Review | Lab 11 (Full Lift Shampoo & Soft Mask)



Lab 11 (Full Lift Shampoo & Soft Mask) | Bila berhijab ni, paling penting sekali ialah penjagaan rambut selepas rambut seharian tertutup. Walaupun bukan 100% sebab kita berhijab yang membuatkan rambut jadi rosak, berbau kepam dan sebagainya tapi sebagaimana yang kita tahu la rambut tu merupakan mahkota bagi setiap wanita jadinya penjagaan yang rapi sangatlah perlu dititikberatkan.

Minggu lepas Sally diperkenalkan dengan Lab 11 (Full Lift Shampoo & Soft Mask), selalunya kalau pasangannya syampu mesti ada perapi, tapi untuk Full-Lift series ni ada syampu dan juga soft mask. Apa yang Sally suka sangat dengan Full-Lift series ini ialah tiada pewarna tiruan dalam kandungannya, bebas bau, bebas MIT/CMIT, diambil daripada 100% ekstrak semulajadi dan mengandungi 100% ekstrak minyak pati tulen (essential oils).


Lab 11 Full-Lift Shampoo

Mengandungi ekstrak daripada selada air semulajadi untuk memberikan sulfur, zink dan magnesium kepada rambut. Hasilnya kita akan mendapat akar rambut yang lebih kuat, meningkatkan ketumpatan folikel rambut supaya rambut kelihatan lebih penuh.

Rasakan pengalaman rambut yang segar hasil daripada bahan-bahan seperti buah limau, oren, pudina dan ekstrak pati minyak kayu putih (eucalyptus essential oils) dalam syampu ini. Hasilnya korang akan dapat rambut yang lebih ringan selepas dicuci dan kelihatan lebih tebal.

Lab 11 Full-Lift Soft Mask

Selepas syampu, perapi yang sesuai amatlah penting. Full-Lift Soft Mask kaya dengan pati minyak argan, minyak zaitun dan asid amino. Perapi lembut ini penting untuk menambah, menghidrat dan menyusun semula hujung rambut bercabang serta rambut rosak, kerinting dan statik.

Minyak Argan daripada Morrocan yang terkandung dalam perapi ini tinggi dengan Vitamin E, yang boleh meremajakan rambut, melindungi folikel rambut, dan memperbaiki rambut secara keseluruhan.


Sebelum Sally nak cerita lebih lanjut tentang cara penggunaannya, Sally nak kongsikan beberapa bahan penting yang terkandung di dalam produk ini yang membuatkannya istimewa dan wajib ada bagi semua.

DAUN SELADA AIR (WATERCRESS)

- Tinggi Vitamin C
- Mengatur rembesan daripada kelenjar sebum
- Membantu menguatkan akar rambut dan mengembalikan kesihatan kulit kepala
- Mendapatkan rambut yang yang sihat, elastik & lembut

MINYAK JARAK (CASTOR OIL)

- Membantu kulit kepala untuk menyerap nutrien lebih cepat
- Mengurangkan keadaan keguguran rambut dan meningkatkan ketebalan rambut
- Kaya dengan asid lemak Ricinoleic & Omega-6
- Melembapkan, menggelapkan dan menebalkan rambut

MINYAK ARGAN (ARGAN OIL)

- Menghidrat serta membaiki kerosakan dan memulihkan rambut
- Mengstruktur kembali rambut yang bercabang
- Rambut lebih senang dijaga dan kelihatan berseri

PATI MINYAK PUDINA (PEPPERMINT ESSENTIAL OIL)

- Meningkatkan peredaran darah di sekeliling kulit kepala
- Mengurangkan keguguran rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut
- Sesuai untuk semua jenis rambut dan jenis kulit kepala
- Menghidrat kulit kepala daripada menjadi kering

PATI MINYAK KAYU PUTIH (EUCALYPTUS ESSENTIAL OIL)


- Merangsang folikel rambut
- Kurangkan keradangan/kegatalan kulit kepala
- Menggalakkan pertumbuhan rambut mencipta persekitaran kulit kepala yang ideal untuk pertumbuhan rambut

PATI BUAH LIMAU (LIME ESSENTIAL OIL)

- Mengeluarkan minyak pada rambut dan mengekalkan kelembapan kulit kepala kulit dari dalam
- Menghilangkan kelemumur
- Menyelesaikan masalah kulit kepala kering & gatal
- Sesuai untuk setiap jenis kulit kepala

PATI BUAH OREN (ORANGE ESSENTIAL OIL)

- Bahan penting untuk melawan kemurungan
- Merangsang pertumbuhan rambut
- Jadikan rambut berkilat dan mengurangkan kelemumur


Bagaimana nak gunakan Lab 11 (Full Lift Shampoo & Soft Mask)

Senang sangat weh korang, hanya perlukan 4 langkah sahaja...Disebabkan Sally tak dapat nak tunjukkan kepada korang cara nak pakai, jadinya korang kena baca la..hahahaha

1. Sikat rambut sebelum mula bersyampu, basahkan rambut, tekan botol syampu dan ratakan syampu pada rambut
2. Selesai tu, bilas rambut dan keringkan dengan tuala. Kemudian ratakan soft mask kepada rambut. Mulakan daripada tengah sehingga hujung rambut kemudian sikat supaya rata keseluruhan rambut.
3. Biarkan seketika (dalam 3-4 minit) kemudian bilas sampai bersih
4. Keringkan rambut dan dah boleh gayakan. Pastikan guna pengering rambut untuk keringkan rambut kering dari atas ke bawah untuk mengelakkan kerosakan pada tekstur rambut


REVIEW SELEPAS MENGGUNAKAN LAB 11 FULL LIFT SHAMPOO & SOFT MASK:

Rambut Sally memang jenis kering dan kembang selepas dicuci, jadinya Sally prefer lagi rambut pendek supaya tak rasa semak..tapi masalah bila rambut pendek ialah menggerbang, tau tak rambut yang macam Alleycats tuu..haha

Selepas gunakan Lab 11 (Full Lift Shampoo & Soft Mask), rambut Sally lebih senang nak uruskan. Satu tips yang Sally nak kongsi...kalau korang tak nak rambut rosak, jangan pernah tidur dengan rambut yang basah..sebaiknya keringkan dengan tuala atau pengering rambut.

Kulit kepala Sally dah kurang gatal tapi masalah kelemumur masih lagi ada, kena lebih kerap basuh dan jaga kulit kepala. Sekarang ni rambut lebih terurus la, kalau tak sebelum ni asyik terlekat diskala enam..hahaha..takdelaa..skala enam tu gurau je, tapi mmg senang nak jaga rambut sekarang.

Kepada korang yang masih tercari-cari syampu yang sesuai, Sally cadangkan korang cuba Lab 11 Full Lift Shampoo & Soft Mask ini sebab semua bahan yang terkandung sangat sesuai untuk semua jenis rambut. Yang mana ada masalah rambut beruban, rambut gugur, kurang rambut produk ini memang la sangat sesuai.

Lab11 International Sdn Bhd (1288754-D)
17, Lebuh Sungai Pinang 3, Nautilus Bay, 11600 Penang.
04-281 0861
www.lab11international.com

Post a Comment

11 Comments

  1. Rambut gerbang tu unik wakk, nampak comel jerk..

    ReplyDelete
  2. ala...bestnya dia selalu dpt product yg best²

    ReplyDelete
  3. Banyak juga ya bahan2 semulajadi dalam produk ni.. Semua antara yg terbaik dan sgt elok utk rambut gugur kan

    ReplyDelete
  4. Best tgok produk lab 11 ni..mcm menarik..kdg2 kita kena jugak jaga penjagaan rambut wpun berhijab kan

    ReplyDelete
  5. guna bahan semulajadi, tu yang menarik. Kalau Sally dapat kesan positif, maknanya serasi la tu :) bukan mudah nak jumpa yang serasi dengan kita kan ...

    ReplyDelete
  6. Bestnya produk ni, Kalau rambut kelemumur boleh pakaikan

    ReplyDelete
  7. menarik juga ye shampooo dia..kita ni yang bertudung memnag kena pakai produk yang bersesuaian..bgus juga lab 11 ni

    ReplyDelete
  8. TB suka syampu yang guna bahan natural macam ni.. ada castor oil lagi tuu boleh lebatkan rambut.. i loikee

    ReplyDelete
  9. Lepas pakai memang rasa best je kepala eh sally.
    Banyk shampoo kat pasaran. Tapi kdang2 tak serasi kan dengan kepala.
    Tu kena try pelbagai jenis.
    Nampk produk ni best je la. Lagi2 kalau boleh membantu melebatkan rambut sekali.

    ReplyDelete
  10. sally dh jadi duta sampoo dh skrg ye... hehehe..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!