Blueberry Cheesecake Lava Cake daripada Domino's!


Selain daripada piza, Domino's selalu mengeluarkan sesuatu yang lain daripada yang lain dan semestinya setiap satu invention tu biasanya mmg sedap gila. Kalau tanya Sally, mmg menjadi kegemaran Sally la kalau dapat Banana Kaya tu..tak pernah tak suka..Daripada piza, ke macam-macam benda yang lain dan yang terbaru ni ada Blueberry Cheesecake Lava Cake!

Sebelum ni Domino's terkenal dengan Chocolate Lava Cake dan Peanut Butter Choc Lava, kali ni Domino's membawakan Blueberry Cheesecake Lava Cake sebagai menu tambahan kepada senarai pencuci mulut.


Minggu lepas Sally sempat ke majlis pelancaran manisan terbaru mereka yang diadakan di The Weld, Jalan Raja Chulan. Kalau korang nak tau, lebih 10% daripada jumlah jualan Domino's adalah daripada penjualan pencuci mulut!

Blueberry Cheesecake Lava Cake diperbuat daripada bahan-bahan yang terbaik dan bermutu termasuklah keju krim yang dibawa khas daripada New Zealand, dan beri biru daripada Perancis. Selain daripada itu, kawalan suhu yang tepat juga penting untuk memastikan kek lava ni dibakar dengan sempurna supaya leburan inti (lava) menjadi dengan baik.


Tengok la macam mana sedap keju yang mengalir dan jem beri biru yang pekat tu...Blueberry Cheesecake Lava Cake yang dibakar dengan sempurna dan dihidangkan panas dan segar dari oven. Haihhh..bukan main sedap lagi..

Tawaran hebat ini telah bermula daripada 1 Julai 2018 pada harga pengenalan RM7.10. Untuk meraikan musim perayaan ni, korang boleh beli Buddy Combo yang menawarkan satu piza saiz regular, Garlic Twisty Bread, satu Blueberry Cheesecake Lava Cake, satu Stuffed Cheddar Bites dan dua tin minuman ringan pada harga RM42.90.

Okay, untuk maklumat lanjut pasal Blueberry Cheesecake Lava Cake atau anything pasal Domino's Pizza termasuklah promosi terbaru dan lain-lain, korang boleh ke Facebook (facebook.com/DominosMY) atau terus ke laman web rasmi Domino's di www.dominos.com.my okay?

Post a Comment

7 Comments

  1. 2 kali makan dominos balik ari tu, but adik yg belikan so tak tau ada dessert baru ni..next time harus cuba ni

    ReplyDelete
  2. OMG... don't tempt me at this hour. I baru balik from open house dah lah makan now craving for dessert pulak. Aduhh nak pergi beli yang ini esok.

    ReplyDelete
  3. Yang ni tak rasa lagi. 2 jenis yang sally sebut tu dah pernah makan. Boleh try yang baru ni.

    ReplyDelete
  4. fuh.. tengok gambar telur rasa kecur liur nak meleleh.. nampak memyelerakannn.. sedap tak sally??

    ReplyDelete
  5. Wahhh dah ada blueberry cheesecake pulak dekat Domino's. Wajib try ni. Heheh.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!