Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Logo Sahabat Zakat & Pelancaran Facebook Rasmi Sahabat Zakat


Jumaat yang barokah ni, Sally sempat juga pagi tadi menjengah ke Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Logo Sahabat Zakat & Pelancaran Facebook Rasmi Sahabat Zakat yang telah diadakan di ibu pejabat Pusat Pungutan Zakat-MAIWP.


Sahabat Zakat telah ditubuhkan pada tahun 2013 dan pertandingan ini merupakan julung-julung kalinya diadakan bagi memberikan peluang kepada masyarakat untuk menjadi kreatif dan pada masa yang sama berdakwah dengan mengetengahkan konsep zakat kepada umum terutamanya...

Seramai 70 orang dengan 130 penyertaan telah diterima dan hanya lapan sahaja yang layak ke peringkat akhir...Setiap peserta boleh menghantar maksimum 3 penyertaan seorang...pada hari ini, ada 8 orang pemenang yang dinobatkan.


Saudara Mohd Fauzi B. Mohamad Hassim menjadi juara bagi Pertandingan Mencipta Logo Sahabat Zakat dan membawa pulang wang tunai RM1,500!!

Mesti korang nak tau fungsi Sahabat Zakat ni kan...?

Facebook Rasmi Sahabat Zakat merupakan medium bagi pihak Pusat Pungutan Zakat-MAIWP untuk berinteraksi dengan masyarakat luar...Selari dengan trend zaman sekarang yang menggunakan medium media sosial sebagai alat komunikasi. Mereka juga turut menggunakan "Sahabat Zakat" bagi memberikan info terkini aktiviti-aktiviti yang sedang dan yang bakal dijalankan.


Haaaa...yang ni merupakan pemenang-pemenang yang telah berjaya membuat logo Sahabat Zakat.
Tempat Pertama:
👉Mohd Fauzi B. Mohamad Hassim

Tempat Kedua:
👉Mohamad Nur Azizi B. Basri

Tempat Ketiga:
👉Hamdan B. Abd Mubin

Tempat Keempat - Kelapan:
👉Syed Muhammad Ali Afdhal Asseggaf B. Syed Mohammad
👉Farrah Dayana Bt. Zainuki
👉Noor Haida Bt. Zainal Abidin
👉Siti Zulaikha Bt. Abd Halim
👉Nurul Azwani Bt. Abdul Rahman


Antara blogger yang datang memeriahkan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Logo Sahabat Zakat & Pelancaran Facebook Rasmi Sahabat Zakat.

Hopefully, dengan pelancaran Facebook Rasmi Sahabat Zakat ni...Pusat Pungutan Zakat-MAIWP dapat mendekatkan diri dengan masyarakat disamping menambah bilangan prospek pembayar zakat yang baru dan mereka dapat membekalkan maklumat yang tepat dan betul berkaitan dengan isu-isu zakat.

Kepada korang yang berminat untuk menjadi Sahabat Zakat, boleh LIKE Facebook Rasmi Sahabat Zakat (www.facebook.com/SahabatZakatPPZ) dan kalau nak info lain berkaitan Pusat Pungutan Zakat-MAIWP, boleh tengok kat laman media sosial mereka seperti kat bawah ni.

👉Facebook: facebook.com/myzakat
👉Twitter: twitter.com/ppzwp
👉YouTube: youtube.com/ppztv

Post a Comment

1 Comments

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!