Kronologi Sally nak sampai ke Busan dari Seoul.

8:51:00 AM Sally Samsaiman 8 Comments


Hai korang!

Alhamdulillah...Sally dah selamat tiba ke Busan...dah penat bekerja kat Seoul, ni nak membawa diri ke Busan la kejap..Hehehe...jangan risau...Sally tak lama pun kat sini nanti nak balik dah Malaysia dah...Tapi saje nak share dengan korang...kronologi Sally nak sampai ke Busan ni macam-macam masalah yang timbul...nasib baik la semuanya dah selesai...

KRONOLOGI 1
Tiket ni awal-awal dah bermasalah...nak beli online tapi tak boleh nak buat online banking...Sally tak dapat nak terima TAC number nak buat transaction jadinya kena la ke Seoul Station untuk beli tiket.

KRONOLOGI 2
Keesokkan harinya, train pukul 11.05am...tapi entah laa...sepanjang pagi tu macam-macam jadi...dah la Dayah dengan Kak Paridah mmg dah shopping tak ingat dunia...sampai masing-masing nak menarik beg pun dah mengah...hahahaha...


Naik teksi dengan harapan dapat sampai awal tapi Ya Allah, pak cik tu bawak 20km/j okay...gila punya slow...Sally rasa kalau naik tren pun sampai dulu daripada naik teksi...So, sampai kat station pukul 11.16am...

KRONOLOGI 3
Dah mmg burn la tiket kan...tapi cuba jugak la pergi kaunter...so, instead of beli yang baru...boleh tukar time tapi kena bayar penalti sikit laa...jadinya jimat jugak laa...So, sepatutnya naik pukul 11.05am bertukar la jadi pukul 2.25pm..Mereput la kat station beberapa jam.

KRONOLOGI 4
Sampai ke Busan Station, tak tau macam mana nak g hostel...hahahaha...dah malam ni macam blur sikit...suddenly hostel email, bagitau kalau tak sampai sebelum pukul 9pm kiranya "no show"...By time jam kat tangan ada lagi sejam je nak pukul 9pm...Menggelabah la nak msg, email, DM, PM dorang bagitau kami dah OTW..Nasib baik jugak la settle semua masalah...

KRONOLOGI 5
Selamat sampai ke hostel selepas pening mencari lokasi...Nasib baik ada one couple yang tolong kami sampai laaa nak ke hostel tuu...dah la jalan gelap...risau jugak nak berjalan sebenarnya...Sampai terus check in dan pergi GS25 (convenience store), untuk makan ramen.


Tapi alhamdulillah...semuanya dah selamat dan Sally pun dah selamat tiba pun kat Busan...lepas ni nak jalan-jalan kat sekitar bandar Busan dan tgk apa yang menarik yang ada kat sini selain daripada pantai...Doakan Sally baik-baik aje kat sini yer :)

8 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!