Outlet ketiga Street Churros di Berjaya Times Square.

1:07:00 PM Sally Samsaiman 3 Comments


Street Churros, Berjaya Times Square | Beberapa hari lepas Sally tulis pasal Jelajah semua Street Churros kat Malaysia, Sally dapat invitation lagi sekali untuk food review kat Street Churros...Believe me, I won't ever say NO! Hahaha!

Street Churros, IOI City Mall, Putrajaya


Street Churros tak pernah menghampakan Sally...kali ni Sally ke outlet ketiga mereka yang terletak di Berjaya Times Square...Seperti outlet mereka yang lain-lain, Street Churros sentiasa mendapat perhatian daripada peminat street food, tak kisah la daripada mana pun ianya datang...


Kali kedua Sally jumpa dengan bos Street Churros; Dato' Joe Tan, Sally agak terkejut sebab dia kenal dan tau Sally ada tulis pasal Street Churros dalam blog...dia siap tanya bila nak ke outlet ke-4 mereka kat Sky Avenue Mall, Genting Highlands...Hehehe..tapi jangan terkejut kalau satu hari nanti Sally sampai ke sana tau...Haa! Lagi satu, untuk peminat churros ni yang selalu lepak kat IKEA Cheras tu, nanti akan ada satu lagi outlet akan dibuka kat mall sana pada bulan March 2017..nantikan tau!

Okay, cukuplah mukadimah penghargaan tuu...sekarang Sally nak cerita dengan korang pasal churros yang ada kat Street Churros ni...Kalau korang nak tau, bahan-bahan yang digunakan semuanya dibawa daripada Korea...Jadinya kalau korang makan churros kat sini dan kat Korea, rasanya akan sama...


CHURROS : RM4.90
DIP : RM1.50/flavor (Chocolate, Cream Cheese, Strawberry, Blueberry & Butterscotch)

Original Churros...Churros ni datang dengan 3 perasa; coklat, cinnamon dan cheese...Macam biasa la Sally punya favorite harusnya Cinnamon la kan...Sally mmg suka churros dengan gaya tradisi...kalau korang rasa macam tak cukup dengan perasa yang ada...boleh beli tambahan dip tu..


FILLING-CHU : RM7.90

'Filling-chu' ni merupakan churros yang mempunya inti kat tengah dia...macam yang korang nampak tu...Ada 3 perasa tau korang boleh cuba; coklat, kastad dan creame cheese...Sedap pada Sally mestilah kastad tu, tapi creame cheese pun sedap...Sally tak prefer coklat sebab macam manis sangat..hihi




ICE-CREAM CHURROS : RM 7.90 - RM 8.90

Yang ini pulak kalau korang jenis suka sesuatu yang panas dimakan dengan aiskrim, menu ni didatangkan dengan churros dan juga aiskrim vanila..toping dia korang boleh pilih sama ada nak Choco Choco, Choco Berry dan Mango, atau pun boleh je ambik Plain Vanilla kalau korang nak...Sesuai sangat kalau nak bg anak-anak makan..hihi


O'MY MANGO & O'MY COCONUT (RM 9.90)

Yang ni menu baru...Sally pun tak pernah cuba lagi, haritu la first time Sally cuba...mmg sedap tau dua-dua ni..O'MY ni range untuk shake...So, kalau korang suka milkshake, this one is for you! :)


ADE : LEMON, PASSION FRUITS & KOREAN CITRON (RM 7.90)

Kalau nak cari sesuatu yang fresh, boleh la cuba yang ni...Korea mmg terkenal dengan Citron...so, yang Korean Citron tu kena cuba tau!

Selain daripada ADE, Shake...Korang boleh jugak cuba menu yang lain, macam Latte range, Caramel Mocchiato, Spanish latte and non-coffee range macam Chocolate, Greentea dan Milk Tea...Range harga hanya daripada RM 7.90 - 9.90



Ok laa...kalau korang berada berdekatan dengan IOI Putrajaya, One Utama, Berjaya Times Square atau Sky Avenue Mall, Genting Highlands..Jangan lupa singgah tau!

STREET CHURROS
Lot LG-36, Lower Ground Floor Central, Berjaya Times Square
IG : @STREETCHURROSMY
FB : STREETCHURROSMY

3 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!