 jenis munu yang boleh korang cuba disini...tapi harini Sally share 3 jela ye..yang istimewanya sebab Ko Hyang tidak menggunakan MSG dalam masakan!



Yuk Gae Jang
Macam kebiasaan, kalau Sally pergi kemana-mana restoran Korea untuk kali pertama mmg Sally akan cuba menu Yuk Gae Jang sebab mmg favorite Sally. Yuk Gae Jang merupakan stew daging pedas, tapi dekat Ko Hyang korang boleh pilih sama ada nak ayam, daging atau seafood.

Ko Hyang tak kedekut, selain daripada isinya yang penuh, meriah la kan...ada la rasa
Yuk Gae Jang cuma silapnya bila dorang pecahkan telur dan kacau, terus jadi macam Maggi Kari je..LOL

Verdict : 3.5/5



O Jing Eo Bokem
O Jing Eo Bokem merupakan sajian yang berasaskan sotong..ianya digoreng kilas dengan pes cili pedas dan sayur-sayuran. Kat Korea mmg Sally selalu makan yang ini sebab kat sana sotong dia gemuk-gemuk. Untuk Ko Hyang, selain daripada sotong, ada juga Dak Bokem (ayam). Kenapa Sally tak boleh bg markah penuh, sebab kitchen goreng sotong ni terlalu lama sampai jadi keras.

Verdict : 4.8/5



Kal Guk Su
Kal Guk Su kalau di Korea biasanya kosong sahaja, memang semata mee dengan sayur-sayuran...tapi dekat Ko Hyang, macam Yuk Gae Jang jugak...korang boleh pilih nak ayam, daging atau seafood.

Verdict : 4.5/5

Kebetulan masa Sally makan, rasa kimchi dia sedap, jadinya Sally beli sebekas (250g) dengan harga RM5. Mmg sangat murah dan sedap. Recommended! Korang boleh kunjungi Ko Hyang di The Gardens Mid Valley City, Sunway Pyramid Shopping Mall, Setia City Mall dan 1 Utama Shopping Mall.

Post a Comment

7 Comments

  1. Makanan Korea lagi... Yummy! Dapnyerrr... Nak jugak la pergi makan. Hehe..

    ReplyDelete
  2. amboi.. sally ni mesti dah hafal nama2 makanan korea ni kan.. mesti dah biasa makan ni. silap2 ada kekasih gelap korea ni.. hihihihihi.. opss gurau je

    ReplyDelete
  3. Lain kali ajak la kita wakkk, tapi kita nk ayam goreng jerkk yg lain x pandai nak makan kikiki

    ReplyDelete
  4. Hebatla kakak kimchi ni.. Semua makann korea dia dh rasa.. Hehehe.. Kita jarangla makan.. Nampak sedap.. Naamanya pelik kalau kita mesti buntu nak order

    ReplyDelete
  5. Skrg senang nk cri makanan korea kan.. Dh mcm2 nama kedai ada makanan korea.. Buat sndiri pon boleh. Tp klo mls boleh pegi ke sini utk cuba..

    ReplyDelete
  6. Their Yuk Gae Jang ayam memang best! Cukup pedas, i mean tak la terlalu pedas sampai tak boleh makan and portion also reasonable kan.

    ReplyDelete
  7. Bertambahlah list restoran makanan Korea yang kita teringin nak pergi.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!