KitKat “Chocolatory” perkenalkan perisa Ais Krim Potong kegemaran rakyat Malaysia.

8:56:00 PM Sally Samsaiman 8 Comments


Siapa peminat KitKat? Siapa pernah ke KitKat “Chocolatory”..?

KitKat “Chocolatory” dilancarkan pada Oktober tahun lepas, dan memberikan peluang kepada orang ramai untuk bersama-sama menghasilkan jejari KitKat rekaan sendiri yang lazat, enak dan menyeronokkan. Korang boleh pilih jenis coklat, segala ramuan tambahan dalam KitKat korang sendiri.

KitKat “Chocolatory” ni juga korang boleh jumpa pelbagai jenis perasa yang jarang, yang tak pernah jumpa kat luar...dan yang lebih istimewa sebab KitKat "Chocolatory" memperkenalkan ciptaan terbaru KitKat Ais Krim Potong yang dihasilkan melalui kerjasama dengan cef selebriti kesayangan Malaysia, Anis Nabilah.


Bila cerita pasal Ais Krim Potong, mmg kepala ni macam-macam perasa yang terjah...Bandung, Jagung, Keladi, Kacang Merah, Durian dan sebagainya...semuanya mmg sedap dan menjadi tradisi turun temurun...walaupun kebanyakkannya dah menjadi lebih moden, tapi Ais Krim Potong tetap menjadi kegemaran ramai umat manusia kat Malaysia ni...

Dalam tempoh beberapa bulan sejak KitKat “Chocolatory” dilancarkan di pasaran Malaysia, pelbagai ciptaan citarasa Malaysia telah dihasilkan seperti KitKat Nasi Lemak Tradisional, Raja Buah dan Ais Kacang. Cef Anis Nabilah membantu KitKat memperbanyakkan lagi perisa tempatan dengan memperkenalkan ciptaan Ais Krim Potong yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.


Ciptaan Ais Krim Potong Anis Nabilah

Di dalam ciptaan terbaru Ais Krim Potong, lapan kepingan jejari coklat menjanjikan pengalaman terbaik dalam menikmati citarasa Malaysia. Pelbagai aneka ciptaan ini disusun rapi dalam satu bungkusan khas bagi meraikan setiap perisa, daripada minuman ros yang menyegarkan, pencuci mulut berperisa mangga yang lazat kepada adunan krim santan kelapa lembut yang rangup dan diakhiri dengan bar coklat berperisa teh klasik yang mewah.

Ros Sirap Bandung: Wafer rangup istimewa bersalut coklat lembut berperisa ros yang disempurnakan dengan sentuhan akhir kelopak bunga mawar.
Mangga Harum Manis: Coklat berperisa mangga ditambah dengan kerangupan badam yang menyelaputi wafer terkenal KitKat.
Santan Kelapa: Coklat putih berperisa kelapa lazat dengan kerisik dan kacang pistasio untuk memberikan lebih kerangupan, menjadi adunan yang menyelimuti wafer istimewa KitKat.
Teh Tiga Lapis Klasik: Perisa tradisional gula Melaka diadun dengan coklat mewah, kacang gajus, teh hitam dan wafer rangup untuk sebuah pengalaman yang sempurna.


Selain menawarkan Ciptaan Ais Krim Potong Anis Nabilah, KitKat “Chocolatory” turut mendapat ilham daripada konsep makanan fusion dengan menggabungkan perisa lama dan baharu untuk menghasilkan pencuci mulut yang unik, menonjolkan selera tempatan (nasi lemak) serta selera universal yang popular, gabungan rasa manis dan pedas serta kombinasi rasa luar biasa yang mendapat penerimaan baik daripada orang ramai.

Sally mmg excited jugak sebab mendapat kesempatan untuk buat sendiri coklat sendiri...Bila Sally cakap buat sendiri, mmg betul Sally buat sendiri...tapi yang ni khas masa event ni je tau..yang lain tu korang kena pilih perasa yang korang nak dan staf KitKat "Chocolatory" yang akan buat on behalf korang...


Sempena bulan Ramadan dan musim Raya ini, KitKat “Chocolatory” akan mengadakan promosi Balik Kampung di Kiosk Ramadan, Centre Court Mid Valley Megamall dari 8 Jun sehingga 2 Julai 2017. Sepanjang tempoh ini, pelanggan boleh mendapatkan empat edisi khas istimewa KitKat serta satu pek hadiah PERCUMA untuk keluarga dan rakan-rakan.

Untuk maklumat lanjut mengenai KitKat “Chocolatory” Malaysia atau Ciptaan Anis sila layari www.kitkat.com.my

You Might Also Like

8 comments:

  1. menariknya...ada untuk kita tak? Hahahaha

    ReplyDelete
  2. Menariknyaaaa boleh buat Kit Kat sendiri . Thanks share info nie =)

    ReplyDelete
  3. KakakKimchi buat ais krim ! hoh padan la boeh menang .. hehehe ..

    ReplyDelete
  4. Kretif Chef Anis ni..suka sangat dgn dia.

    Aiskrim ni menarik...nk cr juga lah 1

    ReplyDelete
  5. Wah bestnya .. boleh buay sendiri gtu.

    ReplyDelete
  6. bestnyaaa part buat sendiri tu bestnyaaa !!!

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!