4 Variasi ROMANO Deodorant Spray.

2:00:00 PM Sally Samsaiman 2 Comments


Sekarang ni zaman lelaki dan perempuan mmg menjaga penampilan diri...Kalau dulu banyak barangan perempuan, tapi zaman pun dah berubah...Lelaki pun sekarang banyak pilihan...Terbaru ni ROMANO kembali dengan ROMANO Deodorant Spray, dengan formula sinergistik yang diperbaharui berserta haruman maskulin berpanjangan.

ROMANO Deodorant Spray diformulai dengan formula cepat kering dan mampu memberikan kesegaran 24 jam, dengan kandungan antibakteria, ia melindungi lelaki daripada bakteria dan menghalang pembentukan bau badan yang mampu menggugat keyakinan.

ROMANO Deodorant Spray juga kini lebih berkesan dengan peningkatan 20% tahap kekuatan harumannya dan didatangkan dalam empat jenis wangian mengikut keseusaian gaya lelaki.



4 Variasi ROMANO Deodorant Spray.

ROMANO Metro Pulse dimulakan dengan adunan Citrusy dan Aqueous yang menyegarkan, dicampur bersama Pudina dan Sage yang menyamankan serta diakhiri dengan kehangantan Woody. Segar dan provokatif, haruman ini sempuran untuk lelaki urban yang bersemangat tinggi.

ROMANO Prestige menyaksikan keindahan campuran Black Pepper dengan Citrus yang dijalinkan bersama kemewahan Lavender dan Sage serta didasari bauan Amber Woody.Tarikan utama haruman ini adalah sesn akuatiknya yang menggoda menjadikan ia wangian mewah kepada lelaki sofistikated dan berpengaruh.

ROMANO Classic berteraskan wangian Woody hasil adunan minyak daripada pokok nilam dan cendana. Esen tumbuhan aromatiknya pula memberikan kesegrana dengan sedikit adunan Citrus serta Spices. Kehangatan esen-esen tersembunyi kemudiannya membentuk wangian ini sebagai satu epitome terhadap ciri versatil. Ia dicipta untuk lelaki perkasa moden dengan tarikan yang merentas zaman.

ROMANO Urbane Attitude difokuskan terhadap kesegaran haruman Fougére daripada Lavender bersama percikan Bergamot dan perahan Lemon. Esen buah-buahan eksotik seperti Nanas dan Cassis menambah sentuhan berkarisma manakala esen sensual kesturi dan Woody menyepurnakan haruman dinamik ini. Paling sesuai untuk lelaki urban bergaya dengan personality yang menyerlah.

ROMANO Deodorant Spray 150ml dijual pada harga RM14.90 dan boleh didapati di semua farmasi dan pasaraya terkemuka seluruh Malaysia.

2 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Jelajah semua Street Churros kat Malaysia.

9:06:00 AM Sally Samsaiman 10 Comments



Kalau korang ingat, dalam bulan Ogos 2016 yang lepas...Sally ada review pasal Street Churros yang pertama kali dibuka di Malaysia...Walaupun churros bukannya makanan asli daripada Korea, tapi Street Churros ni mmg datang daripada Korea. Kalau korang nak tau, bahan-bahan yang digunakan semuanya dibawa daripada Korea...Jadinya kalau korang makan churros kat sini dan kat Korea, rasanya akan sama...


Buat masa ni ada 3 branch yang dah dibuka kat Malaysia...Bermula daripada IOI Putrajaya, One Utama dan terbaru ni kat Berjaya Times Square...yang kelakarnya sebab Sally gagah pergi kesemua branch tau...hahahaha...dan setiap kali Sally ke branch Street Churros, partner Sally sentiasa ada Hidayah ni haaa...kelakar jugak rasa tapi tu la hakikatnya...Untuk branch yang keempat, kalau tak silap Sally akan dibuka kat Sky Avenue Mall, Genting Highlands...Gasak la nak kena ke Genting pulak lepas ni kalau nak complete jelajah Sally..haha!


Churros yang biasa datang 3 perasa; coklat, cinnamon dan cheese...Macam biasa la Sally punya favorite harusnya Cinnamon la kan...Harga serendah RM4.90 korang dah boleh dapat churros yang panas dan sedap ni tau...Jangan lupa cuba jugak "Filling-Chu"....'Filling-chu' ni merupakan churros yang mempunya inti kat tengah dia...macam yang korang nampak tu...itu perisa kastard kalau tak silap Sally...

Ok laa...kalau korang berada berdekatan dengan IOI Putrajaya, One Utama atau Berjaya Times Square..Jangan lupa singgah tau!

STREET CHURROS
IG : @STREETCHURROSMY
FB : STREETCHURROSMY

10 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!