Majlis Pengagihan Pek Berbuka Puasa Oleh Fonterra Brands Malaysia.

2:52:00 PM Sally Samsaiman 4 Comments



[010617] Bulan Ramadhan ni merupakan bulan dimana orang berlumba untuk melakukan kerja amal dan tidak terkecuali untuk Fonterra Brands Malaysia yang mana terkenal sebagai pengeluar produk tenusu di Malaysia...Kalau korang yang tak kenal dengan Fonterra Brands Malaysia, korang mesti kenal produk keluaran mereka, antaranya Anlene, Anchor, Fernleaf dan Chesdale.

Tapi jangan salah sangka tau, Fonterra Brands Malaysia bukannya mengikut tradisi membuat amal semasa bulan Ramadhan je...tapi Majlis Pengagihan Pek Berbuka Puasa ni dibuat sempena Hari Susu Sedunia (World Milk Day), dan tujuan mereka untuk berkongsi kebaikkan produk tenusu kepada rakyat Malaysia.


Bertempat di Masjid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi..Majlis Pengagihan Pek Berbuka Puasa, bubur lambuk dan produk-produk keluaran Fonterra Brands Malaysia telah diagihkan kepada penduduk yang tinggal di sekitar Masjid Al-Ikhlasiah.

Suka betul Sally tengok Mr. Jose Miguel Porraz Lando, Managing Director untuk Fonterra Brands Malaysia dan Singapura..segak berbaju melayu sepasang gigih memberikan pek berbuka puasa ni kepada penduduk sekitar...Majlis Pengagihan Pek Berbuka Puasa telah diagihkan bermula sesudah solat Asar.


Mengamalkan produk tenusu semasa berpuasa merupakan salah satu amalan yang tak dapat disangkal lagi yang ternyata sangat bagus. Hanya dengan segelas susu pun kita dah boleh mendapat nutrien yang cukup dan kekal bertenaga sepanjang hari. Di dalam segelas susu, kita boleh dapat nutrisi seperti protein, kalsium, potasium, Vitamin D dan B.

Bulan Ramadan merupakan bulan yang paling sesuai untuk mengubah rutin pemakanan kepada rutin pemakanan yang sihat. Ia adalah penting, memilih makanan dan minuman yang sesuai semasa sahur dan Iftar setiap hari, bagi membantu kita kekal sihat dan bertenaga sepanjang masa...dan ini yang ingin dikongsi kepada rakyat Malaysia.


Kalau korang nak tau, bubur lambuk daripada Fonterra Brands Malaysia ni ada campuran susu tepung Fernleaf..Lain daripada yang lain kan? Yang penting sedap! Hahaha

Semua produk Fonterra di Malaysia telah mendapat pengiktirafan daripada JAKIM dan semuanya diyakini sebagai produk Halal dan bersih, dan kalau korang nak baca pasal Fonterra Brands Malaysia berkongsi beberapa resepi menggunakan produk mereka dan tips yang sesuai diamalkan semasa bulan Ramadan, korang boleh baca kat Kebaikkan Produk Tenusu Diamalkan Dalam Bulan Ramadan bersama Fonterra atau boleh layari Facebook rasmi mereka, Fonterra Brands Malaysia

You Might Also Like

4 comments:

  1. Replies
    1. hehehehe...kat sana mesti lagi meriah kan?

      Delete
  2. ooo..tu yg ada patung lembu fonterra tu ye? hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg tu event lain tapi sama laa...mmg owner lembu yg sama..kahkahkah!

      Delete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!