Staycation paling cantik di Hotel de ART, USJ.




Review Hotel De Art, USJ | Sesekali kena berubah angin..kadang-kadang tu bukan hadap sangat nak tidur kat hotel tapi nak layanan dan tukar angin. Baru-baru ni Sally sempat ke Hotel De Art, cawangan yang berada di USJ, Subang Jaya.

Hotel De Art mempunyai 5 cawangan di seluruh negeri Selangor; antaranya di Seksyen 7, Seksyen 9, Seksyen 19 dan I-City di Shah Alam dan cawangan di USJ.



Hotel de ART merupakan hotel butik yang pertama di Malaysia yang berkonsepkan seni. Setiap satu hotel dibawah rangkaian mereka mempunyai konsep yang berbeza. Macam yang Hotel de ART di USJ ini, mereka menekankan konsep English Garden. Setiap pelusuk hotel ni sangat cantik dekorasi dia..memang sesuai untuk mereka yang suka bergambar!

Tema lain bagi cawangan Hotel de ART:

↪ Hotel de ART Seksyen 7 - Tema Kertas Dinding (Wallpaper)
↪ Hotel de ART Seksyen 9 - Tema Inspirasi dan Harapan
↪ Hotel de ART Seksyen 19 - Tema 3D
↪ Hotel de ART I-City - Tema Fantasi



Walaupun hotel ini tidak menyediakan sarapan pagi, ada bahagian pantri untuk ambil air panas, air minuman. Ada juga microwave kot kalau beli makanan sejuk beku atau nak masak makanan yang mudah.





Di dalam bilik ada disediakan kiblat untuk umat Islam menunaikan solat cuba tiada sejadah yang disediakan, jadinya kalau rasa macam tak selesa nak solat di dalam bilik, boleh juga solat di surau yang disediakan. Di dalam surau ada disediakan tempat untuk berwudhuk juga.





BILIK CANTIK BERKONSEPKAN TAMAN

Kebetulan Sally datang bersama dengan sepupu dan ibu, jadinya ambil kesempatan la untuk bergambar. Awalnya dapat bilik untuk 2 orang sebab ada sedikit kesilapan teknikal, sementara tunggu mereka siapkan bilik yang lain sempat la bergambar kat sini..hahaha



BILIK SESUAI UNTUK KELUARGA

Ada 5 jenis bilik yang boleh kita pilih, mengikut selera dan bajet kita. Macam Sally, Sally ambil bilik Art Family Deluxe yang sesuai untuk 4 orang dewasa atau mereka yang berkeluarga. Disini Sally senaraikan bilik lain yang terdapat di Hotel de ART, USJ beserta harga untuk satu malam:

↪ Art Queen (tanpa tingkap) - RM118
↪ Art Twin (tanpa tingkap) - RM118
↪ Art Queen Deluxe - RM138
↪ Art Twin Deluxe - RM138
↪ Art Family Deluxe - RM208





Walaupun bergelar hotel bajet, tetapi kemudahan yang disediakan sangat la baik. Ada TV, kettle, air minuman dan bahkan kopi 3 in 1 untuk buat air panas. Kira okay sangat la kalau kita stay satu malam pun dah mewah macam ini. Setiap satu bilik memang berhawa dingin dan yang best sekali hotel ini ada lif walaupun hanya 2 tingkat..memang tak terasa la macam hotel bajet.

Untuk kakak-kakak yang risau tudung tak bergosok, jangan risau sebab ada disediakan iron board dan seterika di luar bilik. Pendek kata satu tingkat ada satu set disediakan tapi jangan seludup masuk dalam bilik okay!







Selain drpd bilik yg selesa, lengkap dgn penghawa dingin..toiletries basic pun ada mcm berus gigi, shampoo & shower gel. Ada heater & hair dryer jugak tau! Tandas pun bersih dan ada juga tuala disediakan. Tak payah la nak angkut semua benda daripada rumah.



LUKISAN MENARIK DI SETIAP SUDUT
Istimewanya Hotel de ART ialah setiap dinding dan sudutnya sangat cantik. Semuanya ada pelbagai jenis lukisan yang berbeza. Seronok teroka setiap tingkat untuk bergambar, ibu la orang yang paling excited sekali..hahaha

Kalau korang jenis suka posing dgn seni dinding, selfie dgn props yg cantik..Hotel De ART mmg lokasi yg tepat untuk staycation yang paling cantik pernah korang alami!







PELBAGAI JENIS KEMUDAHAN BERDEKATAN HOTEL

Jangan risau, walaupun tiada sarapan disediakan...di sekitar lokasi hotel ini ada sebuah pusat beli belah Main Place, kat situ ada pelbagai jenis restoran dan tempat untuk membeli belah. Selain daripada itu, Hotel de ART USJ berada dekat dengan stesen LRT USJ, jadinya kalau tak terasa nak memandu boleh je guna pengangkutan awam. Sekitarnya juga ada kedai makan yang banyak.

Pusat membeli belah One City juga terletak hanya 5 minit kalau memandu, nak berjalan kaki tu ada sedikit masalah sebab One City terletak berhadapan dan perlu melalui lebuhraya.



Hotel de ART USJ
No. 21 Jalan USJ 21/6, USJ 21,
47630 Subang Jaya, Selangor
+603-5888 9099

Website :
www.hoteldeart.com.my/

Facebook :
www.facebook.com/hoteldeart/

Instagram :
www.instagram.com/hoteldeart/

Post a Comment

8 Comments

  1. bestnya hotel ni..nanti pi sana,boleh la stay kat sini..warna warni dan menarik sangat

    ReplyDelete
  2. Suka konsep hotel ni. Whimsical!

    ReplyDelete
  3. Cantiklah hotelnya tak macam duduk hotel pun, design tu macam ala2 taman

    ReplyDelete
  4. Lawo lah hotel de art ni.. Dekat dgn pelbagai kemudahan ni sng sikit

    ReplyDelete
  5. cantik, kemas, deco menarik.. mmg best la.. npk selesa..

    ReplyDelete
  6. Uuuuuu, interesting hotel. Cantik juga :D

    ReplyDelete
  7. memang deco hotel ni lawa.. princess2 gituu =D

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!