Neutrogena® tampil dengan koleksi fesyen Neutrogena® Happy Skin 24/7.

11:18:00 AM Sally Samsaiman 0 Comments


Bercakap pasal fesyen, akhirnya, muncullah fesyen yang tidak lapuk dek musim! Memperkenalkan koleksi fesyen Neutrogena® Happy Skin 24/7; merupakan satu siri yang terdiri daripada 30 rekaan yang dipaparkan di Mercedes-Benz STYLO AsiaFashionFestival (MBSTYLOAFF) 2017.

Dihasilkan oleh pereka fesyen tempatan Kittie Yiyi dan Hazzer Wan Lee, koleksi Happy Skin 24/7 melambangkan perasaan gembira dan keceriaan seseorang apabila memiliki kulit yang sihat dan cantik.


Menurut Julia Teo, Pengarah Pemasaran Bersekutu bagi Kumpulan Syarikat Konsumer Johnson & Johnson, yang memasarkan Neutrogena® di Malaysia, kulit yang sihat dan cantik merupakan salah satu sumber kebahagiaan wanita.

Menerangkan sebab Neutrogena menggunakan fesyen sebagai cara untuk membawakan kempen terbaru Neutrogena®, Teo berkata, “Tidak dapat dinafikan bahawa wanita dan fesyen tidak dapat dipisahkan. Menerusi koleksi fesyen kami, kami ingin meyakinkan para wanita bahawa mereka boleh menggunakan Neutrogena® untuk kesihatan kulit mereka”.


Kittie Yiyi dan Hazzer Wan Lee – dua pereka fesyen unik yang sering mendapat ilham menerusi objek-objek menarik, lantas menghasilkan corak dan warna yang menarik! Hasil kreativiti dan kerja keras mereka, kita dapat menyaksikan bagaimana mereka mengekspresikan konsep keceriaan dan keremajaan Happy Skin 24/7 Neutrogena®.

Keunikan personaliti Kittie Yiyi dapat dilihat dalam setiap rekaannya, yang kebanyakannya riang, ranggi, namun bergaya. Cogan kata yang diamalkan oleh graduan Raffles Design Institute KL ini adalah, 'Apa sahaja pun fesyen pilihan anda, pastikan ianya membuatkan anda gembira!'

Koleksi Kittie diinspirasikan daripada konsep gadis pantai yang sedang bercuti. Datang dari kawasan pantai yang jauh, gadis itu meneroka kawasan bandar dengan baju yang selesa dan bergaya. Keriangannya mampu membuat sesiapa sahaja tersenyum – dan ini jelas dari cara dia berpakaian. Memaparkan bayangan yang kembang, ropol, garis-garis bercorak riang serta corak hati, koleksi ini menonjolkan rasa yakin seorang gadis pantai dalam dirinya sendiri dengan ciri dan potongan lut sinar.


Hazzer Wan Lee, pengarah kreatif HWL by Hazzer Wan Lee Fashion Atelier Kuala Lumpur, mempunyai sarjana dalam Fashion and Apparel Design dari Herriot-Watt University, Scotland.

Koleksi fesyen Hazzer diilhamkan daripada percikan air – merupakan ciri utama rangkaian produk pembersih Deep Clean Neutrogena® dan langkah pertama untuk mengecapi Happy Skin 24/7! Garisan yang mengalir serta lapisan yang beralun digabungkan bagi menyerlahkan tenaga dan keindahan air dalam tona biru, hijau, oren dan merah jambu. Teknik hebat dalam memasukkan dan melapiskan pelbagai material yang berbeza seperti denim, organdi, kulit PU, sutera kapas dan fabrik yang telah diwarnakan memberikan kesan 3D unik yang mempunyai pergerakan seakan-akan air.


Saksikan kemunculan fesyen pertama Happy Skin 24/7 Neutrogena® di Mercedes-Benz STYLO AsiaFashionFestival 2017 dalam talian! Maklumat lanjut di laman Facebook dan Instagram Neutrogena®:
https://www.facebook.com/myneutrogena/
https://www.instagram.com/neutrogenamy/

You Might Also Like

0 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!