Wednesday, February 28, 2018

5 Khasiat Halia Bentong untuk Kesihatan Tubuh Badan.


Khasiat Halia Bentong | Orang dulu-dulu kata, kalau nak sihat..makan benda-benda daripada alam je. Benda-benda alam tu maknanya tumbuhan-tumbuhan yang ada dalam ekosistem kita. Kalau tak, masakan Tongkat Ali, Kacip Fatimah begitu mendapat perhatian daripada warga Malaysia kan? Ibu Sally pulak memang suka betul minum air halia. Kalau tak Teh Tarik Halia bila jumpa mamak, mmg tak sah.

Kalau korang nak tau, ada beberapa jenis halia yang ada kat Malaysia ni..Halia Buloh, Halia Bentong itu yang paling popular. Yang ni Sally nak share beberapa khasiat Halia Bentong untuk tubuh badan kita.

5 Khasiat Halia Bentong untuk Kesihatan Tubuh Badan

i. Buang Angin & Toksin
Halia memang terbukti membantu membuang angin & toksin di dalam badan. Minum teh hijau yang dicampur dengan halia, memang bagus. Sambil-sambil tu boleh kurus dan badan pun kembali segar. Tak percaya? Cuba la amalkan dulu.

ii. Melangsingkan Tubuh Badan.
Ini semua orang tau, tapi malas betul nak buat kan? Halia mmg boleh langsingkan atau kuruskan badan. Halia boleh membantu memecahkan lemak dan menurunkan berat badan secara semulajadi. Hiris halia halus kemudian campurkan dengan air panas , madu dan juga sedikit perahan air limau nipis, amalkan setiap hari pasti ketika perut kosong dijamin akan nampak sedikit perbezaan perbezaan.

iii. Menghilangkan Bau Badan
Hah! Yang ni kalau nak tegur, takut orang sentap. Kalau korang ada adik beradik, atau husband atau pakwe yang ada masalah bau badan..ataupun kawan-kawan perempuan pun boleh suruh cuba. Amalkan minuman halia bersama teh setiap hari, atau pun kunyah halia yang ditumbuk hancur. Yang kunyah ini Sally mmg tak mampu sebab terasa sangat pedas, nak senang gunakan halia dalam masakan atau kalau rajin, boleh buat serunding halia. Makan dengan nasi. Eh..makan! makan!

iv. Menaikkan Seri Wajah & Mengurangkan Tekanan.
Buat bakal pengantin, ini tips! Korang ketuk halia, campur dengan madu dan air panas, minum. Kalau korang nak tau, minuman ni akan membantu melancarkan perjalanan darah dan membuatkan tubuh berasa panas. Ia sekaligus menaikkan seri wajah.

v. Membersihkan Kulit
Nak kulit bersih cuba petua ini. Tumbuk halia, campurkan dengan tepung beras dan bancuh sehingga pekat dan boleh dijadikan lulur. Sapu macam sapu bedak sejuk tu haaa...Korang akan nampak beza pada kulit wajah. Hikhik


Kalau kat rumah tu bukan main payah lagi nak buat Teh Halia, nak kena pi kupas halia nak kena tumbuk, hiris halus la..macam-macam, bukan main renyah lagi kan? Tu belum masuk nak masak air, nak cari madu kalau tak nak guna gula..Fuhh..sempat berpeluh..

Lepas ni tak payah nak fikir banyak dah...korang boleh beli CAROMA : Teh Halia Bentong, senang je..buka sachet, masukkan dalam cawan dan isikan 150ml air panas dan wallahhhh! Korang dah boleh nikmati Teh Halia Bentong yang sedap dan berkhasiat.


CAROMA menggunakan Halia Bentong yang terbaik bersama dengan teh wangi untuk memberikan korang rasa yang semulajadi dan rasa pedas Halia. Minuman ni sangat baik untuk meningkatkan penyerapan nutrien dalam usus, membantu proses pencernaan, melancarkan peredaran darah dan melegakan tekanan.

Produk ni merupakan produk hasil Malaysia dan telah mendapat pengiktirafan daripada JAKIM Malaysia. Setiap kotak ni ada 10 sachet (20g/packet) dan dijual di Village Grocer seluruh Malaysia dengan harga RM15.90.

Selain tu, korang pun boleh beli secara online di www.11street.my

12 comments:

  1. Halia Bentong?Tak pernah dengar..kalau buluh betung pernah dengar.tp rak sangka byk khasiatnya Sally..sedap ke rasanya Sally.org yg bdnnya ada angin memang elok amalkan..macam akak..

    ReplyDelete
  2. klu asasnya halia..InsyaƁllah terbaik..

    ReplyDelete
  3. Banyak jugak khasiat halia bentong ni. Sellau dengar halia boleh buang angin aje. Heheh.

    ReplyDelete
  4. Halia bentong xpnh dgr.. Sllu halia tua, muda je.. Hahaha.. Rasa pedas2 x mcm serai? Kita xleh msuk bau halia..apatah lg halia... Tp best dpt buang angin...

    ReplyDelete
  5. baru tau halia ade byk name..hehhe tq sis sharing

    ReplyDelete
  6. Halia ni mmg byk manfaat dia kan.. Village grocer tu dia tak ada jual online ke sally..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak beli online boleh usha kat 11street :)

      Delete
    2. Nsk kota damansara ada jual halia bentung

      Delete
  7. kalau orang datang rumah jamu teh ni je pun bagus ..kan?? Mesti esok tetamu tu datang lagi..hahahah

    ReplyDelete
  8. wah.. senang la klu ada yang macam ni TB ni jenuhlah minum air halia yang homemade tu.. potong halia n rebus n minum air dia. asik buang angin je lps tu.. huhy

    ReplyDelete
  9. Interesting juga dgn ni.
    Suka minum teh halia ni

    ReplyDelete
  10. kalau sya everyday kupas halia hiris halus² lpas 2 blender kn jew..xla ssah..pas 2 campur air panas suam n minum

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!