Kafe Vietnam Express, Berjaya Times Square

11:30:00 AM Sally Samsaiman 13 Comments


Kafe Vietnam Express, Berjaya Times Square | Daripada Korea, beralih pulak ke Vietnam sekejap..hahaha...Sebenarnya takde la plan nak makan kat kedai ni...tapi kebetulan masa tu perut dah lapar...Cadangnya nak makan kat Boat Noodle, tapi penuh pulak...siap beratur bukan main panjang lagi...jadinya daripada nak buang masa kat situ...baik makan je kat kedai lain...


Kafe ni menyediakan makanan dan resepi asli makanan daripada negara Vietnam...Disebabkan tetiba rindu nak minum kopi ais Vietnam, jadinya masuk jugak walaupun tak tau nak makan apa...Harga makanan kat sini standard laa...tidak terlalu mahal tapi tak jugak murah...sedang-sedang je...


Pho Bo

Makanan Vietnam pertama yang Sally pernah cuba, Pho Bo...Jadinya mmg dah biasa la makan menu ni je setiap masa...Pho Bo ni merupakan kuey teow sup...sup nya pulak selalunya berasaskan daging...So, akan ada meatball dan juga hirisan daging lembu dalam sup tuu...sedap bagi mereka yang sukakan rasa daging yang kuat...tapi Sally prefer lagi Pho Bo kat Secret Recipe..hahaha

Goi Cuon Tom

Goi Cuon Tom ni Sally jugak yang order...Sebabnya macam teringat kat menu ni...dah lama tak makan...Goi Cuon Tom ni sejenis popiah yang intinya lebih kepada sayuran, suhun dan jugak makanan laut seperti udang atau pun ayam...dan akan dihidangkan dengan sos.

Bun Bo Hue

Bun Bo Hue ni rasa dia lebih kurang sama macam laksa...pedas, masam...Masih jugak gunakan daging sebagai perasa utama...tapi ada jugak hirisan chicken meat loaf...Mee dia pulak menggunakan spaghetti.

Bho Kho

Menu terakhir ni di order oleh kawan Sally, Bho Kho...Rasa menu ni ada iras macam mee dalam sup tulang...tapi mee dia bukan guna mee kuning, tapi guna mee macam mee segera tuuu...sedap jugak sebab rasa daging dia mmg kaw!


Sebenarnya ada banyak lagi jenis makanan kat sini...disebabkan ini bukannya food review, tapi lebih kepada perkongsian Sally pasal tempat makan kat Kuala Lumpur ni...jadinya, ini jela menu yang sempat nak kongsi dengan korang...

Jangan lupa cuba kopi ais (Cafe Sua Da) dia tauuu...mmg kaw dan sama macam kat Vietnam!

Kafe Vietnam Express
02-49-08, Second Floor, Berjaya Times Square
Kuala Lumpur, Malaysia
018-260 8773
timessquare@kafevietnam.com
www.kafevietnam.com

13 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

[Althea Box] Body Box; Jimat sehingga 72%!

12:52:00 AM Sally Samsaiman 5 Comments


Peminat barangan penjagaan diri daripada Korea mesti dah tak asing lagi dengan Althea...Sally sendiri pun mmg pengguna tegar produk Korea...Duta kot! Hahahaha..ok, Sally gurau je...Selalu orang cakap barangan Korea ni mahal...nak murah kena beli kat Korea pulak...takkan semata-mata nak beli eyeliner ke shower gel ke sampai nak g Korea pulak..?

Dan salah satu cara nak dapatkan produk yang asli, beli je dengan Althea.


Tak disangkal la...beli barangan yang original daripada Korea mmg agak berat hati sikit nak bayar..tapi dengan Althea ni mmg tak pernah berat hati nak beli...sebab selalu sangat ada sales dan diskaun yang berbaloi-baloi utk mereka yang kaki shopping...


Baru-baru ni Sally baru je dapatkan Althea Holiday Body Box...Dalam box ni...ada 8 jenis produk yang didatangkan khas untuk penjagaan tubuh badan...Antara jenama yang ada termasuklah Innisfree, Demeter, Aida Cosmetics, Etude House, PACKage dan Calmia...semuanya ada fungsi daripada badan, kaki dan juga penjagaan tubuh badan secara menyeluruh.

#Smooth body
1. My Body Cotton Flower Cleanser
2. My Body Cotton Flower Lotion


Sally suka bau Innisfree My Body Cotton Flower Cleanser & Lotion ni...sebiji macam bau bedak baby...hehehe...lembut...sekali bau macam White Musk pun ye jugak...

#Lovely Etti
3. My Beauty Tool Lovely Etti Shower Ball

#GLOW UP! Daily Dead Skin Cell Care
4. Aida Wonder Shiny Scrub


#Natural Intensive Body Care
5. Aida Cosmetic - Wonder Bikini Body Patch 1 Box (6 pack, 3 weeks)

Yang ni fungsi dia...korang boleh gunakan dekat bahagian yang bermasalah...macam lengan, perut, pinggul dan peha...boleh kecilkan la lelemak yang mana ada tuuu...hahahaha...sakan laa sally tampal kat semua tempat..LOL


#Beloved Fragrance
6. DEMETER - White Musk Body Essence Mist

#Silky Feet
7. PACKage - Monthly New Feet Pack


#Baby Feet Care
8. Calmia - Silky Perfect Foot Peeling


Kalau korang nak tau, setiap bulan Althea akan keluarkan BOX yang berbeza tau...ada yang lebih kepada penjagaan diri, penjagaan rambut dan yang paling best sekali kalau dapat pakej untuk make-up...Semuanya ada diskaun sehingga 70%++ tau...macam yang Sally punya ni...kalau biasanya harga RM 340.00 tapi lepas diskaun, hanya RM 94.00! Tambah lagi satu atau dua barang dah boleh dapat FREE POSTAGE, direct daripada KOREA!!
Best kan...? Korang kena rajinkan diri ke laman web Althea selalu tau...baru la dapat grab promosi macam ni...
Althea Holiday Body Box : http://my.althea.kr/body-box
Sally nak jemput korang tgk video Sally unboxing Althea Holiday Body Box ni di Channel YouTube Sally...Jangan lupa subscribe sekali yer!

5 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!