Mee Bodoh @ Mee Goreng Pak Hassan, Tengkera

6:31:00 PM Sally Samsaiman 8 Comments


Sally rasa ramai dah dengar dah tau pasal mee ni...jangan terkejut kenapa ekstrem sangat nama mee ni...Mee Bodoh @ Mee Goreng Pak Hassan ni Sally cuba masa ke Melaka dulu...kedai dia warung je tapi mmg ramai betul orang nak cuba mee ni...


Mee goreng ni dipanggil mee bodoh sebab ianya datang tanpa rencah...maksudnya mee ni digoreng kosong je tanpa rencah laa...mmg totally mee dan taugeh sedikit...tapi yang membuatkan mee ni sedap sebab rencah lain yang ditambah sekali...macam yang korang nampak...ade timun, sambal dan telur mata kerbau...campur semua sekali, letak kicap letak cuka sikit...perghhh...mmg marvelous la makan!


Nak makan kat sini korang kena awal tau sebab selalunya kedai ni kejap je dah habis dan kena tabah sikit la sebab korang kena tunggu meja baru boleh makan...cara nak makan kat sini pun tak susah...kalau korang just nak makan mee je tanpa rencah telur goreng tu...korang duduk je dan pelayan dia akan datang hantar mee tu dekat korang...dan kalau nak telur, just beratur je dan amik telur tuu...senang je kan?


Haaa...yang ni pulak kicap dan cuka Melaka...mmg dibuat khas di Melaka...sambil makan mee tu kalau rasa nak ummmphh sikit...boleh tambah kicap dan cuka ni sikit...tapi kalau perut korang agak-agak tak kuat...skip la cuka tu...Kedai ni bukak pagi je tau...hahaha!


Harga dia murah je...kalau tak silap Sally dalam RM2.00 je dah boleh makan menu breakfast macam ni...sedap dan murah...tapi kalau korang jenis menjaga kesihatan...Sally sarankan korang makan mee ni dan lepas tu jangan makan setahun...hahahaha...sebab minyak dia mmg sangat banyak..hehehe...

Kalau korang nak cuba menu lain, Sally suggest korang cuba makan nasi lemak dorang jugak...itu sedap jugak...dan iye laa...mmg nasi lemak pun tak sihat...hahahaha...So, kalau korang ada kat area Melaka atau Tengkera...boleh la cuba tau...korang ada yang pernah cuba makan Mee Bodoh ni?

Kedai Mee Goreng Hassan
Jalan Tengkera (berdekatan dengan Methodist Girl School)
GPS Coordinates: N2 12.183 E102 14.097
Masa operasi: 8am sampai habis (Jumaat tutup)


8 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!