Sunday, September 9, 2018

Min'z Sambal Hitam Pahang kini boleh didapati di Potboy Groceries!


Min'z Sambal Hitam Pahang, Potboy Groceries | Awal bulan Julai lepas Sally ada berkongsi kisah pasal peruncit dalam talian yang dikenali sebagai Potboy Groceries. Potboy Groceries merupakan peruncit dalam talian yang berpengkalan di Lembah Klang dan menyediakan keperluan barangan runcit dengan penghantaran percuma kepada pelanggan-pelanggan tanpa had pembelian. Bayangkan beli satu barang pun Potboy akan hantarkan!


Min'z Sambal Hitam Pahang x Potboy Groceries

Siapa yang tak kenal dengan Sambal Hitam...lagi-lagi kalau cerita pasal Min'z Sambal Hitam Pahang. Produk keluaran Bumiputera yang menitikberatkan tentang resipi dan keaslian rasa sambal hitam. Min'z Sambal Hitam Pahang menggunakan resipi asli sambal hitam daripada Raub dan sedang berkembang dengan maju sekarang dan mula mendapat perhatian.

Sally berbesar hati betul dapat bersama-sama dengan team Potboy Groceries dan Min'z Sambal Hitam Pahang semasa mereka menjalankan FB Live Session di kedai Min'z Sambal Hitam Pahang yang terletak di Setia Alam.

Pelbagai jenis resipi dikongsikan oleh pemilik produk, Kak Min yang juga merupakan seorang blogger yang semakin meningkat naik. Selalunya kalau cerita pasal Sambal Hitam Pahang, orang ingat mestilah makan dengan nasi, tapi jangan tak tau, ada macam-macam resipi yang korang boleh buat dengan Min'z Sambal Hitam Pahang!

FB Live Session bersama Potboy Groceries



Beberapa rakan blogger turut bersama dengan Sally untuk merasa sendiri keenakkan sambal hitam dengan resipi asli ini..Bayangkan la bukan main banyak lagi kita boleh buat dengan sambal hitam..makan bubur nasi, buat bebola nasi/pulut dengan inti sambal hitam, goreng sayur dan semestinya dengan sedikit twist menu barat, spaghetti aglio olio perisa sambal hitam!

Tengok la bersemangat sungguh blogger Afzal Sukasuki makan...sedap sangat la gamaknya! hahaha..


Variasi Min'z Sambal Hitam Pahang

Min'z Sambal Hitam Pahang terdiri daripada 3 variasi;

Sambal Hitam Pahang - Ikan Bilis Kering
Sambal hitam pahang yang bertekstur seakan serunding.
Harga : RM15 sebotol

Sambal Hitam Pahang - Ikan Bilis Basah
Sambal hitam pahang versi original seperti masakan ibu di rumah.
Harga : RM15 sebotol

Sambal Hitam Pahang - Ikan Talang
Sambal hitam pahang yang menggunakan isi ikan talang jeruk yang berkualiti tinggi.
Harga : RM20 sebotol

Produk ini adalah produk yang sedia dimakan (RTE) dan sangat sesuai la untuk pelajar yang tinggal di asrama, ibu-ibu yang tak sempat nak masak, mereka yang kerap travel dan semestinya sesuai untuk seisi keluarga tak kira bangsa.



Kalau Sally suka makan dengan bihun goreng, ataupun kalau sambal hitam ikan bilis kering dengan bubur nasi...dan semestinya la makan dengan roti atau campur dalam sandwich kegemaran Sally...semuanya sedap wehhh! hahaha. Kalau selalu goreng buat kangkung goreng belacan, cuba la sekali buat kangkung goreng sambal hitam pahang ikan talang. Lagi terangkat!

Apa yang Sally suka sangat sebab sambal hitam mereka didatangkan tanpa pengawet dan tahan lama sebab dimasak hampir 12 jam. Sambal mereka tiada perisa tambahan seperti kicap dan asam jawa dan menggunakan belimbing buluh yang direbus menggunakan kayu api.

Kepada korang yang teringin nak rasa dan nak dapatkan produk Min'z Sambal Hitam Pahang, boleh la buat belian di Potboy Groceries (link) atau boleh walk-in ke kedai mereka atau boleh hubungi mereka terus untuk urusan penghantaran.

Min'z Sambal Hitam Pahang
Alamat: No 106-G, Jalan Setia Permai BS U13/BS, Setia Alam Seksyen U13, 40170 Shah Alam
Facebook : Min'z Sambal Hitam Pahang
Instagram : @minz_sambal_hitam
No telefon : www.wasap.my/60146667772

15 comments:

  1. Sambal itam memang mkn fav CR selalu kirim beli kt mber lipis. Nanti nak try rasa yg cik min ni la pulak. Xprnh ag try mkn dgn mknn lain.Nmpk sedap tuuu

    ReplyDelete
  2. Adik ipar dulu selalu cerita pasal sambal ni. Nanti kalau dia cari kot kot sebab mengidam, boleh la suggest sambal hitam ni.

    ReplyDelete
  3. Kita tak pernah try mana mana sambal hitam tapi selalu baca yang sambal hitam ni sedap.

    ReplyDelete
  4. dah lama tak sambar salam hitam minz ni.. nnt nak beli la
    serius memang sedap dan pedas menyengatttt

    ReplyDelete
  5. Tak pernah try lagi Sambal Hitam Kak Min ni. Tapi ramai blogger dah try kan. Kalau makan dengan nasi panas sedap ni Sally

    ReplyDelete
  6. Eh teringin la. Dia boleh pos jugak ke? Selalu tengok org lain duk pos pasal sambal ni tapi emi x pernah try. Antara 3 variasi tu, yg mana plg recommended?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau beli kat Potboy dia hntr kat mana-mana as long as dalam Klang Valley, beli dengan Kak Min direct la postage..

      Ramai suka yg Ikan Talang, Sally suka yg Ikan Bilis Kering kalau makan bubur nasi, Ikan Bilis Basah kalau makan nasi..hehe

      Delete
  7. Terliur tgk sambal ni..hmm msh blom berkesempatan lg nk merasa

    ReplyDelete
  8. wahhh ni yang buat TB rasa nak cuba ni.. ya Allah terliur tengokkkk

    ReplyDelete
  9. Terasa macam nak try jugak Min'z sambal hitam ni.. dari dulu terasa nak cuba sangat. nanti nak order lah .. hee

    ReplyDelete
  10. balik kampung nanti nak singgah kedai kak min..nak beli juga sambal dia..belum rasa lagi..terliur tengok..

    ReplyDelete
  11. Wow! I want to try the Sambal Hitam Pahang - Ikan Talang. Congrats Sambal Min Hitam Pahang and owner nya pun sangat friendly.

    ReplyDelete
  12. Terliurnyaaa tengok. Memang ada plan nak beli ni, alang alang stok sambal dah habis. Teringin nak rasa yang ikan talang tu, selalu makan yang bilis biasa tu aje.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!