Meraikan Ramadan Raya dengan Kempen #perfecttogether; Mission Foods & Emborg.


Mission Foods Malaysia & Emborg, Kempen #perfecttogether | Tortilla wraps, naan, pita..bercakap pasal makanan-makanan ni memang la akan teringat kat produk jenama Mission Foods. Terbaru ni Mission Foods dan produk tenusu terbesar Emborg telah bergabung melancarkan kempen #perfecttogether bersama dengan Chef Wan.


Chef Wan

Sepanjang bulan Ramadan sehingga menjelangnya Hari Raya Aidilfitri, Chef Wan akan berkongsi petua dan resipi asal ciptaannya yang semestinya akan menggunakan produk Mission Foods dan Emborg. Sebanyak 10 resipi #perfecttogether mudah dan cepat boleh didapati secara dalam talian dalam bentuk video yang boleh ditonton oleh pengguna di laman sosial rasmi produk.

Chef Wan juga sempat berkongsi 3 resipi secara langsung kepada pihak media hari tu. Antara resipi yang menjadi pilihan ialah wraps murtabak kambing, piza tuna pedas dan ikan bilis, serta wraps tat keju kelapa dan pisang. Dalam demonya, Cef Wan turut berkongsi cara terbaik untuk menggunakan kedua-dua produk tersebut termasuk tip dan maklumat mengenai nilai pemakanan.


Wraps Murtabak Kambing


Piza Tuna Pedas dengan Ikan Bilis


Wraps Tat Keju Kelapa dan Pisang

"Kerjasama #perfectogether dari Mission Foods dan Emborg menggabungkan tekstur dan campuran bahan-bahan berkualiti, pelengkap antara satu sama lain. Kepelbagaian produk Mission juga adalah kanvas yang sempurna untuk menghasilkan apa juga jenis resipi Malaysia, dari Naan hinggalah Supersoft Wraps dan kerepek jagung ranggup yang kaya dengan pelbagai perisa. Produk-produk Emborg seperti Cook & Bake, keju Cheddar Topping, mentega dan krim memasak menambahkan lagi keenakan rasa di dalam setiap masakan," kata Randall Tan, Pengurus Jenama Mission Foods Asia Selatan.

Kempen #perfecttogether akan bermula Mei ini. Jangan lupa kumpul kesemua siri resipi ini yang juga dipaparkan secara eksklusif di Instagram dan Facebook Misssion Foods Malaysia, Emborg dan media sosial Chef Wan.

Di Instagram, korang boleh lawati laman-laman ini:
@missionfoods.my
@emborgasia
@_chefwan58

Dan untuk Facebook pula, boleh layari :
https://www.facebook.com/missionfoodsmalaysia dan https://www.facebook.com/EmborgMalaysia


Dari kiri : Mark Tan, Retail Sales Manager of Mission Foods Malaysia; Randall Tan, Brand Manager of Mission Foods South Asia; Datuk Chef Wan; Kennet Paulsen, Country Manager for Emborg Malaysia; dan Ee Jia Jing, Trade Marketing Executive for Emborg Asia.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Mission Foods dan Emborg di www.missionfoods.com.my dan www.emborg.com.

Post a Comment

6 Comments

  1. nampak sedap.. tambah bulan posa nanti tengok makanan apa pun nampak lagi sedap..

    ReplyDelete
  2. alamak nanti nak kena beli jugak ni wat stok bulan puasa..bolehlah try nanti..yehoooo

    ReplyDelete
  3. Peh bila emborg dan wrap gabung ngn chef wan..mcm2 resepi bergabung.. Kita suka tgk masakan chef wan dr kecik lg.. Kdg2 buat wrap as a pizza.. Kdg2 buat sebagai murtabak..hehe

    ReplyDelete
  4. Cheddar topping tu akak selalu beli.Sebab anak2 suka pizza...Harga dia mahal sikit dari brand yang lain tapi memang sedap..

    ReplyDelete
  5. Sally semua produk nih ada kat mana mana mall kan..Lepas tuh resipi tuh nak tgk mana..menarik pulak nak cuba resipi tuh??

    ReplyDelete
  6. sedap nampak nanti nak g cari la dua benda ni dekat tesco boleh buat menu bekal puasa ko suami hahahha

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!