Wednesday, September 13, 2017

Open House Aidiladha di Korea!


Siapa kata Aidilfitri je ada open house? Hahahaha...kami kat sini Aidiladha pun ada open house...hahahaha...ini kebetulan kawan Sally yang bekerja kat Korea ni ajak ke rumah dia...makan-makan...seronok betul rasa bila dapat makan makanan Malaysia...ada Nasi Lemak, Ayam Masak Merah, Ayam Masak Kicap, Gulai Daging, Nasi Impit dengan Kuah Kacang & Serunding, Bubur Chacha, Sagu Gula Melaka, Kerepek dan Kuih Muih Malaysia...


Rumah dia terletak di Cheolsan...tak jauh pun daripada bandaraya Seoul...Nak ke rumah dia pun tak susah...Sally actually baru je berkenalan dengan dorang ni...tak sangka la dorang ajak datang rumah...yang lain-lain tu pulak kawan-kawan mereka yang datang bercuti ke Korea...Macam panjang langkah laa...rezeki dapat makan masakan Malaysia walaupun jauh kat bumi Korea ni...kadang tu bukan tak nak masak, tapi kekangan pada barang-barang...bukan banyak benda yang Sally bawa dari Malaysia...


Thank you daun keladi kat tuan rumah sebab sudi ajak kami datang makan...Perut Sally mmg jenis berkawan dengan sesapa yang belanja dia makan..hahahaha...Ya Allah perut, bila la nak bertaubat ni...hahahaha...

Rindunya dengan Malaysia.

5 comments:

  1. Tudiaa siap ada open house Aidiladha! Meriah uolss!

    ReplyDelete
  2. Baguslah kak Sally. Boleh ngam dengan semua orang sampai murah rezeki dapat pergi open house :D

    ReplyDelete
  3. kata orang la kan Sally bila duk ovesi ni makanan mesia walaupun tak sesempurna bahan nya tetap sedap dah ye..Seronok dapat beraya di tempat orang Sally, jaga diri baik2 naa :)

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!