Resepi Popiah Seaweed Pulau Jeju.

2:04:00 AM Sally Samsaiman 5 Comments


Resepi Popiah Seaweed | Kalau dah #KakakKimchi tu...semua benda nak di Korea kan..hahahaha...nama resepi ni sebab Sally beli seaweed ni masa ke Pulau Jeju hujung tahun lepas...disebabkan macam banyak sangat seaweed yang tak makan...jadinya Sally rajinkan diri buat kerepek Popiah Seaweed.


Popiah Seaweed ni sesuai untuk buat kudap-kudap depan TV tak pun nak buat sebagai kerepek Hari Raya pun boleh...selain daripada jimatkan duit sbb tak banyak modal pun yang diperlukan, kita boleh olah ikut selera kita...dan boleh makan dengan puas sebab dapat banyak dan tak payah nak berebut!


Bahan-bahan yang diperlukan:
1. Kulit Popiah
2. Rumpai laut kering siap proses (seaweed)
3. Telur
4. Serbuk cili / paprika / chilli flakes
5. Minyak untuk menggoreng

Haaa...senang sangat kan bahan-banhannya...sekarang Sally nak ajar cara nak lekatkan seaweed tanpa guna proses yang susah..hihihi..mmg tak susah tapi renyah sikit laa...

Pertama sekali, sapu kan telur pada keseluruhan permukaan kulit popiah, lepas tu lekatkan seaweed dan ulang lagi sekali sapukan telur keatas seaweed tadi...Jadinya akan ada 3 lapisan (Popiah-Seaweed-Popiah)


Lepas tu...korang boleh la potong ke gunting ke ikut saiz dan macam mana bentuk yang korang suka...macam Sally buat kecik-kecik sebab senang masak dan boleh dapat banyak...Lepas dah siap potong semua, korang boleh la goreng...pastikan masa goreng tu jangan sampai hangus ye!

Senang je kan? Lepas ni jangan lupa buat...untuk seaweed tu korang boleh beli yang sedia ada macam jenama Big Bang tu...ataupun boleh je cari seaweed yang macam dalam gambar tu...selalunya kat pasaraya yang jual makanan Korea, mesti ada jual seaweed ni...sedap kalau makan dengan nasi panas-panas!

Okay, selamat mencuba!

You Might Also Like

5 comments:

  1. Owh.. mudah je.. Ada member jual, sebalang kecik RM17.. tapi dah Sally share kat sini, kot lah rajin boleh buat sendiri.. hehehe

    ReplyDelete
  2. mana gambar dah siap masak? huhu

    ReplyDelete
  3. rajinnyaaaa buat sendiri hehe.. dulu pernah makan benda ni time kat Sarawak..
    macam tengah in sana sini jual.. hehe.. simpan sket nak raya ni =D

    ReplyDelete
  4. simple je..nk cuba buat la time cuti raya ni..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!