Philips Viva Collection Airfryer XXL; lebih besar, lebih menyihatkan dan lebih baik.

REVIEW Philips Viva Collection Airfryer XXL | Rakyat Malaysia semakin peka tentang makanan yang kita ambil tetapi dilemanya bila kebanyakan makanan kegemaran tempatan adalah bergoreng. Sally memang pengguna Airfryer yang tegar...daripada masak, bakar, grill sampai la ke bakar kek pun Sally buat dengan Airfryer...tapi macam Sally pernah bgtau before this la..kekangan pada Airfryer adalah pada saiz dia yang kecil.


Baru-baru ni Sally sempat la ke majlis pelancaran Philips Viva Collection Airfryer XXL, yang berkapasiti lebih besar untuk lebih menjimatkan masa dan yang penting sekali kita boleh masak dengan lebih banyak portion!


Lebih besar – Masak lebih banyak hidangan enak

Philips Viva Collection Airfryer XXL (HD9630/99), Airfryer terbaharu Philips yang memudahkan kita memasak hidangan untuk seisi keluarga. Saiznya yang lebih besar direka khusus agar dapat menyediakan makanan yang secukupnya untuk seisi keluarga.

Korang tak perlu memasak berulang kali untuk memenuhi selera semua orang! Korang boleh memasak seekor ayam bulat atau sehingga 1.4kg kentang goreng, cukup untuk 6 hidangan dengan sekali masak menggunakan Airfryer berkapasiti paling besar pernah dikeluarkan setakat ini. Selain itu, rumah korang juga bebas daripada bau minyak goreng apabila memasak menggunakan Airfryer.

Ayam Panggang

Lebih menyihatkan – Menyingkir sehingga 50% lemak daripada makanan ketika memasak

Philips Viva Collection Airfryer XXL menawarkan pengguna cara yang lebih sihat untuk menggoreng, dengan menyingkirkan sehingga 50% lemak daripada makanan, terutamanya daging ketika dimasak tanpa menjejaskan rasa. Ia merupakan Airfryer Philips pertama menggabungkan Teknologi Penyingkiran Lemak yang memberi tumpuan kepada pengurangan lemak di dalam makanan, menjadikannya alat menggoreng yang lebih sihat, berbanding teknik menggoreng tradisional seperti menggoreng minyak penuh dalam periuk serta menggoreng dalam kuali.

Ciri Turbostar Berkembarnya yang terbaharu menggunakan 2,225W kuasa untuk menyingkir lemak dengan lebih berkesan, yang mana udara panas dipusarkan di dalam Airfryer bak puting beliung yang kuat di dalam keseluruhan ruangan bakul memasak bagi menyingkirkan lebih banyak lemak. Lemak itu kemudiannya diperangkap di bahagian bawah pan menerusi Penutup Pengurangan Lemak supaya boleh dibuang dengan mudah.




Rainbow Cake

Lebih baik – Pelbagai guna dan memudahkan

Bagi korang yang sentiasa sibuk, selain memasak, proses mencuci juga perlu mudah dan cepat. Untuk memudahkan para pengguna, Philips Viva Collection Airfryer XXL didatangkan dengan bakul QuickClean yang mempunyai jaring tidak melekat boleh ditanggalkan agar ia dapat dicuci dengan mudah dalam hanya 90 saat. Semua bahagian yang boleh tanggal, seperti bakul dan bekas berbentuk laci yang disaluti dengan lapisan tidak melekat boleh dibasuh dengan selamat di dalam mesin pembasuh pinggan mangkuk.

Kepelbagaian fungsi Airfryer XXL membolehkan pengguna memasak beraneka jenis makanan untuk hidangan yang pantas lagi enak buat seisi keluarga. Dengan kuasa 2,225W, ia adalah Airfryer yang paling berkuasa setakat ini, membolehkan kita memasak dengan lebih cepat. Dilengkapi dengan fungsi pemanasan serta merta, Airfryer ini sedia untuk digunakan pada bila-bila masa, sama ada korang memilih untuk menggoreng, membakar, menggril atau memanggang, korang boleh menetapkan suhu daripada 80˚C hingga 200˚C. Untuk tempoh memasak yang lebih panjang, korang boleh menetapkan masa sehingga 60 minit bagi memberikan lebih kemudahan.


Untuk membantu pengguna baru, Airfryer XXL turut didatangkan dengan buku resipi yang menampilkan lebih daripada 30 hidangan enak yang disediakan oleh chef-chef profesional dengan arahan yang mudah difahami, daripada snek ringan hinggalah hidangan penuh untuk seisi keluarga.

Philips Viva Collection Airfryer XXL (HD9630/99) boleh didapati pada harga runcit disyorkan RM1,699, berserta pan menggril dan satu set pencucuk makanan, di Philips Brand Store di Publika Shopping Gallery, The Gardens Mid Valley, dan Wangsa Walk, semuanya di Kuala Lumpur; di Sutera Mall, Johor Bahru; dan di Gurney Plaza, Pulau Pinang; juga di Philips Experience Store di Menara Axis, Petaling Jaya; dan di kedai-kedai rakan peruncit dan pengedar di seluruh negara, serta melalui kedai dalam talian rasmi di Lazada di https://www.lazada.com.my/philips-official-store/.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Philips Viva Collection Airfryer XXL (HD9630/99), sila kunjungi https://www.philips.com.my/c-p/HD9630_99/viva-collection-airfryer-xxl.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai rangkain produk Philips di Malaysia, sila kunjungi www.philips.com.my

Post a Comment

0 Comments