Berhari raya dengan Nasi Dagang & rakan blogger.

11:30:00 AM Sally Samsaiman 16 Comments


Tahun ni Sally tak balik raya dikampung..jadinya ramai kawan yang ambil kesempatan untuk datang beraya kat rumah...Sally pulak kebetulan tak buat open house tahun ni...almaklum la kekangan sebab tak bekerja sejak April yang lepas kan...

Tahun ni juga tahun pertama ibu ada Facebook! Hahahaha...mesti korang tak faham apa kaitan raya dengan ibu ada Facebook kan...hahahaha..sejak dia ada Facebook ni...rajin la dia add kawan-kawan blogger Sally yang mana dia rapat dan pernah jumpa beberapa kali kat event..jadinya kebetulan la..haritu dia nampak kak EyzaMiel kecewa tak dapat makan Nasi Dagang Pak Malau masa dia ke Langkawi..jadinya dia terus la volunteer nak masak...ibu mmg jenis sayang orang lain, anak dia tak..hahahaha...


Kebetulan pula ibu kena teman cousin Sally balik kampung...Sally yang dah janji nak tak nak kena la jalankan juga...sebab lepas tu Sally dah busy dengan exam dan beberapa urusan lain...nasib la ibu sempat masak awal pagi tu...lepas tu Sally tolong yang mana yang tak sempat je la...Serius Sally tak ajak ramai pun sebab bukan buat rumah terbuka kan...jadinya ada la beberapa org rakan blogger yang Sally jemput dan ada yang mmg nak datang...


Haaa...ni la kakak-kakak blogger kesayangan...semuanya banyak bantu Sally dalam dunia blog ni...kadang tu pergi event tu menumpang haaa...terharu juga sebab dorang tak pernah berkira dengan Sally..mintak maaf la kalau ada yang terkurang ye!


Ini tetamu yang kena paksa datang...hahahaha...kami ni 3S; Shariffudin (Reef), Sally & Suzai...kalau nak ikutkan kami ni takde la rapat mana...tapi dia macam..eh..tolong la datang beraya! hahahaha...Sally pun jarang jumpa Suzai kat mana-mana event, sebab niche blog kami yang berbeza...Reef pulak baru je rapat since beberapa bulan yang lepas...pertama kali pun jumpa masa event Explore sekitar Kuala Lumpur dengan Cabaran NESCAFร‰® Tarik Mana Mana!


Masuk list bawah ni dah bukan kawan blogger dah...tapi yang berbaju biru tu junior Sally masa kat kolej...kiranya adik zaman kolej laa, sekali dia dtg bawak kad kawen haaa..hahaha...dia berkeras nak hantar kat tangan sebab dulu dah pernah janji nak bagi kad face to face..Kakak dia rasa mcm di dimensi yg lain bila adik² dah nak kawen..kekeke..thanks Hazeed & Aliff yg dtg beraya...May Allah bless you guys always..semoga dipermudahkan urusan tu nanti!


Yang ini mmg tetamu everytime ada..hehehe...kawan kolej Sally yang paling rapat...Syifa' awalnya ingat nak jumpa kakak-kakak blogger tu haaa tapi tak sempat la sebab masing-masing sampai lewat kan...dan Syifa' pulak dalam perjalanan nak balik Penang...takpe, next time!

Hehehe...alhamdulillah...walaupun sebahagiannya kenal daripada dunia maya je...tapi ukhuwah yang terbina tu kadang lebih berharga daripada mereka yang mengaku kawan/sahabat tapi tak pernah bertegur atau bertanya khabar..kan?

Macam mana dengan raya korang tahun ni...? :)

You Might Also Like

16 comments:

  1. Seronoknya kak Sally! Baiknya mak kak Sally sanggup masakkan makanan yang orang lain teringin! :D

    Btw, Kak Sally, kita dah pindah blog baru tau :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibu akak mmg macam tuu...lgpun semua tu dia bias ajmpe kat event..tu yg baik hati semacam :P

      Delete
  2. ENTAH BILA LA AKAK DAPAT BERTANDANG RUMAH SALLY..NAK AJAK DTG RUMAH AKAK PUN TENGH LINTANG PUKANG SEBAB X BERKEMAS...SEGAN PLAK..BUKAN APA..ADIK AKAK BARU ABIH PANTANG..NAK KEMAS X CUKUP TANGAN LAGI...SO PLAN OPEN HOUSE TU MMG TAKDE LA TAHUN NI...ALAAAA....BARU PASAN CAPSLOCK..TAKPE LA EH SALLY

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha...pintu sentiasa terbukak kak..hehehe..jemput jela datang kalau nak :)

      Delete
  3. sedapnya.. tak jemput pun kita malu meow2 nak pergi ahakk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaaa...alaaaaa....sampai hati tak sudi datang rumah kita :(

      Delete
  4. Replies
    1. pintu sentiasa terbukak kak..hehehe..jemput jela datang anytime :)

      Delete
  5. Replies
    1. tak open house pun...jamu makan sikit je :)

      Delete
  6. Akk pun beraya dalam pantang. .xkemana. jemput la dtg rumah ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry tak sempat datang rumah akak pun :(

      Delete
  7. Lama gak tak pekena nasi daganh..alah..baiknya mak sally..pindah sebelah rumah akak please..hahah

    ReplyDelete
  8. Dapnyaaaa nasi dagang! ๐Ÿ˜‹

    ReplyDelete
  9. Semuanya nampak happy.
    Lain kali saya beraya at your place.

    ReplyDelete
  10. alaaa nasik dagang ritu xdan nak terjah..!!

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!