SALURAN FILEM 24 JAM PERTAMA UNIFI TV - DUNIA SINEMA.


Para artis dan penerbit tempatan yang datang menghadiri majlis pelancaran

Siapa yang tak kenal dengan unifi kan? unifi pada asasnya menyediakan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi utama di bawah Telekom Malaysia Berhad (TM), dan sempena tahun 2018, pihak TM memperkenalkan wajah baharunya, dan baru-baru ini mereka telah melancarkan saluran filem 24 jamnya yang pertama, Dunia Sinema (Saluran 128). Saluran ni akan menawarkan pelbagai filem tempatan yang terbaik dan seleksi filem Asian, dan pelbagai jenis genre yang lain antaranya Romantik, Seram, Aksi dan Komedi.

Antara filem yang awal boleh ditonton termasuklah Pekak, Ophilia, Adnan Sempit, Wawa Semput, Dendan Berahi, Mat Moto dan banyak lagi. Manakala filem Asian terkenal yang terpilih seperti Ghost Ship, Suddenly 20, May Who?, Make Me Shudder 2 dan banyak lagi.


Dengan slogannya "imaginasi tanpa henti", saluran ini dulu ditawarkan sebagai saluran atas permintaan (VoD), tapi kini telah dinaiktaraf menjadi salah satu saluran linear dan boleh dilanggani meneruis Peka Aneka dan Pek Ultimate atau secara ala-carte dengan hanya RM 9.00 sebulan.

Majlis pelancaran telah diadakan di acara Fiesta Unifi di Alamanda. Fiesta unifi juga menampilkan persembahan istimewa, permainan dan promosi khusus untuk pengunjung. Sally sempat jugak join beberapa aktiviti dan para pengunjung juga lebih mudah mendapatkan info mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh unifi.

Insomniacks

Unifi TV kini menawarkan sebanyak 115 saluran secara keseluruhan dengan 67 saluran definasi tinggi (HD) - terdiri daripada 62 saluran premium, 26 saluran percuma, 2 saluran radio, 7 saluran Video-On-Demand (VOD) dan 18 saluran interaktif dalam pelbagai pakej yang berpatutan ataupun boleh didapatkan secara ala-carte.

Bermula pada bulan April 2018, pek-pek Aneka Plus, Ruby Plus dan Varnam Plus ditambahkan senarai pilihan pakej dengan 20 saluran tambahan yang merangkumi saluran kanak-kanak, hiburan umum dan gaya hidup (lifestyle) telah dipertingkatkan kepada para pelanggan. Untuk menonton saluran kegemaran di mana sahaja, korang boleh muat turan aplikasi unifi PlayTV melalui Apple Store dan PlayStore atau layari www.playtv.unifi.com.my untuk versi pelayar di komputer.

Sufian Suhaimi

Virgoun

Untuk maklumat lanjut mengenai unifi, layari www.unifi.com.my atau kunjungi laman sosial unifi di www.facebook.com/unifiTV (Facebook), www.twitter.com/unifitv (Twitter) dan www.instagram.com/unifitv (Instagram), serta www.youtube.com/tmyoutube (YouTube).

TM akan terus menawarkan kepada para pelanggannya penawaran-penawaran konvergens yang relevan menerusi 5 teras iaitu Kehidupan Pintar, Perniagaan Pintar, Bandar Pintar, Komuniti Pintar dan Negara Pintar – membawakan pengalaman digital menyeluruh dan penyelesaian perniagaan bersepadu bagi memenuhi keperluan komunikasi perniagaan dan gaya hidup – ke arah menjadikan “Hidup Lebih Mudah”.

Post a Comment

9 Comments

  1. oh kene langgan unifi la kan sally..seronok ni 24 jam layan movie sambil makan kuih raya yang berbaki

    ReplyDelete
  2. Rumah kita katanya ada UnifiTV tapi kita tak tahu pun nak guna macam mana -.-'

    ReplyDelete
  3. best ni.. TB memang ada UNiFi TV.. bole la jenguk2 tawaran yang ada ni.. macam best je tapi tu la. masa nak menonton tv tu yang masalah.. sering di comgueror si kecik.. hahaha

    ReplyDelete
  4. Zaza pakai unifi aps je..tapi tak selalu boleh buka. Time ada movie2 best je zaza layan..tp mmg best byk pilihan

    ReplyDelete
  5. Ok yg ni kena ada since dalam rumah cla da lama x on tv. Puas tgk movie kalau 24 jam.haha

    ReplyDelete
  6. cuma boleh tengok di HP saja. x puas la.

    ReplyDelete
  7. pergh 24 jam tu..kalau cerita semua best, mau tak tidur tu..hahahaa..kita ada unifi tapi tak pasang tv sebab tv rosak

    ReplyDelete
  8. sedikit sebanyak dah boleh lawan Astro ni.

    ReplyDelete
  9. Wah now we can do local movie marathon pulak, yay

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!