Review GT-888 daripada GT Mobile.

12:25:00 PM Sally Samsaiman 8 Comments


Zaman sekarang ni mmg dah biasa sangat ada smartphone kan...Selain daripada memudahkan perjalanan kehidupan seharian, smartphone pun penting sebagai alat penghubung setiap hari..Mungkin korang jarang atau tak pernah dengar dengan GT Mobile.


GT Mobile merupakan sebuah produk yang dihasilkan di Singapura dan produk ni disiapkan 100% di Singapura dan kini mencuba nasib untuk masuk kedalam pasaran Malaysia. Buat masa ini GT Mobile telah menghasilkan 3 model telefon pintar iaitu GT-888, GT-886 dan GT-883.


Smartphone terbaru keluaran GT Mobile:
→ Menggunakan operasi sistem Android Lollipop 5.1.
→ Dikuasakan oleh 64bit Quad core 1.0GHz
→ 2GB RAM + 16GB ROM, sokongan MicroSD sehingga 64GB
→ Paparan skrin 5.5 inchi.
→ Kamera hadapan 5MP dan kamera belakang 8MP.
→ Hadir dengan dua pilihan warna iaitu Metal Grey dan Silk White.


Smartphone ni ada dual sim dan jugak satu slot untuk letak memory card..Harga bermula SG$368 untuk 1GB RAM dan SG$398 untuk 2GB RAM.

Pro :
1. Gambar setanding dengan telefon lain, pada bahagian yang terang.
2. Skrin lebar dan sesuai untuk mereka yang memerlukan paparan yang luas.
3. Bateri tahan lama dan cepat dicas.
4. Fungsi HotKnot memudahkan share foto, muzik dan fail dengan hanya perlu menyentuh skrin antara dua smartphone, dengan WiFi

Cons :
1. RAM 2GB..hmmm
2. Pemilihan aksesori agak terhad
3. Kualiti video agak terhad dan tidak sesuai utk video HD

Untuk maklumat lanjut pasal smartphone ni...Korang boleh check out kat gtmobile.sg/gt-888

8 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Bonsai Art Performance dengan Bonsai Master - Masashi Hirao

9:12:00 AM Sally Samsaiman 1 Comments


Sejak-sejak dah terpesong dari blogger ke vlogger, Sally selalu jugak la cari-cari video Youtubers yang selalu buat vlog dan nak tgk macam mana nak mantapkan vlog Sally sendiri...Kebetulan masa scroll tu, Sally jumpa satu Youtubers Indonesia, Raditya Dika..Sally tak tau la whether korang tau ke tak dengan dia, tapi dia ni agak famous jugak kat Indonesia tau!

Video yang Sally tgk tu pasal "BONSAI"...


Bonsai sebenarnya agak tidak popular dalam kalangan rakyat Malaysia, tapi sebenarnya sangat popular di Jepun...Bonsai tu sendiri diambil daripada perkataan Jepun, penzai. Makna Bonsai; bon : pot dangkal, dan sai : penanaman atau penanaman tanaman pada pot dangkal. Pada tahun 1914 di Tokyo, telah diadakan pameran bonsai yang pertama. Hal ini bertujuan untuk menarik perhatian masyarakat terhadap seni bonsai.


Idealisme dan falsafah tentang bonsai telah banyak berubah. Bagi masyarakat Jepun, Bonsai merupakan perpaduan dari kepercayaan kuno yang kuat dengan falsafah timur yang merupakan keselarasan antara manusia, jiwa dan alam. Dalam video Raditya Dika, dia ada cerita pasal bonsai dan jugak Bonsai Master yang terkenal kat Jepun, Masashi Hirao...


Jujur cakap laa...Mmg Sally bukan orang yang minat pada seni, tapi lepas tgk video Raditya Dika, Sally pun buat kajian sikit la pasal Masashi Hirao. Beliau tamat pengajian daripada Kyoto Sangyo University, Major dalam Economics dan bermula tahun 2003 dia dah jadi anak murid kepada Saburo Kato.

Dalam tahun yang sama jugak, beliau dilantik sebagai "Japan Cultural Envoy" oleh Agency for Cultural Affairs, dan telah menjelajah 11 buah negara dalam tempoh 4 bulan untuk memberikan pendedahan lebih luas lagi tentang nilai estetika pokok Bonsai.

Beliau selalu buat workshop di sekitar Jepun dan luar daripada Jepun, tempat dia selalunya kat tepi jalan, bar, club...supaya lebih ramai yang tahu dan kenal dengan Bonsai ni..Selalunya workshop dia akan ambil masa 2-3 jam, dan paling lama 2 hari...Kalau korang dah sedia maklum, Bonsai ni pohon yang agak sensitif dan susah nak jaga..


Bila Sally scroll lagi kat YouTube, rupanya Bonsai Master - Masashi Hirao pernah datang kat Malaysia, atau spesifiknya kat Penang tahun lepas...Mmg unexpected betul...Rupanya masih ramai lagi peminat Bonsai ni kat dunia, termasuklah kat Malaysia.


Jangan risau kalau korang tak sempat nak tengok sebabnya TV1 akan adakan siaran untuk program dengan Bonsai Master - Masashi Hirao dekat TV...Weh, gila excited kot masa awal-awal Sally tau pasal ni...tengok video dia sekejap pun macam dah teruja...Muda-muda lagi kot dah jadi Master!


Yang ni hasil masa Bonsai Art Performance kat Penang tahun lepas...Bayangkan daripada awal sampai habis dia buat depan mata korang...kalau mereka yang minat tumbuhan dan Bonsai terutamanya, mesti excited tengok dia buat live performance kan?

Ok laa...kepada korang yang nak tgk jugak, boleh la duduk depan RTM1 「BONSAI & DUNIA」 pada 11th, 18th, 24th dan 25th Februari pukul 2-3pm.

Bonsai Master - Masashi Hirao
(https://www.youtube.com/channel/UCjfzm8X6_M0PYWn6cIcfKfw)

1 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!