Korea Musim Luruh 2016 - Nami Island

10:08:00 AM Sally Samsaiman 11 Comments



Kalau ke Seoul, rasanya tak lengkap kalau tak ke Nami Island. Nami Island merupakan sebuah pulau kecil yang terbentuk daripada pembinaan Empangan Cheongpyeong.

Nami Island terletak 63 km dari Seoul ke arah Chuncheon, dan terkenal dengan kawasan jalan yang dibarisi pokok yang indah. Pulau ini adalah 30 minit dari Chuncheondan satu jam perjalanan dari pinggir bandar Seoul. Kalau naik tren, ambik yang transit akan makan masa sejam jugak tapi kalau ambik yang ekspress, dalam 45 minit pun dah boleh sampai...Sally selalu ambik yang transit sebab kedekut..hahahahaha...



Sally sebenarnya suka jalan-jalan tengok kawasan..hehehehe...kat sini korang boleh pilih nak berbasikal, berjalan, atau naik train kecil yang akan bawak kita pusing satu Nami Island ni...hehehe...tapi kali ni Sally berjalan je sebab kejar masa dan sebba terlalu sejuk....

Lagi satu kalau nak datang Sally sarankan korang bergerak pagi sebab kalau naik tren, makan masa nak sampai ke stesen Gapyeong, dan kalau korang pandai bajet masa...boleh terus ke Petite France, sebab dekat je pun dengan Pulau Nami ni...So, nanti jimat sikit masa...63 km naik subway serius jauh..hahahaha


Selain daripada tuu, korang pun boleh cuba Nami Skyline ZipWire ZipRider kalau korang sukakan aktiviti lasak...sambil berjalan tu boleh la tengok sekitar Nami Island daripada atas...Jangan lupa sediakan duit lebih sikit kalau nak cuba naik ZipWire ni...

Overall, kalau korang ni scenery person, Nami Island mmg perlu korang lawati...tempat dia sangat cantik dan mmg akan buat korang terpukau...jangan risau kat dalam ni ada restaurant Halal dan jugak Musola utk kegunaan Muslim...So, walaupun jauh, masih lagi boleh solat dalam keadaan yang selesa.

Pulau Nami (Nami Island / Naminara Republic)

11 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!