Hidangan seafood segar kat Crab Factory, SS2 Petaling Jaya.

11:46:00 PM Sally Samsaiman 3 Comments




Seafood!

Makan seafood ni kalau tak kena yang fresh...mmg buat spoil mood tapi kalau kat Crab Factory, korang takkan rasa kecewa laa senang kata...



Beberapa minggu lepas, Sally ke Crab Factory...sebab nak makan seafood yang mmg fresh dan sedap...Kat Crab Factory ni mmg sesuai la untuk peminat ketam...Korang boleh la pilih macam-macam ketam ada...Meat Crab, Brown Crab ataupun King Crab...pilih je yang mana jadi kegemaran korang...

Crab Factory ada dua outlet dalam Malaysia ni...satunya yang Sally pergi ni kat SS2, Petaling Jaya dan lagi satu ada kat Crab Hut @ Shaftsbury Square, Cyberjaya.



Cajun Fried Chicken Wings
Menu ni walaupun bukan la sejenis seafood...tapi mmg sedap tau...crunchy dan yang penting sekali pedas! Hahahaha...Sila la makan dengan penuh kegembiraan okay, sape yang tak suka ayam?
Ish..ish..ish!



Seafood Set Meat Crab (RM175)
Set ni sesuai untuk 2-3 orang makan...mmg takkan habis la makan sorang-sorang walaupun sedap...hahahaha...untuk sos dia korang boleh pilih dalam 4 tahap kepedasan (Mild, Medium, O'ly Crab, and Death Valley), yang Sally makan ni cuma medium...which is second level of spiciness..untuk set ni selain daripada Meat Crab, ada juga scallop, mussel, yabbies, baby octopus dan additional jagung, kentang.

Kalau takut tak kenyang jugak, makan sekali dengan shallot rice tuu.. :)



Mussel and Yabbies in Garlic Butter
Siapa peminat kupang, menu ni mmg kena rasa...yela..mana lagi nak cari kupang yang besar dan fresh macam ni kan? Kalau ada pun frozen je selalunya tapi yang ni bukan okay?
Rasa bawang putih dia tu mmg sebati dalam setiap sisi isi kupang...peminat yabbies pun mesti suka nampak kan?



Jumbo Japanese Sweet Prawn in Creamy Lemak (with additional sausages)
Haaa! Yang ni menu terbaru yang ada kat sini...masak lemak cili padi dia mmg kaw dan superb la weh...kalau dapat makan dengan nasi ni...mmg feeling habis! Kalau yang mana gila dengan udang tu...menu ni mmg kena sangat la dengan korang...udang besar, manis pulak tuu...aishh!



Fried Mini Mantao
Kalau rasa tak nak makan nasi tapi nak meratah kuah yang sedap-sedap tu, order je mantao ni...
p/s : Makan sebekas pun tak cukup! Hihihi



Spicy Plum Prawns
Masam? Manis? Pedas?
Haaa...macam tu la rasa udang ni tau...Manis tu datang daripada udang tu sendiri...pedas dan ada masam-masam sikit...sedap kalau makan panas-panas...

Selain daripada makanan laut, korang boleh juga pilih menu lain kalau nak tambah dalam masakan tu...contohnya macam corn corb, mushroom, sosej, kentang dan macam-macam lagi.



Kalau korang nak makan seafood, yang penting sekali yang fresh dan sedap...boleh la ke Crab Factory atau Crab Hut...Sally confirm korang takkan kecewa dengan semua menu kat sini :)

So, Let's Get Craking guys!

CRAB FACTORY
21, Jalan SS2/64, 47300 Petaling Jaya, Selangor.
WEBSITE | INSTAGRAM | FACEBOOK

3 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!