Tayangan MyHalal TV1 - Menu Antarabangsa

4:20:00 PM Sally Samsaiman 6 Comments


Penghujung Januari yang lepas, Sally terima panggilan untuk menjadi salah seorang panel untuk program bual bicara, MyHalal, dengan kerjasama JAKIM dan RTM. Kalau belum baca, boleh la jengah entri Sally sebagai tetamu jemputan untuk program MyHalal JAKIM x RTM.

Akhirnya selepas 3 minggu, episode Sally dengan tajuk "Menu Antarabangsa" akan ditayangkan pada 15 Februari 2017 hari Rabu, 6.30pm di TV1. Hehe...walaupun la Sally agak merapu je jawab soalan, sudi-sudi la tengok tau nanti...

Info Program MyHalal JAKIM x RTM


MyHalal merupakan program terbaru kerjasama RTM dan JAKIM untuk memberikan info tepat lagi benar berkaitan dengan segala perkara yang membabitkan status HALAL dan peranan JAKIM. Episod yang ada Sally sebagai tetamu jemputan ni membawa tajuk "Menu Antarabangsa"

Maklumat lanjut boleh tengok kat page MyHalal TV1.

Rancangan MyHalal JAKIM x RTM ini bersiaran setiap hari Rabu di saluran TV1 jam 6:30 petang.

p/s : Kalau tak dapat tgk secara live..boleh tgk ulangan kat myklik.rtm.gov.my :)

6 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Korea Musim Luruh 2016 - Namsan Tower

9:00:00 AM Sally Samsaiman 8 Comments



Walaupun kali kedua ke sini, Namsan Tower takkan pernah boleh buat Sally tak terpegun dengan kawasan sekitarnya...N Seoul Tower @ Namsan Tower setinggi 236.7m terletak di atas Gunung Namsan, menawarkan pemandangan panorama bandar Seoul dan kawasan sekitarnya. Walaupun sudah berusia hampir tiga puluh tahun, namun menara ni masih lagi tegak berdiri megah sebagai salah satu mercu tanda bandar Seoul!



Menara ni mmg terkenal dikalangan pelancong...lagi-lagi pasangan kekasih yang nak cinta mereka kekal lama...kenapa..?


Untuk pasangan kekasih sebab mereka nak letakkan tanda cinta mereka, macam biasa la...kuncikan mangga yang tertulis nama kita dan pasangan kemudian buang la kunci dia supaya takde halangan lagi dalam hubungan kita...

Terlalu cliche..?

Tak apa la...sebagai kenangan...Sally letak jugak padlock kat sini...dengan janji yang Sally akan kembali kesini lagi...InsyaAllah!



Macam mana nak kesana, ada 4 pilihan :

BAS, CABLE CAR, KERETA & BAS SEOUL CITY TOUR

Mana nak dapat or macam mana nak naik, korang boleh check kat laman web rasmi N Seoul Tower.

http://www.nseoultower.co.kr

8 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Korea Musim Luruh 2016 - Mencari makan di Myeongdong.

12:09:00 AM Sally Samsaiman 2 Comments



Huihh! Lama betul nak sambung cerita..hahahaha...daripada Autumn dah bertukar ke Winter dan dah nak masuk musim Spring, tapi baru la nak menyambung ni haaa...kalau nak baca entri yang sebelum ni boleh tengok kat:

Korea Musim Luruh 2016 - Yellow Cafe di Dongdaemun Market
Korea Musim Luruh 2016 - Apa yang menarik sekitar Dongdaemun Market?

Sebenarnya mencari makan kat Korea bukannya benda yang susah...ada je makanan yang boleh dimakan walaupun bukannya berstatus halal tapi jangan salah faham pulak...bukan semua benda yang kita nampak tu boleh makan...You're what you eat...

Gyeranppang




Kalau korang pernah baca entri 10 street food yang kita boleh cuba di Korea - Muslim choice!, korang mesti dah agak familiar dengan makanan yang ada kat Korea...atau dalam kata mudahnya, street food la..Ada beberapa makanan yang Sally jumpa yang belum pernah Sally cuba makan sebelum ni, contohnya macam Hodugwaja...Sebenarnya makanan-makanan ni ada je yang actually sama dengan makanan kat Malaysia, bukan nama dia ada perbezaan laa...


Street food dekat Myeongdong selalunya agak mahal berbanding dengan kawasan yang lain...Kalau Sally, prefer makan kat kawasan yang lain selain daripada Myeongdong...hahahaha...kalau dah kedekut tu...beza KRW 1000 pun boleh jadi punca! Hahahaha...Jangan lupa singgah Korean Dessert Cafe Sulbing, Myeongdong.

2 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!