Makanan Laut Segar di Jagalchi Market, Busan.

8:39:00 PM Sally Samsaiman 6 Comments


Busan dan laut memang tak dapat dipisahkan...bandar kedua terbesar di Korea Selatan ni merupakan syurga dunia untuk makanan laut...yang segar, kerana berdekatan dengan laut...Sebelum ni Sally pernah jugak cerita pasal pasar ni masa Sally datang ke Busan untuk kali pertama, boleh baca dalam entri Travelogue Korea : Jagalchi Market (자갈치시장), Busan.


Sebenarnya, selain daripada menjual makanan laut yang segar, pasar ni juga merupakan antara tarikan pelancong sebabnya ramai yang prefer untuk makan terus kat sini...walaupun makanan dalam pasar, tapi masakan dorang memang superb!

Disebabkan Sally tak dapat nak recall kedai yang pernah Sally kunjungi masa tahun 2014, jadinya Sally ambil keputusan untuk cuba makan kat kedai lain...sedap ke tak sedap ke, tawakal jela!


Macam biasa...kalau makan seafood mmg Sally akan order Spicy Seafood Stew (Haemultang) sebab yang ni je yang paling yakin dan paling senang nak order...sebab selalunya tokey kedai jarang la boleh berbahasa Inggeris, dan Sally dah mmg sah-sah la tak reti nak bercakap dialek hangul kan...takat basic tu boleh laa tapi yang lain hampeh...

Pilihan seafood selalunya ditentukan oleh kedai kalau untuk haemultang...berdasarkan kepada apa yang ada di kedai mereka laa...macam yang korang nampak, kali ni rezeki Sally lebih kepada udang, kupang, ketam dan timun laut. Biasanya based kuah dia akan menggunakan gochujang atau red pepper flakes.


Antara banchan (side dish) yang disediakan.


Nakji Bokkeum ni pilihan kedua kalau korang tak nak makan haemultang...Nakji Bokkeum atau Stir fried octopus ni based dia macam tteokbokki cumanya ada banyak sayuran la...kalau tak suka octopus, boleh jugak pilih sotong yang biasa, Spicy Squid Stir Fry (Ojingeo Bokkeum 오징어볶음)..

Total makanan bertiga KRW 63,000 (RM 252)...mmg dah jangka mahal sebab makan seafood kan...lagi-lagi kita ni orang luar kan..hahahahaha...Sekali sekala boleh la makan seafood, kalau hari-hari duduk sini makan seafood...deritanya jiwa dan raga!

Untuk ke Jagalchi Market:
1. Take (Busan Subway, Line 1) and get off at Jagalchi Station, Exit 10.
2. Turn right onto Jagalchi 3 (sam)-gil Street.
3. Walk for 5min, then turn left to arrived at Jagalchi Market.

6 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!