Desserts time di Dairy Tooth, Sunway Pyramid

12:35:00 AM Sally Samsaiman 6 Comments


Dairy Tooth, Sunway Pyramid | Bila shopping, mmg seronok kalau sambil makan jajan kan...kalau korang yang mmg ada hobi sama macam Sally...Sally ni bagi tahu ni...Dairy Tooth dah ada cawangan yang ketiga!! Kepada korang yang tak tau...Dairy Tooth baru membuka cawangan yang ketiga di Sunway Pyramid selepas kejayaan dua lagi cawangan di Berjaya Times Square dan Jaya One..


Dairy Tooth merupakan sebuah kafe Hong Kong yang menjual snek makanan ringan dan minuman...daripada Hong Kong Milk Tea yang terkenal tu sehingga la eggette, wafer, polo bun dan macam-macam lagi ada dijual kat sini...Lokasi yang dibuka pun berhampiran dengan kawasan orang membeli belah...jadinya mmg best la kan...sambil shopping sambil makan snek!

Sally mmg peminat teh ais...yang Dairy Tooth punya mmg pekat dan rasa asli teh dia tuu mmg buat kita rasa nak minum dan minum lagi...harga pun tak terlalu mahal...maybe agak tawar bagi sesetengah orang, kalau biasa dengan pure milk tea korang akan okay laa...


Eggette ataupun egg puffs kat sini pun ada pelbagai jenis perisa...Macam yang dalam gambar ni merupakan DT Original HK Egg Puffs...selain daripada yang ni ada juga pilihan yang lain macam sesame, chocolate, seaweed dan cheese egg puffs...Egg puffs kat sini so far bukan favorite Sally..tapi masih lagi okay...Sally tak tau real kat Hong Kong macam mana kan...but worth a try :)


Yang ni pulak Polo Bun..Roti dia macam roti burger tu tapi lembut..selalunya kalau polo bun ni inti dia butter dan kaya...itu kalau ikut style kopitiam...tapi yang ni atas roti tu manis dan kat tgh tu ada sekeping butter..Kalau korang nak cari snek yang simple..boleh la cuba beli polo bun...Sally suka makan masa butter tu tgh nak mencair..hehehe..


Kat sini ada 3 pilihan wafer; chocolate, peanut butter dan kaya...kalau tanya Sally, Sally suka lagi peanut butter dia sebab rasa kaya dengan kacang...tapi kalau dia crunchy sikit maybe lebih sedap...masa Sally makan ni tak crunchy...tapi lain orang lain selera dia kan?


Selain daripada menu kat atas ni...sebenarnya ada lagi satu menu yang Sally tak sempat nak rasa; french toast...ada 5 jenis perasa yang berlainan...ada yang makan dengan aiskrim, ada yang sweet dan ada yang savory...nanti nak cuba juga...kebanyakkan range makanan dia daripada harga RM5.90-RM9.90...

Lepas ni Sally ingat nak cuba range air dia...dengar kata HK Style "Ying Yong" (Cham) dan Coconut Coffee ada kelainan yang tersendiri...tak sabar nak g yang lain..nak cuba semua laaa! hehehe...Kepada korang yang berhampiran dengan Sunway Pyramid, Berjaya Times Square atau Jaya One..boleh la singgah untuk rasa snek Hong Kong yang sedap ni..!

You Might Also Like

6 comments:

  1. spesis CT.. hang hulurlah apa2 pun semua ceq nak bedal hehe..

    ReplyDelete
  2. Sedapnya!! Lama gila tak pergi Sunway Pyramid, nampaknya kena pergilah lepas ini.

    ReplyDelete
  3. wow teh aisnya pekat ooo mesti sedap tuhhh

    ReplyDelete
  4. Teringinnya tengok Hong Kong milk tea tu. Boleh lah terjah nanti ;)

    ReplyDelete
  5. Allah..terliur akk dik oi....meh delivery seketui kt sini

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!