Buffet Ramadhan 2017 | Bangi Golf Resort (BGR)

1:24:00 PM Sally Samsaiman 3 Comments


Buffet Ramadhan 2017 | Bangi Golf Resort (BGR) - Seperti tahun-tahun sebelum ni...Sally seperti biasa akan memilih Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort (BGR) sebagai salah satu lokasi untuk berbuka puasa...Macam yang korang semua sedia maklum, buffet di BGR merupakan antara buffet Ramadhan yang menjadi pilihan sejak saban tahun...selain daripada harganya yang berpatutan, pilihan makanan yang menghampiri 200 jenis juadah juga menjadi salah satu sebab mengapa BGR sering menjadi pilihan.

Pada tahun 2017, BGR akan menjalankan Buffet Ramadhan mereka bermula dari 29 Mei sehingga 23 Jun 2017. Bangi Golf Resort Restaurant (BGR) merupakan salah satu daripada beberapa buah resort di Malaysia yang menerima Sijil Halal daripada JAKIM sejak tahun 2009!


Setiap tahun BGR akan menyediakan pelbagai jenis pilihan makanan, daripada selera Ala Melayu, Barat dan Timur. Antara menu utamanya ialah Kambing Bakar, Sup Kambing Mamak, Kuey Teow Goreng dan Mee Goreng Mamak yang dimasak panas, Sate Ayam, Sate Daging dan menu yang istimewa tahun ini, Nasi Lemak Istimewa dengan beberapa masakan tradisional seperti Rendang Daging Taik Minyak, Ayam Bercili Masak Ketumbar, Ikan Masak Asam Kari, Sambal Telur Rebus dan Sambal Sotong Kembang.





Di bahagian Masakan Ala Barat pula, para tetamu disajikan hidangan dengan sentuhan gastronomik istimewa seperti Lasagna Ayam, Golden Sand Spaghetti Carbonara, Peri Peri Chicken Drummets serta Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma. Selain daripada menu Ala Barat, dalam koleksi masakan Oriental, ada jugak menu Nasi Ayam Hainan.



Kalau korang peminat makanan manis macam Sally, korang kena makan semua jenis desserts yang ada kat sini...dan yang paling special tahun ni ada "Spanish Churros", pelbagai jenis kuih muih, puding, agar-agar dan kek...antara kek yang wajib korang cuba Lychee Rose Cake, Salted Corn Green Velvet Cake, Caramel Surprise dan macam-macam lagi la...Lebih menarik sebab kali ni ada beberapa tapak jualan yang akan dibuka, jadinya korang boleh shopping dan kalau korang peminat durian, akan ada satu bahagian untuk membeli DURIAN yang dibawa khas daripada Raub, Pahang!


Pendek kata, korang takkan ada masalah nak selarikan nafsu makan dengan kehendak korang sebab semua benda ada kat sini...tinggal bawak diri dan rajin berjalan jela...BGR juga menyediakan sebanyak 800 tempat letak kereta percuma. Kemudahan lain seperti surau lelaki dan perempuan juga disediakan untuk keselesaan tetamu. Jangan risau sebab kawasan dia mmg sangat selesa dan sesuai untuk majlis berbuka puasa bersama rakan atau ahli keluarga...

Dewasa : RM58/pax
Kanak-kanak : RM28/pax


Bangi Golf Resort Restaurant
Alamat: No 1, Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, Selangor 43650, Malaysia
Koordinat GPS : 2.95716N, 101.76518E
Tempahan & Pertanyaan : 1-700-81-8557
Website: http://www.bgrrest.com
Facebook: https://www.facebook.com/BangiGolfResortRestaurant
Instagram: @bangigolfresortofficial (#BGRbuffetramadhan17)
Email: sales@bgrrest.com
Waktu Beroperasi: 6:30 pagi sehingga 9:30 malam setiap hari

You Might Also Like

3 comments:

  1. Waaa makanan banyak2 ni buat kak lya terliur laa sally..nak jugak makan kat sini..

    ReplyDelete
  2. wah,,mknan die. bulan puasa mau tergoda nnti..heheh

    ReplyDelete
  3. rmi sgt aritu..tk prasan sally

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!