FIESTA MELANCONG MEGA 2 TAWAR PAKEJ PELANCONGAN TERBAIK PADA HARGA MENARIK

8:57:00 PM Sally Samsaiman 6 Comments


Kuala Lumpur, 25 Januari 2018 - selamatbercuti.com, yang diurus dan dimiliki sepenuhnya oleh Wan Vacation Sdn Bhd telah melancarkan Fiesta Melancong Mega 2 (FMM2) yang menawarkan pelbagai pakej pelancongan muslim ke pelbagai destinasi luar negara pada harga yang luar biasa. Pelancaran telah berlangsung di WOWKL Restaurant, Pusat Pelancongan Malaysia, Jalan Ampang telah dihadiri oleh pelanggan setia selamatbercuti.com, wakil wakil syarikat penerbangan serta tetamu kehormat lain.


Acara dwi tahunan yang buat kali kedua dijalankan kini menampilkan 25 pakej terutama ke Eropah, Korea, China, India, Turki dan juga ke Amerika Syarikat. Pelanggan boleh merebut peluang mendapatkan harga paling murah untuk melancong bermula hari ini sehingga 11 Mac 2018 untuk semua perlepasan berkumpulan dari April sehingga Oktober 2018.

Pengarah Urusan Wan Vacation Sdn Bhd, Encik Syazwan Zanini dalam ucapan beliau menggesa para pelanggan untuk merancang percutian mereka dengan lebih awal supaya mereka boleh menikmati harga pakej Early Bird yang ditawarkan oleh selamatbercuti.com di mana penjimatan yang boleh dinikmati ialah sehingga RM900 untuk seorang.

"Pakej kami adalah sesuai Muslim dengan penjagaan waktu solat, makanan sesuai muslim, tour leader berdedikasi dan terlatih, hotel penginapan 3-5 bintang yang selesa. Kami menawarkan semua ini pada harga yang sangat kompetitif tanpa bayaran terselindung", tambah beliau lagi.

Selain daripada itu, warga emas juga boleh menikmati harga yang lebih rendah apabila mereka memilih untuk melancong bersama selamatbercuti.com dengan penjimatan tambahan sehingga RM400. Harga istimewa ini boleh dinikmati oleh semua pelanggan selamatbercuti.com yang berumur sekurang-kurangnya 55 tahun pada tarikh perlepasan.

Antara pakej yang paling mendapat sambutan adalah seperti pakej Pesona Turki Amasya, Syoknya Eropah 4 Negara merangkumi Manchester, Liverpool, London, Amsterdam, Brussels, Paris, pakej Kembara Balkan 6 Negara yang meneroka negara negara Balkan seperti Greece, Macedonia, Albania, Montenegro, Bosnia dan Croatia. Pakej bar uke West Coast USA dijangka akan menjadi pakej sensasi kerana meliputi destinasi seperti Los Angeles, Las Vegas, Grand Canyon dan San Francisco. Pakej ini yang pertama seumpamanya yang diperkenalkan dan disuaipadan untuk pelanggan Muslim.


Selamatbercuti.com juga melancarkan pakej pakej kolaborasi dengan selebriti terkenal tanah air seperti Idayu AF (Pesona Turki Amasya), Hafiz Hamidun (Kembara Balkan 6 Negara), Dayah Bakar (Germany-Swiss-Italy Shopping), Liza Hanim (Permata Turki Antalya), Lan Solo (Jogjakarta), Hazami (Pulau Boracay) bagi memberi peluang kepada peminat peminat setia artis tersebut untuk bercuti dan meluangkan masa dengan lebih dekat dengan idola pujaan mereka.

Maklumat lanjut tentang produk selamatbercuti.com boleh didapati di laman web rasmi mereka di www.selamatbercuti.com atau dengan menghubungi Bahagian Khidmat Pelanggan di talian 03-9132 2884 dan talian bebas tol 1800 18 2884.

You Might Also Like

6 comments:

  1. Wah bagus ada pakej percutian mcm ni. Semua terjaga dari segi solat dna juga makanan halal kan Sally

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak..musafir lagi berkat doanya..senang diterima :D

      Delete
  2. wah
    boleh usha2 nanti tengok harga ditawarkan

    ReplyDelete
  3. insyaallah - ikut trip selamatbercuti.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Delimasari akan ada tour dengan mereka?

      Delete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!