Thursday, January 25, 2018

Manjakan diri di Aroma Garden Wellness Center, SS2



Aroma Garden Wellness Center, Petaling Jaya | Siapa kata hari ahad kita kena duduk rumah? Hahahaha...ok laa...actually Sally selalu mmg lepak je kat rumah...tapi minggu lepas Sally pergi ke Aroma Garden Wellness Center yang terletak di Petaling Jaya untuk buat rawatan kaki dan tangan.

Kenapa sampai ke Petaling Jaya?

Benda baik memang jauh dari rumah Sally..LOL..takde laa...Sally dengar yang kat sini..rawatan dia menggunakan produk natural yang berasaskan propolis atau madu. Jadinya, sebab nak kepastian betul ke tidak..kita kena la datang dan cuba sendiri..Bila dah sampai, dah kenal produknya..surprisingly, PRODUK DIA MEMANG 100% NATURAL INGREDIENTS okay..Tak percaya?


Awww~ Yumi is so cute! Hahahaha...Selalunya kalau kita cerita pasal natural product, sejauh mana kita yakin yang produk tu betul-betul contains 100% natural ingredients tanpa sebarang bahan kimia?

Bezanya dengan produk daripada Aroma Garden Wellness Center, kita boleh yakin 300% yang tak ada campuran bahan kimia yang berbahaya sebab tahap natural dia sampai kita boleh makan tau! Tak percaya kan? Tapi itulah hakikatnya..Sally sendiri dah cuba rasa dan honestly sedap! Boleh guna buat jam atas roti! Haha


“ONCE” - 100% natural honey base beauty products.


Ini antara produk yang mereka ada...Basically produk mereka untuk kulit; firming, nourishing, serum, mask..you name it..semua benda ada..Ianya sesuai untuk semua jenis kulit dan tidak akan ada masalah radang atau gatal, pedih bila kita guna. Kalau korang nak tau, madu memang baik untuk kulit kita sebab fungsi yang pelbagai.

Madu biasanya digunakan untuk scrub yang berfungsi untuk membuang sel-sel kulit mati secara perlahan sekaligus memberikan nutrisi dan menjaga kelembapan, kelembutan kulit. Madu juga sangat baik untuk menghaluskan kulit, terutamanya kalau korang ada masalah kulit kaki kering dan pecah.

Aroma Garden Wellness Center, konsep spa dalam taman.


Aroma Garden Wellness Center ni konsep dia macam dalam taman..setiap lokasi dalam spa ni sangat buat kira rasa macam sesat dalam hutan..sana sini buat kita rasa selesa dan tenang sangat..ada beberapa bilik yang disediakan mengikut keperluan korang..macam yang kat atas ni untuk leg and foot treatment.


Kat sini ada 10 buah bilik untuk couple (2 pax), ada ruang all-female treatment room dan 5 buah bilik VIP. Selesa tau sebab kerusi dia besar, bilik dia luas dan yang penting sekali dekorasi bilik dia yang buat kita rasa selesa dan tenang.

Baca : Blogger Sunday Gathering – Yumi, Sally and Angie


Antara 8 jenis rawatan yang ada kat sini :
⇝ Basic Facial Treatment
⇝ Signature Anti-Aging Facial
⇝ Acne Facial Treatment
⇝ Bust Lifting Treatment
⇝ Body Lymphatic Detox Treatment
⇝ Body Distress Treatment
⇝ Signature Anti-Aging Body Care
⇝ Foot & Leg Treatment


Foot & Leg treatment, kaki lebih putih dan menghilangkan sel kulit mati.


Apa yang Sally suka pasal treatment ni...

1. Menghilangkan sel kulit mati.
Kalau korang nak tau, kulit hanya hidup selama 28 hari je..lepas tu akan jadi sel kulit mati kalau kita tak bersihkan. Pasal tu kalau boleh, selalulah buat treatment untuk buang sel kulit mati supaya kulit kita dapat bernafas lebih baik..gittew~


2. Putih dan lebih lembut
Satu yang best pasal madu ni, instant whitening...Jangan salah sangka tau, agen pemutih dalam produk ni bukan macam agen pemutih dalam produk lain..sebab madu secara semulajadinya memang antibakteria, dan antioksida yang terkandung pada madu boleh membantu melambatkan penuaan dan membuat jeragat hitam, parut jerawat pada kulit boleh pudar.

3. Kaki jadi kurus
Tak dapat kurus kat tempat lain, kaki kurus pun boleh la kan..haha..macam mana konsep kaki boleh kurus dengan buat rawatan ni? Sebab masa therapist kita letak nourishing mask kat kaki, dia akan buat urutan lembut..Sebab urutan boleh melancarkan peredaran darah dan boleh pecahkan lemak..Sebab tu lepas selesai rawatan korang boleh tgk kaki korang kurang inci.

Lovely Angie & Yumi
Kredit :Aroma Garden Wellness Center

Semua rawatan yang ada kat sini tidak menggunakan sebarang jenis mesin, dan yang paling best sebab tahan lama..korang boleh rasa...sebab walaupun harini dah masuk hari ke 5 Sally buat rawatan ni, kaki Sally masih lagi rasa lembut kaki dan tapak kaki yang kering tu masih lagi lembut, takde pun merekah.

Harga produk dan rawatan kat sini tak terlalu mahal, masih lagi berbaloi untuk korang yang mencari kepuasan. Servis therapist dorang yang berpengalaman, even tanpa bantuan mesin pun boleh mendapatkan outcome yang terbaik!

New baby in the house!


Selain daripada ONCE, ini ada lagi satu produk yang betul-betul baru dilancarkan. EXPOSURE merupakan produk yang sangat sesuai untuk menghilangkan rambut (bulu) secara kekal. Selalu kita dgr hair growth product kan? Haaa...yang ni Hair Reduction Kit. Untuk pengetahuan korang, produk ni dah mula mendapat perhatian dari luar negara, contohnya macam France.

Rambut (bulu) boleh hilang secara kekal dan produk ni juga melambatkan pertumbuhan rambut (bulu)..Hampir 6 bulan dan lebih tau, bergantung kepada kedudukan mana yang korang nak hilangkan tuu. Lagi bagus sebab guna ni tak sakit, takde rasa macam pedih-pedih. Senang je, boleh DIY sendiri je kat rumah.

Aroma Garden Wellness Center (香熏花园)
22, Jalan SS2/67, 47300 Petaling Jaya, Selangor.
Contact: 03-7865 3915
Website: www.aroma.garden
Facebook: Aroma Garden Wellness Center
Business Hours: 10am - 8pm daily

28 comments:

  1. Produk organik macam ni memang bagus kann. Heheh. Syoknyaaa manjakan diri dekat Spa! 😝

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..yang paling best sebab instant result..lepas buat boleh terus nmpk kesan dia!

      Delete
  2. Wah bestnya.. bila dengar kesan dia boleh kuruskan kaki, ni yang teruja ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan! Sally balik tu pun sakan dok belek kaki..hahaha

      Delete
  3. Wow..bestnya pegi spa...produk dy guna natural honey tu... Mest rse xnk kluar dr spa kan... Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg best gila..honey dia tuu mmg purely ingredients..siap boleh makan..mmg xnak blk rasa :P

      Delete
  4. Bestnya Sally. Siap boleh rasa lagi produk dia. Special sangat. Banyak jugak rawatan yg dia sedia. Dahlah interior design lawa. Tenang he rasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan! Sally sendiri teruja gilaaa kot! hahahaha...kan...sally pun suka..especially kerusi dia yg maha lembut tuu!

      Delete
  5. Apesal kerusi urut dia tu nampak macam sangat selesa eh? Haha ni kalau emi mau tertido kat situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sally sendiri teruja gilaaa kot! sally pun suka kerusi dia yg maha lembut tuu!

      Delete
  6. Wah lepas nih boleh buat rawatan kaki plak. ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. selain muka..kaki pun penting kan kak!

      Delete
  7. syoknya dapat manjakan diri dekat spa ni... menarik nampak produk yang digunakan tu... nampak tu perbezaan ketara selepas spa ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..tu yang paling sally suka sebab terus nampak result dia dan tahan lama!

      Delete
  8. wow k.el pun sukalah nak buang sel kulit mati dengan kakiku kurus hahaha..sure lepas buat treatment ni rasa wow..fresh kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat kak! sangat!!! Sally rasa macam nak suruh urut kaki 2-3 jam..hahaha..biar kurus terusssssss

      Delete
  9. seronoknye sesekali membelai wajah kan sis

    ReplyDelete
  10. wah.. dah laka tak memanjakan diri.. yang last pun tahun 2013.. fuh. dah bertahun berlalu...rasa nak juga memanjakan diri kan.. heee jom sally

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...Sally pun kadang-kadang kedekut nak buat rawatan..tapi bila fikir-fikir badan nak guna lama :D

      Delete
  11. Wah, bestnya lelaki boleh juga ye. Ni dekat Selangor je ke ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh sangat! sebab dorang ada therapist lelaki..nak buat facial, massage semua boleh!

      Delete
  12. Selesa nya spa ni..Cantik pulak tu.. Serius boleh makan Sally??

    Sambil2 tunggu rawatan habis boleh la calit2 jilat2 yang kat kaki tu >ahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serius kak! mmg boleh makan..tapi rugi la kalau makan sbb madu ni lagi elok kalau kita pakai..hehehe..eh..mana tauuuu sally makan? LOL

      Delete
  13. Bestnya..bersih kaki macam tu..nak juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang penting sel-sel kulit mati semua dah takde!

      Delete
  14. Bestnya.. rs nk pi spa ni gak lani.. nk rehat2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sally pun kadang-kadang kedekut nak buat rawatan..tapi bila fikir-fikir badan nak guna lama, pejam mata..hulur je badan dan duit :D

      Delete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!