PAMERAN PENGANTIN : JOM REWANG 2018 di Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

1:11:00 AM Sally Samsaiman 14 Comments



JOM LA KITA KAHWIN!

Hahaha...Bercakap pasal rewang, teringat kalau kat kampung...habis satu kampung la turun masak, turun merewang kalau ada kenduri..baik kenduri kesyukuran ataupun kenduri kahwin. Tapi zaman sekarang, tak banyak jiran tetangga yang bermurah hati nak membantu merewang, jadinya perkhidmatan katering dan lain-lain menjadi pilihan bakal pengantin dan seluruh isi keluarga mereka.

Kalau kaya, boleh la bayar wedding planner or mana-mana event management company untuk uruskan segalanya, tapi zaman sekarang kena berjimat dan kena bijak memilih..dan salah satu cara adalah dengan menghadiri pameran pengantin.

JOM REWANG 2018 di Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

JOM REWANG 2018 merupakan pameran pengantin yang menyediakan servis persiapan perkahwinan untuk bakal-bakal pengantin yang akan mendirikan rumahtangga. Daripada sekecil-kecil benda sampai la kepada perkara yang paling penting ada disini.


KENAPA BAKAL-BAKAL PENGANTIN KENA HADIRI PAMERAN PENGANTIN : JOM REWANG 2018?

SATU:
Lebih kurang 30 buah syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan persandingan akan hadir untuk membuat pameran di Plaza Alam Sentral. Antara perkhidmatannya termasuklah melukis henna, khidmat andaman, butik pakaian pengantin, fotografi, katering, persiapan pelamin, hantaran dan lain-lain lagi.

DUA:
300 buah syarikat perkahwinan dari seluruh pelusuk negara akan mengiklankan perkhidmatan mereka di event tersebut melalui penggunaan montaj. Pengunjung yang bekerja dan menetap di Shah Alam dan kawasan sekitar misalnya boleh mendapatkan maklumat tentang perkhidmatan perkahwinan yang ada di negeri mana mereka ingin melangsungkan perkahwinan.

Bakal pengantin tak perlu mengambil cuti dan pulang ke kampung semata-mata untuk menguruskan persiapan perkahwinan di negeri asal masing-masing kerana kini mereka boleh berhubung dan berurusan secara atas talian dengan syarikat perkhidmatan perkahwinan pilihan mereka.

TIGA:
Kemudahan kawasan parkir yang mudah dan murah dalam bangunan kompleks membeli-belah Plaza Alam Sentral


Pameran ini adalah sangat digalakkan untuk mereka yang merancang untuk melangsungkan perkahwinan pada tahun 2018 dan berikutnya. So, kepada mereka yang merancang nak mendirikan rumahtangga, pastikan korang set jadual, kosongkan masa untuk hadiri JOM REWANG 2018 di Plaza Alam Sentral Shah Alam pada 26hb hingga 28hb Januari 2018.

BERITA BAIK!

Kalau korang sedang menjalankan perniagaan perkhidmatan yang berkaitan dengan majlis persandingan, atau ada antara kenalan korang yang ingin menyertai pameran ni...sangatlah dialu-alukan menyertai pameran ini sebagai vendor. Korang hanya perlu hubungi pihak Puspawangi Event Management untuk mendapatkan details harga, pelan layout booth dan sebagainya.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi mereka di medium seperti dibawah ↓
Facebook: Jom Rewang | Puspawangi Event and Management
Email: puspawangieventmanagement@gmail.com

You Might Also Like

14 comments:

  1. Best la bakal pengantin sekarang. Dah makin mudah, tak payah nak pening-pening dah.

    ReplyDelete
  2. wah.. event ni sangat sesuai untuk bakal2 pengantin yang sedang survey pakej2 murah untuk hari bahagia diorang nanti

    ReplyDelete
  3. wah.. event ni sangat sesuai untuk bakal2 pengantin yang sedang survey pakej2 murah untuk hari bahagia diorang nanti

    ReplyDelete
  4. wow ramai gak syarikat yang join ni ye..buat bakal yang berkahwin atau sesiapa saja boleh la singgah nanti sebab mesti banyak pakej-pakej murah.. senang nak buat pilihan dan bajet.

    ReplyDelete
  5. laaa sebelah opis i aje event ni pun...jum ler kawen hahahah

    ReplyDelete
  6. Bakal2 pengantin yg bercadang nak kawen tahun depan wajib ke sini sebab banyak vendor amik bahagian dekat pameran ni.

    Yg plg menarik bakal pengantin tak perlu nk amik cuti semata nk balik kg urus hal kawen sebab mereka boleh berhubung terus secara atas talain dengan perunding atau syarikat perkhidmatan perkahwinan tu.

    ReplyDelete
  7. Jom la sally kita save the date..rasa nak kawen cepat plak...kalau ada kawan pi best skit..hahahaha

    ReplyDelete
  8. Bagusnya sebab memudahkan usaha mendirikan masjid. Good job all. Now kalau boleh,murahkan la belanja kahwin kan haha

    ReplyDelete
  9. event jom rewang ni npk menarik sekali... nak sebar info pada bakal pengantin lah...

    ReplyDelete
  10. Amboi sally balik terus cite pasal rewang ni hehehehe dah jumpa orang Korea ker nak tunjuk kat family hehehehehe...

    ReplyDelete
  11. tak tahu nak pergi or tak sebab rasa macam jauh.... tapi last time ada karnival teratak glam I sanggup pergi semata-mata nak jamu si liana rosli hahaaa

    ReplyDelete
  12. sekarang ni memang susah nak merewang.. kat kg kg pun amik pakej katering. senang. Memang perlu bakal pengantin survey harga di pameran sebegini. JMR & bekas tunang dulu pun, 4,5 pameran kahwin kami terjah utk dapat idea dah harga yang sesuai. - JMR23.com

    ReplyDelete
  13. wow sumore got such pameran! but good for those that going to have a wedding!

    ReplyDelete
  14. Tempat2 macam ini, kalau boleh elak.. bro akan elak...

    Bukan apa, risau terlintas nak kahwin lagi... lagi satu, macam pelik je g sana sensorang xde peneman hahahah

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!