Sedap sangat ke Jus Origina dan Chocojoy Chocolate Milk?

4:22:00 PM Sally Samsaiman 5 Comments


Zaman masa keluar jenama Ribena mobil, rasa excited...yela...sebab tak payah nak simpan botol...hahahaha...nampak sangat bukan NATURE person!

Terbaru ni Sally jumpa pulak air dalam bentul mobil macam Ribena...Jus Origina dan Chocojoy Chocolate Milk. Sebenarnya air ni keluaran daripada PS Food & Beverage, yang mana merupakan sebuah syarikat baru yang bertapak di Malaysia.


Disebabkan Sally ni agak minat dengan teh. jadinya Sally nak kongsikan dengan korang pasal pilihan teh yang ada, antaranya:

1. Black Tea dengan Epal
2. Black Tea dengan Lemon
3. Green Tea dengan Peach
4. Green Tea dengan Delima

Rasa dia segar dan mmg sesuai dan sedap kalau minum masa sejuk..hihihi...Pek teh ni didatangkan dalam saiz 220ml dengan harga RM2.49

Selain daripada teh, ada juga produk minuman berkhasiat yang lain seperti Minuman Pinnacle Isotonik untuk memberi tenaga tambahan. Ada perasa Lemon, Limau Tangerin, Berry, dan Vanilla Berry.


Jus Origina ni didatangkan dalam pelbagai jenis perasa seperti Jus Blackcurrant, Jus Epal dan Jus Delima...Mmg rasa macam jus yang sebenar bukan cordial tau...ianya didatangkan dalam pek mobil 100ml, senang nak bawak dan takde la berat nak angkut...sesuai jugak untuk buat bento untuk anak-anak ke sekolah atau untuk pergi beriadah.

Sally suka Jus Epal, sebab dia rasa sebiji macam kita makan buah Epal Fuji...manis manis pahit sikit tapi tetap sesuai untuk semua peringkat umur...pek 100ml pulak, tak puas rasanya!

Jus Origina - Epal, Delima, Blackcurrant (RM1)


Haaa! Yang ni Sally yakin korang mesti suka...susu coklat...Chocojoy ni mmg sedap tauu...rasa lemak dia...Chocojoy ialah minuman susu coklat yang mengandungi vitamin A yang boleh mencegah kanser, mengurangkan risiko rabun malam, membantu untuk membina otot kanak-kanak, dan juga membantu masalah kulit kering dan bermasalah.

Bukan sahaja mengandungi vitamin A, tapi ada vitamin B1, B2, D dan Kalsium! Kalau nak buat breakfast on-the-go pun sangat sesuai...minum masa sejuk-sejuk, kenyang untuk seketika!

Pek Chocojoy datang dalam saiz besar...RM2.69 sahaja..berbaloi kan?

Haa! Mesti nak tau kat mana nak dapatkan kan...Kebanyakan produk ini dihantar ke koperasi sekolah di sekitar Lembah Klang, Kelantan dan Terengganu namun masih juga boleh didapati di Pasaraya Matahari di USJ 19 City Mall dan di kebanyakan pasaraya AEON di seluruh negara (stor terpilih sahaja).

Kalau yang berminat nak menjadi stokis atau pengedar, boleh la juga ambil peluang ni sama..boleh terus hubungi 03-5519 5700 atau emailkan pertanyaan kepada info@psfood.com.my

Website: www.origina2u.com
Facebook: Origina Jus
Instagram: @originajus & @chocojoymy

5 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!