Tuesday, September 12, 2017

[HALAL] Jajangmyeon dan Ayam Goreng Korea di Restoran MAKAN, Itaewon.


Jajangmyeon dan Ayam Goreng Korea (HALAL) di Seoul | Pertama kali datang ke Korea, benda yang nak sangat Sally makan ialah jajangmyeon...kepada peminat drama Korea...bila masa dorang tgh makan jajangmyeon dalam drama tu yang membuatkan kita ni rasa excited nak cuba...tapi sayangnya kita tak boleh sembarangan makan jajangmyeon sebabnya selalunya kuah jajangmyeon tu diperbuat daripada chunjang, diced pork dan sayuran..kadang-kadang je yang kita boleh jumpa kuah dia guna seafood tapi jarang la boleh jumpa.

Tak cukup dengan jajangmyeon, disajikan pulak mata kita dengan Ayam Goreng (Dakgangjeong)...Urut dada kadang bila terbau ayam goreng kat Korea ni...ini lagi satu masalah, walaupun ayam..tapi sebab tak sembelih...jadinya haram la dimakan oleh Seketul Sally yang terliur tengok ayam ni..Rindunya KFC!! Hahahaha!


Baru-baru ni masa Sally bawak customer untuk makan di area Itaewon...Sally perasan yang restoran Makan ada buka cawangan kedua mereka, MAKAN : CHICKEN & NOODLE. Mmg excited sebab restoran ni mmg halal..owner dia orang Indonesia..dan yang penting sekali...dia jual menu yang menjadi idaman kolbu Sally, jajangmyeon dan ayam goreng, the best part mestilah sebab dijamin halal!! Hahaha..



Ini senarai menu dia...Sally highlight kat menu utama je la...Mana la tau korang nak buat budget makan masa berkunjung ke Seoul ke nanti kan...ada la tips sikit..Macam korang tengok, ada dua choice jajangmyeon...yang biasa dan yang seafood...rate harga makanan kat area Itaewon ni sebebnarnya agak mahal daripada tempat lain...biasanya bermula dengan hara KRW 6,000 - 18,000 mengikut menu yang korang pilih.


Yang ni jajangmyeon biasa...Sally nak cuba yang biasa dulu, lain kali kalau teringin baru cuba yang seafood pula..Jangan risau sebab mereka gunakan daging lembu yang halal untuk gantikan daging babi seperti dalam resepi yang asal.

Pada Sally, rasa dia biasa je...yang membuatkan sedap bila makan jajangmyeon dengan pickle radish tu je...baru naik sikit rasa gravy dia...Overall, Sally bagi 3/5 bintang la kot? Hahahahaha...


Untuk ayam goreng, Sally pilih nak cuba Sweet and Spicy Crunchy Chicken (Dalg-gangjeong)...Entah la..pada Sally la kan, Yangnyeom Chicken yang Sally buat lagi sedap..hahahaha..tapi alhamdulillah jugak la sebab dapat rasa freshly made by Korean kat sini kan..hehehe..tapi portion dia dengan harga KRW 10,000 macam agak overprice sikit...mahal jugak la sebab tak banyak sangat pun ayam dia..Sally rasa kalau yang tak halal punya ayam goreng tu, satu bucket tu baru je dalam KRW 16,000..tapi ada beza la satu bucket dengan setengah pinggan kan? Ke sebab perut Sally mmg suka makan? LOL

So, kalau korang ke Seoul...dan nak rasa jajangmyeon dan ayam goreng Korea yang halal, boleh la ke restoran Makan di Itaewon..Senang je nak cari dia, sebab korang akan jumpa restoran ni dulu sebelum cawangan restoran Makan lagi satu yang jual beberapa menu asli makanan Korea.

No comments:

Post a Comment

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!