Thursday, September 27, 2018

Menu diperbarui dengan pilihan yang lebih di NY Steak Shack!

NY Steak Shack (September 2018) | Orang kata kalau nak makan steak, kena awal bulan je sebab mahal...tapi ini ada rahsia Sally nak bagitau korang, kalau korang teringin nak makan steak, burger dan menu-menu lain, korang kena datang dan makan di NY Steak Shack!



Bermula September 2018, hampir 60% daripada menu yang asal dah bertukar...bayangkan la hasil usaha dalam 7 bulan, yang pasti makin sedap dan makin lebih banyak variasi. NY Steak Shack terkenal dengan steak, burger dan milkshakes yang penting dengan harga yang berbaloi dan mampu bayar.

Menu terbaru termasuklah (pilihan daging) Smokehouse Burger, Pulled Beef Sandwich, Sizzling Beef Brisket Steak, Beef Meatballs dan yang paling best, Sizzling Darling Downs Wagyu!

Untuk peminat daging ayam dan itik, menu seperti Chicken Tenders, Sriracha Chicken Sandwich dan Duck Chop Pasta sangat la perlu korang cuba. Peminat makanan laut pun jangan lupa order Seafood Board, kombo kepingan ikan dengan sotong dan udang...atau boleh cuba Sizzling Emerald Fish Combo. Di bawah ni Sally akan kongsi beberapa menu yang Sally suka gila di NY Steak Shack!

APPETIZER


Chicken Caesar Salad

Bezanya salad kat sini ialah macam mana mereka hidangkan untuk kita. Ayam grill yang menemani salad tu banyak, dan nak lebih istimewa masa mereka hantar tu akan parut cheddar cheese dan ground black pepper depan-depan kita. Ikut la selera nak banyak mana ke nak sikit ke...tapi Sally, lagi banyak cheese lagi sedap!


Trio Apps

Istimewa kat Trio Apps ni, meatball dia la pada Sally. Homemade by kitchen tau meatballs tu...Lepas tu ada chicken tenders, cendawan dan bawang goreng tepung, diserikan lagi dengan sos Cajun Honey Mustard, sedaaaapnyaaaa! Set yang ni boleh makan 2-3 orang. Kira perfect la sementara nak tunggu makanan berat sampai..hehehe...

MAIN ENTREE


Darling Downs Wagyu Striploin

Jangan tak percaya, kat NY Steak Shack korang boleh rasai keenakkan daging wagyu yang berjus dengan harga yang mampu milik..Takde la sampai kena habsikan gaji sebulan nak makan kan..hahahaha...yang penting sekali Darling Downs Wagyu Striploin akan ada dalam menu secara kekal, bukan promo item tau!


Lamb Noisette

Jangan terkejut kalau korang order kambing dapat yang tanpa tulang. Noisette sendiri diambil daripada perkataan Perancis yang membawa maksud bahagian kecil daging, terutamanya kambing la selalu digunakan. Kambing kat sini selepas dibuang tulang akan di gulung dan lepas tu dipotong. Haaa...sebab tu korang nampak saiz dia kecik-kecik je. Selain daripada tu korang boleh nikmati kepingan daging kambing tanpa terlalu banyak lemak. Lembut dan berjus je steak dia!


Duck Chop

Menu terbaru yang patut cuba bg peminat itik, Duck Chop. Rasa daging dia lembut berjus lagi, takde bau dan sedap la semestinya bila digabungkan dengan Sarawak's Black Pepper Sauce! Serius lain daripada yang lain cara nak nikmati daging itik kalau di NY Steak Shack.


Smokehouse Burger

DESSERTS


Red Velvet Cake


Carrot Cake

Selain daripada menu-menu yang kat atas ni, korang kena cuma pelbagai jenis susu kocak (milkshakes)...Sally dah cuba Red Velvet, Peanut Butter, Chocolate, Brownies dan Vanilla...Fuhhh...serius la banyak gila pilihan yang ada...yang penting jangan tamak tau!

WAGYU STEAK EATING CHALLENGE!


Korang nak dapat supply steak untuk setahun? Jangan lupa join #1stWagyuSteakEatingChallenge, yang akan memberikan hadiah lumayan iaitu makan secara percuma di NY Steak Shack selama setahun!

Macam mana nak join dan syarat-syaratnya korang boleh tengok di laman Facebook rasmi mereka ataupun boleh klik <NY Steak Shack>

Senarai outlet NY Steak Shack
3 November 2014 - Sunway Pyramid (Selangor)
31 December 2014 - IOI City Mall (Putrajaya)
26 February 2016 - Subang Parade (Selangor)
10 March 2016 - AEON Shah Alam (Selangor)
8 December 2016 - Sunway Velocity Mall (Kuala Lumpur)
23 December 2017 - SOGO (Kuala Lumpur)
7 April 2017 - Alamanda (Putrajaya)
26 July 2017 - Melawati Mall (Selangor)

Website : www.nysteakshack.com
Facebook : www.facebook.com/nysteakshackmy
Instagram : www.instagram.com/nysteakshack

11 comments:

  1. Menarik. Dah lama juga tak makan western di NY Steak Shack ni...

    ReplyDelete
  2. selalu lalu je..xpernah nak masuk lagi..hihihi...

    ReplyDelete
  3. salam singgah. allah! semua menu makanan menggoda. enak dipandang. memukau perhatian ^_^

    ReplyDelete
  4. Sedapnya... banyaknya menu yang ada. Sedap-sedap tu!
    Eh lama tak makan carrot cake ..

    ReplyDelete
  5. Masyallah sedap teruk ku liar semua menu dkt ny ni..adakah ada branch di penang..ku nak terjahh haha

    ReplyDelete
  6. Ya Allah masuk sini berair mulut tengok menu dia sedap2 semua.. jauhnya nak pergi ke sana sebab makan yg ni... hahahha... bila nak buka cawangan kat kulim ni

    ReplyDelete
  7. Ya Allah.. Dugaan apa ni.. Apaaa ni sally..
    Pagi pagi kita dah nampak menu sedap menggoda macm ni.
    Allah.. Mana nak cari ni haaaa..

    ReplyDelete
  8. Lama tak makan steak, memang mahal tapi sekali sekala nak juga makan. Wah, dekat shah alam afar. Boleh pegi ni

    ReplyDelete
  9. Aduhhhh semua nyer sedap, I want to try their Lamb Noisette nampak sedap giller.

    ReplyDelete
  10. Jom pergi lagi, nak makan burger lagi sedap, suka sangat2

    ReplyDelete
  11. Dugaan apakah ini. Hahahah! Sedapnyaaa semua menu dekat NY Steak Shack ni.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!