Wednesday, October 31, 2018

TAIWAN EXPO 2018 - Produk Halal Taiwan Di Malaysia


Taiwan merupakan sebuah negara yang terkenal sebagai sebuah negara yang cantik dan sebagai sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian makanan. Walaupun begitu, Taiwan bukanlah negara yang selalu dikunjungi oleh Muslim sebab agak susah nak mencari makanan Halal, tapi itu dulu sebab sekarang Taiwan dah terkenal sebagai negara yang Muslim-friendly.

Makanan dan produk Taiwan telah dipromosikan secara aktif di pasaran Malaysia, dan sekali lagi dipamerkan secara besar-besaran di Pavilion Pameran Halal Taiwan dalam TAIWAN EXPO 2018 yang telah diadakan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 25 sehingga 27 Oktober yang lepas.



Antara produk-produk pameran adalah seperti kopi dalam tin, teh susu segera, perasa Vegetarian, restoran ayam goreng, produk penjagaan kesihatan, dan lain-lain dan antara jenama-jenama terkenal, seperti Teh Susu Segera 3.15PM dan Kopi Tin Mr. Brown, adalah produk-produk yang "mesti" dibeli dan turut dipamerkan di pameran kali ini.



Untuk memupuk pasaran global Islam yang berpotensi besar, Pusat Halal Taiwan (THC) sejak penubuhannya sentiasa menyempurnakan pensijilan halalnya supaya diterima oleh Malaysia, dan mengadakan pameran-pameran untuk menarik perhatian pengguna-pengguna kaum Melayu di Malaysia mengenai produk-produk halal Taiwan yang kompetitif, kreatif dan inovatif, dan ia telah berjaya mencapai matlamatnya dan menerima maklum balas yang baik daripada pengguna-pengguna golongan Melayu. Tahun ini, ia telah juga berjaya memasuki pasar raya besar di Malaysia, dan akan bekerjasama dengan MYDIN untuk menganjurkan "Pesta Makanan Halal Taiwan".





Kerjasama Dengan Mydin Menganjurkan Pesta Makanan Halal Taiwan

"Pesta Makanan Halal Taiwan" di Mydin akan diadakan dari 25 Oktober sehingga 4 November 2018, selama dua minggu di SAM Groceria NU Sentral, dan ia akan mempamerkan lebih daripada 100 jenis makanan halal Taiwan yang berkualiti tinggi, termasuk buah kering Taiwan, cuka buah yang sihat, kuih-muih Taiwan yang lazat yang selalu dibeli sebagai buah tangan, makanan ringan, pencuci mulut dan sebagainya. Semua produk yang dipamerkan adanya pensijilan halal, yang boleh dimakan tanpa sebarang kebimbangan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Taiwan Ekspo: mys.taiwanexpoasean.com atau di Facebook: facebook.com/TaiwanExpo.mys

1 comment:

  1. bagus strategik pemasaran yang baik dgn memperkenalkan makanan halal taiwan :)

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!