Sunday, February 25, 2018

Try makan kat Hyo-Sun Korean Fried Chicken.


Hyo-Sun Korean Fried Chicken | Iye.. #KakakKimchi bersiaran lagi dengan makanan Korea. Masa Malam Gala Surf This Love minggu lepas, Sally sempat cuba ayam goreng di Hyo-Sun Korean Fried Chicken. Ini semua sebab pengaruh Kak Neyra laa. Sally pulak dah la tak boleh kalau dengar benda-benda berkait dengan Korea ni haaa.

Outlet Hyo-Sun Korean Fried Chicken yang Sally pergi ni terletak di eCurve, Damansara. Sally memang peminat makanan Korea, dan tak terkecuali la ayam goreng dorang. Kalau korang pernah makan ayam goreng kat Korea, mmg beza gila laa..Kalau kat Malaysia ni ayam goreng favorite Sally memang Kyo-Chon, tapi saje la nak rasa yang lain jugak kan...


Untuk pilihan ayam goreng, korang boleh pilih sama ada nak HONEY, SPICY atau CRISPY. Yang popular kat sini Honey Series dia la. Sally suka dengan Honey Series dia jugak berbanding Spicy Series.

Komen Sally, Hyo-Sun Korean Fried Chicken tidak dapat memenuhi keinginan Sally terhadap ayam goreng Korea. Spicy dia hanya rasa Gochujang yang biasa je, cuma agak pedas. Honey pun so-so la tapi overall kalau makan masa panas-panas memang boleh habis jugak.

Selain daripada ayam, ada juga menu lain macam pajeon, kimchi noodles, dumpling dan macam-macam lagi. Instead of letak cabbage tu, Sally prefer kalau dia buat a kind of salad ke kan. Sally macam tak berapa okay makan purple cabbage mentah-mentah. Hahaha



Kat sini yang special sebab korang boleh tambah nasi tau, unlimited..hahaha..makan la sampai kenyang..tapi nasi biasa jela bukan nasi beras Korea, but still okay. In terms of size, Sally boleh cakap Hyo-Sun Korean Fried Chicken yang menang berbanding Kyo-Chon. Harga pun agak worth it dengan makanan yang dihidangkan. Staf pun sangat friendly dan banyak membantu untuk bagi suggestion.

Ramai yang review cakap Hyo-Sun Korean Fried Chicken better daripada Kyo-Chon, but personally Sally lebih suka Kyo-Chon walaupun ayam dia kecik but in terms of taste, they nailed it!

8 comments:

  1. Replies
    1. Mmg sedap Wani..lagi² kalau panas! Haha

      Delete
  2. hahhh.. bole topup nasik?? unlimited? biar betup.. kalau macam tu memang kekenyangan sangat la kalau makan kat sini yea sally..

    ReplyDelete
  3. Kalau dpt tambh nasi ni yg best ni hehe.. Hmm sally kena bawak zaza la pi sini.. Boleh dokk..

    ReplyDelete
  4. Sedap! Oh nasi biasa ya.. kak Ros pernah ke Kyochon. Nanti bolehlah cuba yang kat sini pulak.

    ReplyDelete
  5. Dilla suka korean food hakak masak sendiri ke beli atau makan kedai ni?

    ReplyDelete
  6. Sedih sangat bila pasal post pasal ayam. Dah lama tak makan ayam T__T

    ReplyDelete
  7. perghhh
    teringin pula rasa nak makan benda nih

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!