[SOME BY MI] AHA.BHA.PHA 30 Days Miracle - Untuk kulit berjerawat.


[SOME BY MI] Mempunyai kulit yang sihat dan bersih daripada cela merupakan keinginan semua orang, baik lelaki atau perempuan sekarang mmg menitikberatkan penjagaan wajah. Sekarang ni zaman orang lihat muka untuk menilai manusia, tapi tak semua la...Sally bercakap daripada pengalaman je..hehe

Berbalik kepada produk terbaru yang Sally dapat, AHA.BHA.PHA 30 Days Miracle daripada SOME BY MI ini merupakan produk yang sesuai untuk mereka yang bermasalah jerawat, sama ada yang biasa ataupun yang agak teruk. Sally nak kata kulit berjerawat tu tak la, tapi sesekali bila terkena masa hormon tak stabil.penuh habis satu muka!

So, sebagai #KakakKimchi yang sering tak lupa nak share dengan korang perihal produk daripada Korea, jadi ayuh kita kenal dengan produk yang sedang meningkat naik di Korea!



AHA.BHA.PHA 30 Days Miracle daripada SOME BY MI terdiri daripada 4 jenis produk yang mana setiap satunya mempunyai keperluan yang berlainan kepada kulit muka...Sally akan mulakan dengan pembersih, kemudian toner, pelembap dan akhir sekali serum!

AHA:
Mengeluarkan kekotoran dan kulit kering dari permukaan kulit.

BHA:
Membersihkan liang dan mengeluarkan kekotoran tersumbat serta sebum.

PHA:
Menghentikan kehilangan kelembapan dari kulit, membubarkan sel kulit mati.




AHA.BHA.PHA 30 Days Miracle Cleansing Bar

Sabun ni lain daripada yang lain, biasanya kita guna cecair ataupun gel kan untuk membersih muka, tapi untuk AHA.BHA.PHA 30 Days Miracle, kita guna cleansing bar. Sabun ini bertindak sebagai agen pengelupasan untuk meninggalkan sel kulit mati supaya kulit lebih bersih dan lebih berseri daripada sebelumnya!

Dalamnya terkandung, Tea Tree 10,000ppm, AHA/BHA/PHA/Niacinamide 2%, 20 ekstrak tumbuhan semulajadi. Konsepnya liang pori kita bersih, kulit cerah dan lembap. Cara nak guna pun senang je, korang boleh basahkan muka sikit...buihkan sabun dan bersihkan muka, daripada pipi...hidung ke bawah dagu, dahi dan kemudian seluruh muka.



AHA.BHA.PHA 30 Days Miracle Toner

Selepas bersihkan muka, boleh lah guna toner. Dalam toner initerkandung Air, Butylene Glycol, Dipropylene Glycol, Glycerin, Niacinamide, Melaleuca Alternifolia (Tea Tree) Leaf Extract, Polyglyceryl-4 Caprate, Carica Papaya (Papaya) Fruit Extract, Lens Esculenta (Lentil) Seed Extract, Hamamelis Virginiana (Witch Hazel) Extract, Nelumbo Nucifera Flower Extract, Swiftlet Nest Extract, Sodium Hyaluronate, Fructan, Allantoin, Adenosine, Hydroxyethyl Urea, Xylitol, Salicylic Acid, Lactobionic Acid, Citric Acid, Sodium Citrate, 1,2-Hexanediol, Pentylene Glycol, Caprylyl Glycol, Benzyl Glycol, Ethylhexylglycerin, Ethyl Hexanediol, Raspberry Ketone, Phenoxyethanol, dan Mentha Piperita (Peppermint) Oil.

Toner ini boleh berikan korang kulit selembut bayi dalam masa 30 hari je tau...Hahaha...bukan babyface tau tapi kulit je macam baby..hihi...Toner ini sesuai digunakan setiap hari sebab terkandung kadar PH yang rendah, yang tersangat la sesuai untuk kulit sensitif, kulit kering dan kulit berminyak. Kalau boleh gunakan kapas kalau jenis kulit sensitif.



AHA.BHA.PHA 30 Days Miracle Miracle Cream

Untuk mengekalkan kelembapan kepada kulit, pastikan korang guna krim ajaib yang satu ini. Fungsi krim ini adalah sebagai penyelesaian untuk menenangkan kulit. 4 Cica Care telah ditambahkan kepada Centella Asiactica, yang dikenali untuk menyembuhkan parut kerana bahan ini menguatkan kulit yang lemah dan kulit yang bermasalah.



AHA.BHA.PHA 30 Days Miracle Serum

Serum ini pulak korang gunakan dalam 3-4 titik dan sapu keseluruhan muka. Serum ini berkesan untuk menenangkan kulit sebab terkandung 14.5% Ekstrak Centella Asiatica Extract dan Melaleuca Alternifolia (Tea Tree) Lead water 10,000ppm yang mampu memberikan tekstur kulit licin dengan adanya komponen AHA, BHA, PHA yang menghilangkan sel kulit mati.

Sally baru je nak gunakan...hopefully sesuai la dengan muka...Sally susah sikit nak tukar skincare sebab jenis takut kalau pakai muka jadi tak sesuai...tapi sebab tengok tekstur setiap satu produk SOME BY MI - AHA.BHA.PHA 30 Days Miracle agak ringan dan sesuai dekat kulit tangan...So, Sally rasa nak cuba...mungkin nanti Sally akan share dengan korang outcome lepas guna 30 hari!

Korang boleh hubungi 019-3873526 untuk maklumat lanjut atau layari pautan dibawah.

LAMAN WEB RASMI
www.somebymi.my
www.kbeautyluxury.com

LAMAN FACEBOOK RASMI
www.facebook.com/kbeautyluxury

LAMAN INSTAGRAM RASMI
www.instagram.com/kbeautyluxury.my

Post a Comment

0 Comments