Nostalgia Karnival dan Pesta di Funtasia Restaurant, Hotel Bangi-Putrajaya

5:56:00 PM Sally Samsaiman 3 Comments



Kalau dulu, nampak funfair tu mmg excited dia lain sikit...jadi melampau hyper...tapi jarang pergi funfair, sebab selalu kena tarbiah membazir amalan syaitan..hahahaha...tapi Sally bukan nak share pasal funfair, tapi nak kembalikan nostalgia Karnival dan Pesta di Funtasia Restaurant, Hotel Bangi-Putrajaya.

Funtasia ni unik sebab ianya berkonsepkan moden dan riang...mmg bila masuk je nampak roda ferris ni buat kita rasa macam kita ada kat funfair tau!



Sebenarnya Funtasia Restaurant, Hotel Bangi-Putrajaya bukannya restoran baru tapi telah re-branding daripada Lavista Cafe selepas 10 tahun...dan tahun 2017, Hotel Bangi-Putrajaya telah menyambut ulangatahun yang ke-20...Kalau korang nak tau, Funtasia Restaurant, Hotel Bangi-Putrajaya kini boleh memuatkan 800 orang pada satu-satu masa tau...tak sama macam dulu...



Funtasia Restaurant ni sebuah kafe yang berkonsepkan buffet...western food, makanan asli melayu dan pelbagai jenis makanan yang berkonsepkan "stall"...Semuanya sedap-sedap tau...Sally mmg suggest korang cuba makanan-makanan yang ada kat sini...


Haaa...ini pun salah satu tarikan jugak..."One Minute Fried Rice"...yang bestnya sebab chef akan campur je semua lepas tu robot sudip (robo-wok) tu yang akan gaulkan...so, dalam masa 1 minit je korang dah boleh makan nasi goreng yang sedap!

Selain daripada ni...ada pasta, pizza, gyoza section, seafood dan salad bar, dan desserts serta gelato section...semua sedap weh...terutamanya gyoza tu! Mee Kari pun sedap, dan kalau korang suka main kuih ketayap...kat sini ada station yang buat fresh kuih ketayap depan mata korang...panas-panas tau makan...



Seronok Haziq makan gelato...dia saja dah 2 mangkuk gelato tau..hihihi...Selain daripada gelato, untuk kanak-kanak ada jugak popcorn dan gula kapas..semuanya fresh buat kat situ tau...hihihi...okay la...Sebenarnya tak banyak benda yang nak cerita...cuma nak ucapkan Happy 20th Anniversary untuk Hotel Bangi-Putrajaya, dan tahniah untuk pembukaan semula Funtasia Restaurant Hotel Bangi-Putrajaya.

Bersempena bulan Ramadhan, Funtasia juga turut menyediakan buffet Ramadhan yang bertemakankan ”Warna Warni Ramadhan”. Buffet Ramadhan ini berlangsung bermula 27 – 29 Mei 2017 & 22 – 24 Jun 2017 (RM90/dewasa, RM45/kanak-kanak) dan untuk tarikh 30 Mei – 21 Jun 2017 berharga (RM100/dewasa, RM50/kanak-kanak).

Waktu operasi Funtasia:
Buffet Sarapan Pagi (6.30 am – 10.30 am)
Buffet Makan Tengahari - Isnin sehingga Ahad, Sabtu tutup (12.00 pm – 2.30 pm)
Buffet Makan Malam Dinner - Isnin sehingga Ahad (7.00 pm – 10.00 pm)
Buffet Hi-Tea - Sabtu (12.00 pm – 3.30 pm)
Ala Carte - Monday to Sunday (6.30 am – 1.00 am)

Untuk maklumat lanjut atau tempahan
Funtasia Restaurant, Hotel Bangi-Putrajaya
Tempahan: 03-8210 2222
Website: www.hotelbangi-putrajaya.com
Facebook: Hotel Bangi-Putrajaya
Instagram: @hotelbangiputrajaya

You Might Also Like

3 comments:

  1. Wah!! Cantiknya konsep dia.. Makanan pun pelbagai..

    ReplyDelete
  2. sedapnyaaaaaa oit semua makanan yang ditayang tu..!!

    ReplyDelete
  3. Wow! Cantiknya.. Boleh lah masuk dalam bucket list

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!