Tuesday, September 12, 2017

Aidiladha di Seoul, 2017.


Dah beberapa hari berlalu, tapi baru sempat nak buat entri raya..hahahaha...Selamat Hari Raya Aidiladha korang! Tahun ni tahun beraya di perantauan...macam yang korang tau la yang Sally still kat Seoul sebab ada beberapa trip lagi yang akan menyusul untuk Autumn.

Oh ya..sekarang dah masuk musim luruh kat sini..but still early autumn la..daun pun semua masih berwarna hijau lagi...belum bertukar warna..Tahun ni juga tahun pertama la raya Sally berjauhan dari keluarga...pagi tu sempat la ke Seoul Central Mosque yang terletak di Itaewon. Ramai betul umat manusia kat sini...


Overall raya kat sini sama je macam kat Malaysia...cuma takde la ibadah korban kat sini...lepas sembahyang raya...semua pergi makan dan jumpa dengan sahabat la...kami pun takde la buat apa-apa yang berbeza pun...setakat masak Kari Ayam dengan Nasi Biryani je...nasib baik ada kak Jue sebab masakkan...ayam pun beli kat Itaewon..sebab kat sana je ada ayam halal.


Perasaan? Macam takde perasaan beraya kat perantauan ni..mungkin sebab Raya Haji je bukan Raya Aidilfitri kan...jadi feeling dia lain la sikit...So, ini jela kisah Sally raya kat Seoul ni...sama je la macam dengan orang lain cuma jauh dengan keluarga laa...takde la berbeza sangat...hahaha...

Macam mana raya korang tahun ni?

6 comments:

  1. Replies
    1. Alhamdulillah kak...Allah beri kesempatan nak rasa :)

      Delete
  2. Replies
    1. Syoknya dia makan daging, sini mahal gila laa...sedih betul!

      Delete
  3. Kalau Raya Aidilfitri dekat perantauan mesti syahdu je rasa kaan. Hahah. Macam biasa lah Raya Haji memang dapat banyak nau daging.

    ReplyDelete
  4. Pengalaman berhari raay kat oversea mesti best

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!