Day Trip Ke Singapura, berbaloi ke?


Lokasi Wajib Terjah di Singapura | Jujurnya, selalu Sally ke Singapura hanya sebab nak pergi konsert CNBLUE je..hahaha..jadinya Sally tak pernah ada peluang nak betul-betul berjalan di sekitar Singapura.

Dah genap seminggu lepas Sally join Day Trip ke Singapura. Ramai yang tanya, sempat ke nak teroka Singapura dalam masa sehari? Berbaloi ke..?



1. Merlion Park & Esplanade

Seperti yang semua tahu, Merlion Park merupakan salah satu tarikan utama yang orang akan pergi kalau ke Singapura. Tak lengkap kalau kita tak jumpa Merlion ni. Merlion Park ni merupakan tarikan kepada semua pelancong kerana terletaknya tugu kebanggaan Singapura.

Esplanade pula ada yang gelarkan sebagai "DURIAN" sebab reka bentuk dia...Esplanade ni fungsi dia lebih kurang macam Istana Budaya la kalau kat Malaysia ni.


2. Bugis Street

Disini tempat terbaik kalau korang nak membeli cenderamata, walaupun disini merupakan lokasi tumpuan pelancong tapi kat sini la tempat yang boleh beli cenderamata yang murah dan pelbagai.

Kat sini pun boleh beli pelbagai jenis minuman yang murah-murah...bayangkan jus buah boleh dapat serendah $1 je. Fresh dan murah. Pelbagai street food juga ada dijual...antara nak beli atau tidak je.


3. Restoran Zam Zam

Makan tengahari ni atas tanggungan sendiri. Pada awalnya teringin betul nak makan Sup Tulang Merah, tapi takde rezeki pulak. Jadinya datang la cuba Nasi Biryani dan Murtabak Singapura yang terkenal disini. Portion dia mmg terbaik dan rasa dia mantop!

Tak menyesal la makan disini walaupun masih ralat tak dapat Sup Tulang Merah.



4. Masjid Sultan & Malay Heritage Centre

Masjid Sultan merupakan sebuah masjid yang tertua dia Singapura. Senibina dia sangat unik dan menjadi tarikan untuk pelancong menunaikan solat semasa diperantauan.

5. Pulau Sentosa

Pulau Sentosa atau lebih dikenali sebagai Sentosa Island merupakan sebuah pulau buatan yang tercantik di Singapura. Disini selalunya menjadi tumpuan sebab ada Universal Studio.

Tapi kali ni Sally tak sempat ke Universal Studio, cuma sempat la bergambar kat depan golbe yang menjadi pujaan hati segenap manusia yang kesini...hahaha...



Jangan risau, kalau korang tak masuk dalam Universal Studio pun takpe sebab ada banyak lagi benda korang boleh tengok dan jelajah di dalam pulau ni.

Korang boleh teroka Pantai Siloso, Palawan dan macam-macam lagi..Tempat makan Halal pun ada, Hard Rock Cafe pun ada. Trem kat sini free je.


6. Gardens by The Bay & Light Rhapsody Show di Supertree

Gardens by The Bay merupakan sebuah taman yang unik dan merupakan taman yang tercantik di Singapura...dan dan dan Sally sangat nak ajak korang untuk tonton persembahan 15 minit Light Rhapsody Show. Kebetulan masa Sally tengok ni dorang buat tema Star Wars. Memang terbaik dan cantik!


So, pada korang berbaloi atau tidak pakej Day Trip ke Singapura?

Jawapan Sally, sangat berbaloi. Mana taknya, dengan hanya RM135 (KL-SG-KL) korang dapat bercuti hujung minggu ke luar negara. Bawa sedikit duit untuk makan dan beli cenderamata, dan ada passport la yang paling penting. Haha.

Dengan siapa Sally pergi?

Seharusnya la dengan RAINI TRAVEL. Mereka ni merupakan sebuah agensi pelancongan yang boleh dipercayai. Untuk pakej ke Singapura ni ada trip setiap bulan tau. Untuk 2018 korang boleh tengok date kat bawah ni.

↪ 29 - 30 Jun 2018
↪ 27 - 28 Julai 2018
↪ 31 Ogos – 1 September 2018
↪ 28 - 29 September 2018
↪ 26 - 27 Oktober 2018
↪ 30 Nov - 1 Disember 2018
↪  28 - 29 Disember 2018

Untuk sebarang pertanyaan, boleh la hubungi di:
WhatsApp : 016-774 4594
Instagram : https://www.instagram.com/rainitravel
Facebook : https://www.facebook.com/rainitravel

Post a Comment

13 Comments

  1. bestnya..macam menarik la trip macam ni..tu semua tarikh2 yg available ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup...setiap bulan akan ada satu trip...so, tu la date dia utk 2018.

      Delete
  2. Bestnyaaa tringin juga nk ke sana hehe

    ReplyDelete
  3. nak ikuttttt... nanti kita plan blogger trip ye.. bagi havoc sikit
    nak kena g SIN balik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn...kita jalan-jalan dengan geng blogger...baru syok!

      Delete
  4. bestnyaaaa .. teringin jugak nak pegi singapore. Harapnya ada peluang untuk pegi. hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. pastikan sentiasa ada passport...nnt mana tau ada ad hoc trip boleh la ajak sekali

      Delete
  5. Belum pernah jejak lagi di Singapore, harap nanti adalah rezeki ke sana. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah..jom la follow trip dengan Raini Travel..pastikan ada passport sekali :D

      Delete
  6. Kita pernah pergi 1 tempat je dari list ni. Memang kena repeat Singapore after this sebab pergi dulu pun sebab konsert. lol!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan! gimme fiveeee...pasal tu laa...syok jugak bila dapat jalan-jalan even dalam masa sehari!

      Delete
  7. Nasib baik ada review best macam ni sebab singapore dah ada dalam list travel ni ><

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!