Berkelah dan mandi manda di Kemensah.

10:37:00 PM Sally Samsaiman 8 Comments


Tinggal kat bandar ni kadang tu stress! Lagi stress bila setahun dah jadi penganggur ni..hahaha..tapi kalau korang nak tau, kat bandar pun ada tempat beriadah yang boleh kita pergi hujung minggu..

Kemensah.

Kalau yang tinggal kat area Kuala Lumpur ni, Kemensah ni dah jadi macam sebati. Kalau korang nak tau, Kemensah ni terletak di belakang Zoo Negara hah..Dekat sangat kan?

Tapi jangan tak tau, ada jugak orang yang tak tau...Sally sebab tinggal kat area Keramat & Ampang sejak lahir..pasal tu jugak la tau..Sally pernah buat reunion few times kat Kemensah..Bayangkan dah lama tak jumpa dengan kawan-kawan lepas tu kita lepak mandi, makan-makan sama, dan BBQ!



Minggu lepas cousin Sally ajak join dia dengan kawan-kawan dia berkelah kat Kemensah. Sally mmg tak tolak la kan...dah berapa lama pulak tak ke Kemensah walaupun dekat je dengan rumah..hahaha..

Sally okay je nak ikut sebab dah biasa sangat dengan kawan dia, Kak Umi..Bukan dia je..habis semua kaum kerabat jugak dah kenal..hahaha..kira kawan atas kawan gituuuu...Jujurnya mmg happy gila dapat release stress kat sini...berendam dalam sungai, makan-makan dan tgk dunia selain daripada "hutan rekaan manusia".



Sally upload gambar kat Instagram...sakan org komen sebab nampak sangat sengeh dia..Sally actually stress. Stress dengan desakan hidup tapi dalam masa yang sama, kena berdiri teguh sebab ada dua lagi mulut yang perlu Sally jaga, beri makan. Kadang tu ada masa rasa macam kita hidup untuk membahagiakan orang bukan hidup untuk diri kita sendiri, tapi lain orang lain ujian dia kan?



BBQ!

Lepas mandi, makan. Repeat.

Hahaha...alhamdulillah sebab dorang bawak banyak sangat makanan. Ya Allah, sedap dia rasa makan ramai-ramai..makan panas-panas..Lepas ayam, hotdong, ikan..makan nasi pulak lepas tu bihun..hahahaha..rasa macam overdose makanan je. Seawal 7am sampai nak dekat pukul 3pm, bayangkan berapa lama tapi rasa macam sekejap je berendam.



Nah! muka gembira untuk korang!

You Might Also Like

8 comments:

  1. Haritu pun kitorang cadang nak pegi kemensah ni pstu akhirnya pegi sungai kanching 😂 baru update entry gi sungai gak hahaha

    ReplyDelete
  2. Dah lama tak pergi Kemensah! :D

    ReplyDelete
  3. Bestnya mandi air terjun, nanti ada peluang nak pergi juga lah rendam badan kat sana...hehe

    ReplyDelete
  4. awak.. janganla stress sngt. meh jalan penang meh.. kite makan ikan bako =D

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!