MOOD REPUBLIK KEMBALI UNTUK TAHUN KE-5!


MOOD REPUBLIK MENGGEGARKAN 4 NEGERI SEMPENA BACK TO BACK RAYA GALORE FESTIVAL 2018 | Raya seakan tak lengkap kalau takde temasya jualan daripada Mood Republik yang telah sebati dengan rakyat Malaysia.

Memasuki tahun ke-5, Mood Republik sekali lagi kan mengulangi kejayaan mereka dengan mengadakan temasya jualan terbesar KL RAYA FEST 2018 yang akan berlangsung selama 72 jam tanpa henti selama 3 hari bermula 8 Jun (10am) - 11 Jun 2018 (10am).

Kali ni akan ada hampir 1,000 jenama yang majoritinya diterajui oleh usahawan Bumiputera Malaysia. Selebriti dan artis yang turut memeriahkan festival kali ini termasuklah Trudolly by Fazura, RCW by Rozita Che Wan, Wak Doyok, Sephia by Janna Nick, Zapatos by Zain Saidin, Charms Foundation by Hael Husaini, Emma RTW by Emma Maembong, Owl by Nora Danish, Impian by Nelydia Senrose dan ramai lagi.


Satu sidang media telah diadakan bagi mengumumkan penaja-penaja utama Mood Republik 2018 antaranya Shopee dan Grab. Selain itu, bagi menambahkan lagi keterujaan pengunjung, dengan hanya berbelanja serendah RM97 di dalam satu resit sepanjang Mood Republik Tour Sarawak sehingga Y.E.S Festival 2018, mereka berpeluang untuk memenangi sebuah Volswagen Beetle Sports yang bernilai RM230,000 serta RM10,000 wang tunai dalam "Shop & Win Contest 2018".

Sepanjang Ramadan, Mood Republik bukan hanya tertumpu kepada PWTC tetapi akan berkunjung ke beberapa lokasi yang dinamakan Back To Back Galore Festival 2018 yang akan bermula hari ini, 18-19 Mei 2018 (Kelantan), 1-2 Jun (Kedah), 2-3 Jun (Kedah) dan 8,9,10 Jun di lokasi kemuncak PWTC.


Selain daripada selebriti dan artis, turut sama adalah jenama yang besar seperti Ice Wtach, Timberland, Elianto, Vida Beauty, D'Herbs, Rico Rinaldi, Ezuwan Ismail, Melinda Looi, Mimpi Kita, Super Coffee, Jubah Souq, Sugarscarf, Losravelda, Shawl Publika, Jannah Noe, Starvillion, Tudung Ruffle dan banyak lagi.

Tak lupa juga kepada artis seberang, Rossa (Rossa Perfume) dan Randy Pangalila (Perfume by Bellessa). Mereka akan menjual dan mempromosikan produk mereka secara langsung kepada peminat mereka.


Seperti tahun-tahun sebelumnya, tradisi hujan duit akan diteruskan walaupun mendapat kecaman daripada pelbagai pihak. Kata pihak Mood Republik, tradisi ini diteruskan untuk menunjukkan rasa terima kasih mereka kepada pengunjung setia dan secara keseluruhan akan ada RM100,000 yang akan menghujani pembukaan di lobi PWTC sempena KL RAYA FEST 2018. Selain itu, akan ada 100,000 beg hadiah percuma sumbangan daripada kesemua jenama yang terlibat.

KL RAYA FEST 2018 akan berlangsung di hall 3 & 4, PWTC. Lokasi ini dipilih kerana memberikan keselesaan kepada usahawan dan pengunjung kerana mempunyai akses kepada pengankutan awam seperti LRT dan Komuter dan senang untuk dapatkan bas dan juga teksi. Pihak Grab juga akan memberikan kod promo yang istimewa sepanjang festival berlangsung.


Pengasas Mood Republik; Kimi Iskandar Ismail dan Yusri Ismail

Kata pengasasnya lagi, misi penubuhan Mood Republik adalah sangat jelas, iaitu untuk menambah nilai kehidupan lebih ramai insan melalui sumbangan amal daripada usahawan yang dikumpulkan pada setiap festival yang dikumpul menerusi konsep 'sadaqah' daripada para usahawan yang menyertai festival ini.

Untuk KL RAYA FEST 2018 mereka menyasarkan RM500,000 bagi membantu memperbesar Maahad Sains Al-Quran Al Amin Mood Republik di Puchong dan Madrasah Huraidahah di Kota Bogor yang merupakan dua entiti penerima terbesar sumbangan daripada Mood Republik Charity sejak 2014.

So, untuk korang yang nak shopping raya, tak kira la kat mana sahaja korang berada, boleh ke mana-mana lokasi yang terdekat untuk Back To Back Galore Festival 2018!

Kelantan - 18 & 19 Mei 2018
Grand Riverview Hotel Kota Bharu
10.00 pagi - 12.00 mlm

Kedah - 1 & 2 Jun 2018
Tabung Haji Hotel & Convention Center, Alor Star
10.00 pagi - 12.00 mlm

Pahang - 2 & 3 Jun 2018
Sultan Ahmad Shah Convention Center, Zenith Hotel Kuantan
10.00 pagi - 12.00 mlm

Kuala Lumpur - 8, 9 & 10 Jun 2018
PWTC Kuala Lumpur
72 jam tanpa henti selama 3 hari bermula 8 Jun (10am) - 11 Jun 2018 (10am)

Post a Comment

4 Comments

  1. Bestnya shopping di MOOD Republik. Macam-macam ada kat situ. Boleh lah beli barang untuk Syawal nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..hopefully banyak payment masuk laaa kali ni boleh shopping..hihihi

      Delete
  2. setiap tahun dieorang buat kan....
    memang meriah pun...sampai ke tgh malam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup...dah tahun kelima dah..kali ni 72 jam tanpa henti! hihi

      Delete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!