Friday, November 30, 2018

BaaN109 - Jim Jum yang 'Muslim Friendly' & Tanpa MSG pertama di Malaysia.



BaaN109 - Jim Jum, No MSG | Siapa kat sini peminat makanan Thai?

Sally rasa rata-rata rakyat Malaysia suka sangat dengan makanan Thai, mana tak nya...ada rasa pedas, rasa manis, masin...memang cukup sempurna la kan...Korang pernah makan Jim Jum tak? Sally ini pun kali pertama makan.

Jim Jum kalau di Thailand lebih kurang macam steamboat la dan dihidangkan di dalam bekas tanah liat (pot), jenis yang ada sup dan kita celup/celur bahan-bahan yang segar seperti daging dan sayur-sayuran. Di Thailand mereka menggunakan daging terutamanya daging babi dan juga daging kambing, tapi lain konsepnya di BaaN109 sebab mereka mengetengahkan Jim Jum pertama yang "Muslim Friendly", dan yang lebih istimewanya mereka tidak menggunakan sebarang perasa tambahan atau MSG.



BaaN109 diinspirasikan daripada SOI19 yang merupakan pengasas kepada Non-MSG Jim Jum pertama di Malaysia. Perasa-perasa yang terdapat dalam sup Jim Jum ini adalah daripada bahan-bahan yang kita gunakan macam gabungan ayam dan makanan laut, serta sayuran. Di sini juga korang boleh memilih sama ada nak ayam sahaja ataupun gabungan ayam dan makanan laut (kekapis) yang segar tau bukan yang sejuk beku!

Masa kali pertama Sally datang makan kat sini, Sally tgh demam...memang terasa segar badan bila dapat hirup sup dan makan bahan-bahan segar, Sally pulak memang jenis yang suka makan sayur...memang rasa macam orang mengantuk disorongkan bantal la cerita dia..hahaha...



Selain daripada Jim Jum, ada pelbagai lagi menu yang korang patut cuba jika korang betul-betul peminat makanan Thai, antaranya Yam Seafood. Menu yang ini sebenarnya salad tapi tgk la berapa punya meriah makanan laut dia, dah la semuanya segar-segar...diam-diam dah habis sepinggan dah makan...hahahaha


Yam Seafood (RM16.90)


Thai Spring Roll (RM10.90)

Kalau korang peminat popia Vietnam tu, sekali lagi yang ini sangat la recommended. Cumanya versi yang ini ada daging ayam hancur instead of prawn. Sesuai sangat la kalau korang nak acah-acah diet ke kan...hahahaha...Sally makan yang ini sebab Sally suka makan sayur!


En Kai Tod (RM9.90)

Hah! Kalau korang peminat tulang putih ayam yang dekat bahagian dada tu, yang orang panggil tulang lembut tu...yang ini memang la sangat sesuai...hahaha...kalau korang yang suka kulit ayam pun jangan risau, itu pun ada tauuu...MasyaAllah kenapa la makanan yang banyak kolesterol ni semua sedap-sedap kan?


Nam Kai (RM9.90)

Yang ini pula ayam yang digoreng dengan kicap Thai. Sedap juga...ehh...kalau Sally memang semua yang berkait dengan ayam goreng mmg dia tak pernah tolak la kan? hahahaha...Jangan lupa order Thai Milk Tea jugak tau, Sally suka sebab tak terlalu kuat rasa teh dan manis dia pun sedang-sedang je, just nice untuk peminat tegar Teh Susu Thailand macam Sally ni la.


Thai Milk Tea

Sebenarnya ada banyak lagi benda yang korang boleh cuba tau...hah, lagi satu MAMA. Kalau kat Korea kita ada Ramyeon, kat Thailand ada satu jenama mee segera mereka yang dikenali sebagai MAMA. Di BaaN109, korang boleh cuba pelbagai jenis MAMA dengan beberapa jenis topping contohnya macam MAMA Big Prawn, MAMA Scallop, MAMA Seafood, MAMA BBQ Chicken dan MAMA Nam Chicken.

So, lain kalau korang berkesempatan ke 3Damansara Mall (dulu dikenali sebagai Tropicana City Mall) di Petaling Jaya, singgahlah untuk rasa sendiri keunikkan Jim Jum asli daripada Thailand. Untuk yang nak pergi dengan public transport, korang boleh turun di MRT Phileo Damansara dan ambil Grab ke sana...tak jauh pun dalam 5 minit perjalanan.



BaaN109
Unit L1-K2, 3 Damansara Mall,
No. 3 Jalan SS 22/27, Petaling Jaya, Malaysia
Facebook : www.facebook.com/pg/baan109malaysia

8 comments:

  1. Hidangan yang sangat sihat ni. Banyak sayur dan cara masak yang terbaik. Lagi-lagi tanpa msg

    ReplyDelete
  2. Dalam banyak banyak, tergoda dengan air tu sally. Haha..
    Bak maii sikit.. 😄😄

    ReplyDelete
  3. tergodanya tengok teh ais tu Sally... banyak menu yang ada ni..

    ReplyDelete
  4. Nam kai dgn yam seafood tu adoii terliur zaza tengok.. Nak kena mencuba lah nanti nih

    ReplyDelete
  5. Zira suka popia Vietnam, sesuai sangat untuk diet kan, buat sarapan pun Sedap

    ReplyDelete
  6. Kita perati je Thai Spring Roll tu awak......
    macam sesedap rasa je kannnnnn????

    ReplyDelete
  7. Wah sedap nyer, nampak nya makanan dan masakan mereka agak sihat. I lebih suka kalau restoran tak masukkan msg dalam masakan mereka walaupun kurang rasa sikit tapi janji badan sihat.

    ReplyDelete
  8. nice! nampak macam sedap jer. boleh la try lepas ni

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!