Resipi Kek Ombre Kukus Yang Mudah dan Sedap!


Kek Ombre Kukus | Walaupun oven rosak, itu tak menghalang Sally untuk buat kek..kukus pun kukus la..lepas berjaya buat Kek Pandan Gula Melaka versi kukus, ni Sally cuba pulak Kek Ombre Kukus.

Kalau korang nak tau, Ombre ni bermaksud bayangan dalam bahasa Perancis, jadinya kek ombre ni berunsurkan bayangan, olahan daripada permainan warna pada lapisan kek. Kek Ombre ni pada mata Sally hampir sama macam Rainbow Cake, cuma bezanya ia menggunakan warna yang sama tapi dengan rona warna yang berbeza.

Biasanya kalau kek, orang buat Ombre ni pada lapisan buttercream dia dan ada juga yang buat dalam kek dia sekali..Macam yang Sally buat ni hanya kek sahaja, sebab abang dengan ibu Sally tak suka makan buttercream.


Resipi Kek Ombre Kukus Yang Mudah dan Sedap
Bahan-bahannya:
4 biji telur (Sally prefer saiz B)
¾ cup gula halus
1 sudu teh ovellete
(Semua bahan dipukul sehingga kembang dan gebu, macam tekstur meringue)
1¾ cup tepung gandum
1 sudu teh baking powder
100ml santan
100ml minyak jagung
1 sudu teh esen vanila
Pewarna Merah (atau sebarang warna yang korang suka)


Cara-caranya:
1. Panaskan pengukus, pastikan air agak banyak sebab nak kukus kek hampir 1 jam
2. Ayak tepung dengan baking powder 2-3 kali
3. Pukul sehingga kembang gula, telur dan ovallette
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil kacau
5. Masukkan minyak jagung, santan, esen vanila
6. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama rata, bahagian pertama biarkan putih, bahagian kedua letak ½ sudu teh pewarna dan bahagian ketiga, letak 1 sudu teh pewarna. Pastikan warna bahagian dua dan tiga berbeza.
7. Kukus bahagian pertama selama 15 min, diikuti bahagian kedua selama 15 min dan bahagian ketiga dalam 20 min sehingga masak



Tips:
✔ Pastikan kukusan tu dah cukup panas dan gunakan api yang sederhana
✔ Tunggu kek sejuk sebelum potong, masa nak potong guna pisau yang tajam dan layurkan atas api sebelum guna, supaya dapat tekstur potongan kek yang cantik

Jangan lupa cuba dan kongsikan dengan Sally, kalau takde mixer..Boleh gunakan blender jugak.

Post a Comment

7 Comments

  1. nampak lembut jerr sally. terus tergoda nak makan. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sally yg buat, Sally jugak yg makan almost setengah dulang..hahahaha

      Delete
  2. Menarik... Nampak soft je kek sally buat tuh... Okay... save resipi... Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan lupa buat kak...nnt share dengan Sally keyh :)

      Delete
  3. warna dia tu mengancammm! sedapnya tngok.. nnti nak try la. hehe

    ReplyDelete
  4. alaamk.. sedapnya sally.. nak try buat lah jugak.. tapi seram.. TB dah lama tak membaking kek.. jadi ke idak kek nya entah.. hahaha

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!