KONSERT DEKADE AFGAN LIVE IN KUALA LUMPUR 2018

KONSERT DEKADE AFGAN LIVE IN KUALA LUMPUR 2018

Kalau cakap pasal Afgan, mestilah ramai yang kenal...bukan setakat muka dia yang "babyface" tu tapi salah satunya "dimple" dia yang sangat ketara bila dia senyum. Bagi menyambut ulangtahun ke-10 pembabitan beliau dalam industri muzik, satu konsert akan diadakan sebagai hadiah kepada semua peminat yang telah menyokongnya.


Konsert DEKADE Live in Kuala Lumpur 2018 akan berlangsung pada 3 November 2018 (Sabtu) bertempat di Plenary Hall, KL Convention Centre. Konsert ini akan menyaksikan rangkuman perjalanan karier Afgan bermula dari album pertama, Confession No.1 pada 2008 hingga album terkini beliau berjudul, DEKADE.

Album terbarunya; DEKADE mengandungi 14 buah lagu termasuk sebuah lagu berjudul ‘Sudah’ dan 3 buah lagu dari album terdahulu. Afgan terkenal dengan lagu-lagu hit beliau seperti Jodoh Pasti Bertemu, Panah Asmara, Bukan Cinta Biasa, Pesan Cinta, Knock Me Out dan X (duet bersama SonaOne).


Istimewanya konsert kali ini sebab turut menampilkan Ruffedge, kumpulan Hip Hop dan R&B Malaysia sebagai artis undangan. Ruffedge yang ditubuhkan pada tahun 1997 pernah memenangi anugerah di Anugerah Industri Muzik melalui dua buah album, Defined dan Ruffera.

Dianggotai oleh Cat Farish, Zain Hamid, Azan Addin, Amir Munawer, Sein dan Mode; kini Ruffedge kembali sempena meraikan ulangtahun ke-20 dalam industri. Terkenal menerusi lagu hit seperti ‘Tipah Tertipu’, ‘Khayalan’ dan ‘Lemas’, peminat boleh menikmati lagu terbaru dari kumpulan tersebut berjudul ‘Seperti Mereka’.


Kalau korang nak tau, tiket konsert RM288 (Silver) dan RM1288 (Diamond VVIP) telah habis dijual. Khusus buat pembeli tiket Diamond VVIP, mereka akan menerima pas Meet and Greet berserta CD dan poster yang ditandatangani oleh Afgan. Untuk korang yang masih berminat, korang masih boleh mendapatkan tiket konsert berharga RM588 (Gold) dan RM888 (Platinum) melalui premier.ticketcharge.com.my atau hubungi Hotline di talian 03-9222 8811.

Selain daripada itu, buat pemegang kad debit dan kredit Maybank dari Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, Kemboja dan Filipina boleh menikmati 10% diskaun untuk setiap pembelian tiket bagi semua kategori. Selain Maybank, konsert ini turut mendapat sokongan Hot FM dan Kool FM, Turkish Airlines, Redbox, Ticket Charge, E&O Residences dan Hamza Motors.

Semua pembeli tiket konsert turut berpeluang menerima hadiah pakej penerbangan dua (2) orang pergi dan balik ke mana-mana destinasi di seluruh dunia oleh Turkish Airlines menerusi cabutan bertuah yang akan diadakan di konsert nanti.

Post a Comment

2 Comments

  1. Kawan akk mmg fan afgan...
    ni mesti dia dah beli tiket tuuu

    ReplyDelete
  2. Seronoknya dapat jumpa Agfan dengan Ruffedge! :D

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!