European Raclette FĂȘte : Tradisi Merasai Keju Gaya Eropah.



Raclette FĂȘte | Meleleh air liur tengok cheese yang dicairkan, makan dengan roti baguette...fuhhh...terasa macam dunia ini ana yang punya! Sally bukanlah penggemar keju yang tegar, setakat makan kalau dalam topping pizza atau makan roti dengan slice cheese tu memang menjadi kegemaran tapi kalau nak makan sesaja memang susah sikit la kot.

Minggu lepas Sally dapat merasai sendiri tradisi merasai keju daripada Eropah yang biasanya dikenali sebagai Raclette FĂȘte.


Raclette merupakan keju yang diperbuat daripada susu lembu yang dimasak dan dicairkan dengan api secara terus, sampai dia kental dan garing sikit..lepas tu scrap je kat atas apa-apa yang korang nak makan, dengan baked potatoes ke, beef slice, sayur-sayuran burger dan macam-macam lagi..Rezeki Sally sebab dapat rasa 10 JENIS KEJU yang berlainan! 10 JENIS tau!

Kat gambar atas tu antara keju yang Sally sempat cuba, ada Brie, Reblochon, Fourme D'Ambert, Comte, Saint Nectaire, Gouda, Scamorza dan beberapa lagi yang Sally tak ingat pulak nama dia..Kalau korang nak tau, antara banyak-banyak keju ni yang menjadi kegemaran Sally ialah Scamorza & Reblochon. Memang rasa "susu" dan lemak tuuu.


Ini antara condiments yang ada untuk dipadankan dengan keju yang dicairkan tadi. Rahsia untuk memilih keju yang sesuai untuk Raclette ialah kadar kelembapannya. Lagi lembap keju tu, lagi elok dia akan mencair. Keju yang sesuai dan menjadi pilihan rakyat Eropah adalah Emmental dan Comte, sebabnya rasa dia yang lemak manis dan "nuttier"..

Untuk keju yang paling Sally tak boleh terima semestinya Brie sebab rasa dia agak masin dan ada bau sikit, jadinya macam tak kena la dengan selera Sally. Hahaha. Bayangkan la majoriti keju ni ada yang dah berusia 2 tahun dan keatas!


Keju ni merupakan makanan yang serba boleh la, tak kisah la nak makan begitu sahaja atau nak nikmati dengan pilihan menu yang menjadi kegemaran masing-masing; tak kisah untuk pencuci mulut atau pembuka selera.

Keju Eropah memang merupakan keju yang paling berkualiti tinggi dan menjadi antara keju yang terbaik yang berada dipasaran Malaysia. Raclette FĂȘte (Raclette Party) boleh dijadikan tradisi di Malaysia juga, dimana kita boleh menikmati keju-keju ni dengan rakan-rakan, dan keluarga.


Sally sangat berbesar hati sebab dapat jumpa Chef Pierre Gay yang merupakan seorang "cheese master" yang berpengalaman daripada Perancis. Beliau merupakan pemilik Pierre Gay Fromagerie; salah satu rumah penyimpanan keju yang tertua di Annecy. Pierre Gay Fromagerie memang terkenal sejak 1935, dan Chef Pierre Gay telah mengambil alih daripada ayahnya pada tahun 1989.

Terima kasih jugak kepada French Interbranch Dairy Organization (CNIEL) dan European Union, yang menjemput kami bagi mempromosikan keunggulan keju daripada Eropah!

Post a Comment

13 Comments

  1. Replies
    1. sedap sangat cik nor...sally pun makan x ingat dunia

      Delete
  2. Arhhh... Stresss.. Keju dia mmg sdp... Kita pernah rasa.... Nikmat tak terkata.. Hantu keju... Hahaha.. Sally ada beli x... Buat stok.. Hihi..rasa dia lemak sgt kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg pun...xde beli pun...dorang ada bagi few jugak laa...macam Fourme D'Ambert, Comte ade...tu pun xtau nak makan dengan apa..hahahaha..yup...lemak yg creamy sedap gituuu

      Delete
  3. Keju memang lama nak buat ,Sally tau ke resepi buat keju ? Kadang beli mahalkan kat pasaraya buat mesti leceh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak mampu nak buat keji zira...sebab selalunya dia macam kena simpan lama...mau-mau 2-3 bulan baru jd keju..hahahaha

      Delete
  4. Zaza pun bkn pengemar keju sgt.. Sama mcm sally.. Letak dlm pizza ke.. Baru makan..

    Mcm2 jgk ada keju ya.. Ada peluang lain kali kena jgk ni pi merasa 😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sally ok ok jela dengan keju..kadang-kadang tu makan jugak tapi setakat cheddar dengan mozarella jela yg kenal pun..hahahahaha

      Delete
  5. betul..akak pun suka keju dalam pizza atau roti..Bukan semua cheese boleh telan pulak tu..tapi kalau untuk rasa gitu2 , nak cuba kelainan tu apa salah nya telan jugak..hahaah

    ReplyDelete
  6. Keju mcm2 jenis. Tp yg tau mmg sodappp.. selalu klu order burger mesti double

    ReplyDelete
  7. Banyaknya cheese. Emi memang hantu cheese. Tapi sejak migraine makin menjadi2 ni, emi berhati2 sket x mkn cheese byk sgt. sebab cheese & choc merupakan antara makanan yg blh trigger migraine. pernah la a few times migraine menyerang balik sbb mkn byk sgt cheese.

    ReplyDelete
  8. wahh.. syoknya sally dapat merasa qp jenis cheese.. mesti sedap2 semuanya kann.. TB suka tengok cara pembuatan Cheese.. susah jugak nak membuatnya.. sebab tu harga dia mahal kan sally

    ReplyDelete
  9. Amboii Sally ni.. saja la tu nk goda goda tekak kita. 😅😅
    Nampak menarik..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!