Canvas Hostel, Haeundae, Busan | Review

3:47:00 PM Sally Samsaiman 3 Comments



Review Canvas Hostel, Haeundae, Busan | Sally sebenarnya nak cerita pasal Seoul tapimacam agak excited nak cerita pasal hostel ni...hostel ni tempat Sally tidur untuk 5 hari masa g Busan beberapa minggu lepas...

Awalnya ingat nak cari yang dekat dengan bandar...tapi entah kenapa end up cari yang berdekatan dengan Pantai Haeundae...Canvas Hostel ni mmg walking distance je dengan pantai...dalam 5 minit je dah sampai ke pantai...daripada subway yang paling dekat pulak dalam 600 meter..


Ingatkan hostel ni macam tipikal hostel yang lain...yaaa...I mean macam hostel zaman kita duduk kat sekolah dulu...hahahaha..tapi jangan tak tau...hostel ni hostel paling moden sekali yang pernah Sally jumpa..hahahaha...moden gila! Serius! Yang best sekali sebab ada lif weh! tak payah nak angkut luggage naik tangga!

Bilik dia semuanya tema putih..dan ada certain dorm temanya all-white...macam bilik Sally...sebabkan nak a bit privacy, jadinya Sally pilih bilik yang boleh memuatkan 3 orang sekali...lebar dan ada bilik air sendiri...tak payah nak kongsi...



Smart gila kan bilik dia...this is the best hostel so far...sebab baik bantal, selimut sampai la ke katil dia macam hotel! Selimut dia boleh buat kita tidur 3-4 jam tanpa sedar...malam pun best je tidur..hahahaha...kat depan hostel ni pun ada convenience store GS25...so, kalau nak makan pun senang...dan sebab dia area tepi pantai...ada banyak jenis kedai makanan laut yang boleh korang cuba kat sini...



Kalau korang nak jimat sikit...boleh jugak duduk kat dorm...sama je selesa dia..hihihi...kat sini disediakan breakfast pada waktu pagi...ada roti, cereal, telur, kopi, jus...so, makan aje laa...jimat dah duit makan pagi kan...

Lepas ni kalau korang ke Busan, jangan lupa stay kat Canvas Hostel...mmg 100% recommended...hihihi...

Canvas Hostel
13, Haeundaehaebyeon-ro 197beon-gil,
Haeundae-gu, 48093 Busan,
Korea Selatan.

You Might Also Like

3 comments:

  1. Cantik giler.. Rasa mewah dan eksklusif giler..

    ReplyDelete
  2. suka dgn katil 2 tingkat dia tu :D
    dhla kaler hitam pulak tu, cool terok

    ReplyDelete
  3. Memang lawa la sally. nampak cozy gila.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!