Program Sahabat Negaraku (Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard) Bersama NGO

7:22:00 PM Sally Samsaiman 11 Comments


Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard | Sebelum ni Sally ada kongsikan dengan korang pasal Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard kan? Hujung Disember lepas, Sally ada join Program Sahabat Negaraku (Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard) Bersama NGO...Sebelum ni pun dah pernah pergi, masa kali pertama Managepay Systems Berhad (Kumpulan MPay) dan Kelab Sahabat Persaudaraan (KSP) memperkenalkan program ni.

Baca : Program Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard

Buat korang yang tak tahu lagi, program ini menerima surat sokongan penuh daripada Pejabat Perdana Menteri pada September 2017 dan Kumpulan Mpay telah memperkenalkan Wallet MPay dan Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard yang bertemakan 'NegaraKu' merujuk kepada saranan YAB Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak.


Malam tu, ada hampir 15 buah badan bukan berkanun (NGO) yang datang bagi mengetahui dan mendalami lagi tentang Kad Prabayar Negaraku ni..Managepay Systems Berhad (Kumpulan MPay) dan Kelab Sahabat Persaudaraan (KSP) berusaha keras bagi memberikan penerangan dan menarik minat pihak NGO bagi bersama-sama mereka untuk mendaftar Kad Prabayar Negaraku.

Program ini menjangkakan lebih 200,000 ahli NGO akan bersama-sama dengan mereka dan menjadi pengguna kad ni..buat masa ni ramai ahli dijangka daripada Lembah Klang. NGO-NGO yang hadir malam tu pun banyak bertanya tentang kebaikkan jika mereka mendaftar sebagai ahli semasa sesi soal jawab dengan wakil-wakil daripada Managepay Systems Berhad (Kumpulan MPay) dan Kelab Sahabat Persaudaraan (KSP).


Pengasas KSP; Dr. Mohd Zamri Noordin berkata..program ini akan dijalankan secara konsisten dan akan memperkenalkan kebaikkan kad ni kepada seluruh negara dan akan memastikan bakal pemilik kad ini memahami hasrat sebenar program ni dijalankan.

Kerjasama Managepay Systems Berhad (Kumpulan MPay) dan Kelab Sahabat Persaudaraan (KSP) ini terbentuk berteraskan Prinsip 3M iaitu:

1) Menghubungkan Kerajaan, Rakyat, khususnya Ahli-ahli badan berdaftar termasuk NGO dalam era digital berteraskan Semangat Negaraku.

2) Mengeratkan kerjasama dan memupuk semangat bantu membantu antara satu sama lain mengikut keperluan sebenar.

3) Mendidik masyarakat untuk berbelanja secara bijak dan berhemah.

Sebagai rumusan, incase kalau korang masih lagi tak faham pasal fungsi kad ni..kad ni merupakan kad yang boleh dianggap sebagai sara hidup digital, sebabnya pengguna kad ni boleh menikmati produk dan jugak perkhidmatan dengan harga yang lebih jimat..dan MPay akan menyediakan produk-produk terpilih secara bulanan mengikut kesesuaian pengguna.

Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard bakal dilancarkan sepenuhnya dalam tahun 2018. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.kadnegaraku.com.my

You Might Also Like

11 comments:

  1. Bagus juga ye ada kad ni.. Cik Rose baru tahu tentang kad Prabayar Negaraku ni.. thank you Sally kongsikan info ni. Perlu diperluaskan ke seluruh negara dan tidak terhad kepada ibu negara je :)

    ReplyDelete
  2. Zaza dh faham dah macam mana kad ni nak guna. Rasa kena ada jgk sbb kelebihan dia ada diskaun hehehe..sgt menjimatkan :)

    ReplyDelete
  3. Bagus ada kad ni.. Skrg dh ada kan?

    ReplyDelete
  4. kad prabayat negaraku? wah.. baru tahu ni.. TB tak buat pun lagi..

    ReplyDelete
  5. Tak sabarnya nak dapatkan kad tu, lebih kurang macam kad diskaun student la kan, tapi yang ni untuk semua orang. hehehe

    ReplyDelete
  6. Wahh dpt kad ni best..ada diskaun lg lau beli brg eh

    ReplyDelete
  7. Tak sabar nak tunggu pelancaran dia..

    ReplyDelete
  8. Kenapa tidak bila ada diskaun dan penjimatan. Hehe. Kena but satu ni..

    ReplyDelete
  9. Akak baru tau pasal kad ni .bila diorang nak official launch ni?

    ReplyDelete
  10. Ramai gak yg baca pasal kad ni.. ni buat tertarik nk buat ni

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!